![]() |
Pengambilalihan dibina berdasarkan perkongsian Brandwatch dan Trajaan pada bulan Ogos 2025 , menyatukan pengguna, carian dan cerapan AI generatif dalam ekosistem tunggal.
CHICAGO, 11 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Cision, peneraju global dalam risikan pengguna dan media, pada hari ini mengumumkan pengambilalihan Trajaan, platform risikan carian yang terkemuka dalam industri. Langkah ini mempercepat strategi AI dan data Cision dengan ketara dan memberikan pelanggan pandangan yang lebih lengkap tentang tingkah laku pengguna — merangkumi produk yang dicari orang ramai, perkara yang mereka katakandan perkara yang mereka ingin lakukan.
Teknologi Trajaan, yang sentiasa merakam tingkah laku carian geolokasi di seluruh enjin carian tradisional, platform e-dagang, saluran sosial dan pembantu GenAI yang baharu muncul, akan disepadukan merentasi portfolio Cision — termasuk Brandwatch, CisionOne, PR Newswire dan Perkhidmatan Cerapan Cision. Penyepaduan ini akan membolehkan pasukan pemasaran dan komunikasi beralih daripada analisis deskriptif kepada risikan ramalan, membenarkan mereka menjangka trend, memahami hasrat dan membuat keputusan strategik yang lebih cepat dan lebih yakin.
Era Baharu Risikan Pengguna
Pandangan suara dan hasrat yang disatukan
Kini, pelanggan boleh menggabungkan cerapan sosial dan media dengan risikan carian untuk mengesahkan trend, meramalkan permintaan dan memahami motivasi pengguna dengan lebih mendalam.
Keterlihatan dalam penemuan yang dipacu GenAI
Memandangkan AI generatif semakin mempengaruhi keputusan pembelian, Trajaan memberikan kejelasan jenama tentang cara platform AI mentafsir, merumuskan dan mengesyorkan produk, kategori dan pesaing.
Pembuatan keputusan yang lebih cepat dan lebih yakin
Oleh kerana data geo-khusus Trajaan sentiasa aktif, ini membolehkan organisasi mengesan trend mikro lebih awal, menjangka peralihan kategori, mengenal pasti risiko jenama lebih awal dan bertindak dengan lebih tepat.
Pengambilalihan ini menandakan pencapaian penting dalam pelan hala tuju produk AI Cision dan mengukuhkan lagi keupayaan cerapan menyeluruh merentasi Brandwatch, PR Newswire dan CisionOne.
"Mengambil alih Trajaan ialah lanjutan semula jadi perkongsian yang diumumkan Brandwatch pada awal tahun ini," kata Guy Abramo, Ketua Pegawai Eksekutif di Cision. "Dengan membawa Trajaan sepenuhnya ke dalam ekosistem Cision, kami menyatukan risikan carian, cerapan perbualan dan analisis dipacu AI untuk memberikan kepada pelanggan pemahaman yang lebih mendalam dan bersifat ramalan tentang 'sebab' di sebalik tingkah laku pengguna — daripada soalan yang mereka ajukan kepada isyarat yang membentuk permintaan."
"Menyertai Cision membolehkan kami meningkatkan teknologi dan visi kami secara global," kata Matthieu Danielou, Ketua Pegawai Eksekutif Trajaan. "Bersama-sama kami dapat membantu jenama memahami produk yang dicari orang ramai, perkara yang mereka bincangkan dan cara platform GenAI membentuk keputusan mereka — lama sebelum trend memasuki arus perdana."
Ketahui lebih lanjut di sini.
Maklumat Tentang Cision
Cision ialah peneraju global dalam penyelesaian risikan, keterlibatan dan komunikasi pengguna dan media. Kami melengkapkan ahli profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi korporat, pemasaran dan media sosial dengan alatan yang mereka perlukan untuk berjaya dengan cemerlang dalam dunia dipacu data hari ini. Kepakaran mendalam kami, perkongsian data eksklusif dan produk kami yang memenangi anugerah – termasuk CisionOne, Brandwatch dan PR Newswire, membolehkan lebih 75,000 syarikat dan organisasi, termasuk 84% daripada Fortune 500 untuk melihat dan dilihat, memahami dan difahami oleh khalayak yang paling penting.
Hubungan Media:
Perhubungan Awam Cision
CisionPR@cision.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2843694/Cision_Trajaan_Press_Release.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2075643/5658293/cisionlogo.jpg?p=medium600