DUBAI, UAE, 12 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei memperkenalkan barisan peranti inovatif andalan yang baharu di sebuah acara pelancaran bertemakan "Unfold the Moment" ("Serlahkan Detik Ini"). Produk-produk ini termasuk telefon bimbit HUAWEI Mate X7, fon telinga HUAWEI FreeClip 2, jam tangan pintar HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN dan tablet HUAWEI MatePad 11.5 S.
Berpandukan falsafah reka bentuk untuk menerobos sempadan, HUAWEI Mate X7 membawakan reka bentuk yang nipis namun tahan lama serta prestasi berkuasa, termasuk pengimejan telefon pintar gred andalan. HUAWEI FreeClip 2 dijangka akan menetapkan penanda aras baharu untuk pengalaman mendengar bunyi terbuka (open-ear) yang selesa. HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN menggabungkan estetika yang diperhalusi dengan kejuruteraan dan prestasi termaju yang membolehkan pengguna meneroka dunia dengan lebih baik. HUAWEI MatePad 11.5 S direka untuk pencipta, membawakan paparan berdefinisi tinggi yang menenangkan mata dan pengalaman kreatif yang lancar.
Zhu Ping, Presiden Pemasaran dan Perkhidmatan Jualan di Huawei Consumer Business Group, berkata Huawei akan terus berjalan seiring dengan pengguna di seluruh dunia, membawa kehangatan kepada teknologi. "Dengan memahami dan memberi respons kepada keperluan sebenar pengguna, kami berhasrat untuk membantu pengguna dunia menggunakan teknologi untuk mencapai kemajuan setiap saat. Matlamat kami bukan sahaja untuk memberikan pengalaman produk yang luar biasa, tetapi juga untuk membolehkan setiap pengguna menikmati detik-detik yang paling penting buat mereka."
HUAWEI Mate X7: Membuka Babak Baharu
Mate X7 mendapat inspirasi reka bentuk daripada konsep "Time-Space Gate" dan tradisi kain broked tenunan ringan yang berusia 1,600 tahun, sesuatu yang dianggap secara meluas sebagai kemuncak bagi mutu keterampilan sutera Cina dan sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara nasional di negara ini. Telefon ini didatangkan dengan warna Brocade White kemasan gentian nano, di samping dua pilihan kulit vegan—Nebula Red dan Black.
Mate X7 juga merupakan telefon pintar boleh lipat nipis yang pertama daripada Huawei yang mempunyai tahap keupayaan pengimejan yang sama seperti telefon andalan standard. Kamera True-to-Color generasi kedua yang dinaik taraf memberikan ketepatan warna yang dipertingkat sebanyak 43% dan dilengkapi dengan Kamera HDR Ultra Pencahayaan baharu, Kamera Ultra-Lebar dan Kamera Makro Telefoto. Dengan sokongan Video HDR Ultra Pencahayaan sehingga 17.5 EV, Mate X7 mengabadikan butiran yang jelas dengan tepat dalam persekitaran cahaya terang dan malap.
Direkayasa untuk ketahanan, peranti ini dikuasakan oleh Seni Bina Boleh Lipat Ultra-Andal proprietari termasuk paparan luar yang diperbuat daripada Kaca Kunlun Crystal Armor Ultra Tahan Lama, Engsel Ketepatan Termaju dan Struktur Ultra-Kukuh Komposit 3-Lapisan dan banyak lagi. Sistem Pelesapan Haba VC & Grafena Ultra-Besar SuperCool 3,550 mm² dan bateri 5,600 mAh memastikan selanjutnya prestasi yang stabil dan hayat bateri sepanjang hari.
HUAWEI FreeClip 2: Pernyataan Gaya
Fon telinga HUAWEI FreeClip 2 mempunyai reka bentuk klip telinga yang menggabungkan inovasi bunyi terbuka (open-ear) dengan estetika moden yang bertujuan untuk mentakrifkan semula produk audio sebagai peranti pendengaran dan juga aksesori fesyen.
FreeClip 2 direka untuk dipakai sepanjang hari dan didatangkan dengan kombinasi warna Biru, Putih dan Hitam tradisional daripada syarikat ini, selain kemasan Rose Gold yang baharu untuk pasaran antarabangsa. Setiap fon putik hanya seberat 5.1 g dan memastikan rasa yang hampir tidak terasa dengan keselesaan yang tahan lama dan padanan yang selamat.
FreeClip 2 menyediakan audio dan kualiti panggilan yang jelas dan dinamik dalam senario penggunaan yang berbeza hasil daripada unit dwipemacu bertenaga tinggi dan pemproses NPU AI yang memberikan prestasi pengkomputeran sepuluh kali ganda berbanding generasi sebelumnya. Ia turut didatangkan dengan ciri kalis habuk dan air IP57 serta jumlah hayat bateri sehingga 38 jam untuk pemakaian sepanjang hari yang mudah dalam apa jua persekitaran.
HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN: Meluaskan Perbatasan Anda
HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN baharu didatangkan dalam Royal Gold Edition baharu yang membawakan bezel seramik ungu nadir bumi yang pertama dalam industri ini dengan emas 18K, digandingkan dengan sarung logam cecair berasaskan zirkonium dan tali jam tangan aloi titanium emas ungu.
Jam tangan ini menawarkan pelbagai ciri yang disesuaikan untuk penyelam laut dalam, termasuk sistem kalis air yang inovatif dan keupayaan komunikasi dalam air berasaskan sonar langsung. Ia juga mempunyai antena yang dinaik taraf untuk sambungan semua senario yang lebih kukuh, pembatalan hingar dikuasakan AI untuk panggilan yang jelas, kedudukan tepat yang didayakan oleh HUAWEI Sunflower Positioning System dan teknologi komunikasi eSIM yang canggih. Sistem TruSense pada jam tangan ini juga didatangkan dengan teknologi X-TAP yang berkuasa untuk penjejakan kesihatan yang lebih tepat dan komprehensif[1].
HUAWEI MatePad 11.5 S: Menginspirasikan Kreativiti
HUAWEI MatePad 11.5 S ialah tablet generasi akan datang yang direka untuk menggabungkan keselesaan mata dengan kejelasan yang luar biasa[2]. PaperMatte Display Huawei menangani dengan berkesan isu-isu yang wujud sejak dahulu lagi yang berkaitan dengan ketajaman yang sering dikaitkan dengan paparan matt tradisional, menjadikan pengalaman pandangan pada peranti baharu ini benar-benar jelas dan menenangkan mata.
MatePad 11.5 S direka demi produktiviti tanpa kertas dan didatangkan dengan stilus M-Pencil Pro dan papan kekunci magnetik yang menjadikan peralihan antara mencatat nota, menulis dan penciptaan kandungan lebih lancar. Aplikasi Huawei Notes yang dipasang terlebih dahulu menawarkan pelbagai jenis berus, templat dan sumber percuma, manakala aplikasi GoPaint kini didatangkan dengan beberapa alat animasi baharu yang membantu idea statik menjadi kenyataan. Bagi pencipta video, aplikasi Wondershare Filmora kini menawarkan sokongan kekunci pintasan untuk memperkemas aliran kerja penyuntingan, manakala suit WPS Office menyediakan ciri penyuntingan dokumen, pembentangan dan pemprosesan data peringkat PC profesional.
Huawei berkata pelancaran pada hari ini melangkaui daripada sekadar penaiktarafan teknologi — ia menggambarkan komitmen berpanjangan oleh syarikat ini dalam usaha menjadikan pengguna sebagai keutamaan. Di bawah proposisi jenama "Now Is Yours," Huawei berharap dapat berinteraksi dengan pengguna secara terbuka dan tulus, selain membina hubungan rentas wilayah dan silang budaya dengan sikap yang mesra dan inklusif bagi membolehkan lebih ramai orang di seluruh dunia berkongsi kegembiraan daripada kemajuan teknologi.
[1] Produk ini bukan peranti perubatan dan tidak boleh digunakan untuk diagnosis atau rawatan. |
[2] Produk ini bukan peranti perubatan dan tidak boleh digunakan untuk diagnosis atau rawatan. |