omniture

Platform penstriman rasmi untuk Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025), yang dipacu oleh ADNOC, dilancarkan lebih awal menjelang pembukaan pertandingan

Phygital International
2025-12-15 18:56 9

Peminat global bakal merasai pengalaman Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) seperti tidak pernah sebelum ini apabila pertandingan MOBA PC.Dota 2 bermula di Abu Dhabi

DUBAI, UAE, 15 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Phygital International, peneraju global sukan phygital, hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Platform GOTF OTT, destinasi penstriman khusus untuk Games of the Future 2025 Abu Dhabi (Temasya Sukan Masa Depan 2025 Abu Dhabi) yang dipacu oleh ADNOC (GOTF 2025). Platform ini akan disiarkan secara langsung seiring bermulanya pertandingan tahun ini, dengan siaran sulung menampilkan pusingan pembukaan disiplin MOBA PC.Dota 2 pada 14 Disember dari Pixoul Gaming di Abu Dhabi.

Phygital athletes competing against each other on the digital side of phygital
Phygital athletes competing against each other on the digital side of phygital

Boleh diakses di https://tv.gofuture.games, hab penstriman baharu ini berfungsi sebagai pusat digital utama untuk siaran langsung, ulangan penuh acara, sorotan, serta kandungan eksklusif di sebalik tabir merangkumi semua disiplin GOTF 2025.

Direka khusus untuk kebolehcapaian global dan penglibatan sepanjang tahun, platform ini membolehkan peminat di seluruh dunia menonton setiap perlawanan secara langsung, menonton semula ulangan penuh pada bila-bila masa, serta menikmati kandungan bentuk pendek terpilih yang dioptimumkan untuk tontonan di media sosial dan peranti mudah alih.

Dikuasakan sepenuhnya oleh rakan teknologi Asport, Platform GOTF OTT mengintegrasikan penyiaran berasaskan awan termaju, navigasi yang lancar, serta alat penciptaan sorotan masa nyata bagi meningkatkan pengalaman peminat. Keupayaan ini menyokong penceritaan yang lebih kaya merentas semua saluran serta menetapkan tv.gofuture.games sebagai hab digital jangka panjang bagi sukan phygital.

Pertandingan Moba PC.Dota 2 untuk melancarkan platform

Pelancaran ini berlangsung seiring dengan persiapan menuju permulaan yang penuh gah untuk Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), apabila pertandingan MOBA PC.Dota 2 menghimpunkan pemain ikonik, legenda terkenal serta bintang serantau yang sedang meningkat naik, menjanjikan salah satu barisan persaingan paling sengit dalam sejarah acara ini. Kesemua perlawanan daripada disiplin ini akan disiarkan secara langsung di https://tv.gofuture.games.

Pasukan yang akan bertanding termasuk E7, Paper Tigers, Legends Rebooted, Vikings, Team Phoenix, Nigma Galaxy, Win dan TraBoTeam, masing-masing membawa gabungan unik pemain profesional elit serta personaliti gaming berpengaruh. Salah seorang pesaing terkemuka ialah Xu "BurNIng" Zhilei, yang akan mewakili pasukan Paper Tigers dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pemain carry terhebat dalam sejarah Dota 2.

Dengan barisan antarabangsa yang begitu mantap, peminat boleh menjangkakan gaya permainan yang bertembung, kejutan yang tidak dijangka dan persaingan baharu, menyediakan pentas untuk salah satu acara utama GOTF 2025.

Selepas pembukaan Peringkat Kumpulan, pertandingan akan berlanjut ke playoff berbentuk penyingkiran berganda penuh, yang memuncak kepada pertembungan best-of-three berisiko tinggi pada 18–19 Disember di ADNEC, pasukan akan bertarung untuk mendapatkan tempat di peringkat akhir dan peluang mengejar kemasyhuran antarabangsa.

Mengulas tentang pelancaran platform ini, Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International, berkata: "Platform GOTF OTT menandakan satu pencapaian besar dalam misi kami untuk membawa sukan phygital kepada penonton global. Destinasi digital bertaraf dunia ini mempamerkan tenaga, inovasi dan keterangkuman yang menjadi teras Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan). Dengan Dota 2 membuka pertandingan esok, kami teruja untuk menawarkan jutaan peminat satu cara baharu untuk mengalami setiap detik Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) tahun ini secara langsung."

Rangkaian rakan kongsi penyiaran global yang semakin berkembang 

Selain daripada Platform GOTF OTT, peminat boleh mengikuti Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) yang dipacu oleh ADNOC melalui rangkaian hak media dan rakan penyiaran antarabangsa yang semakin berkembang, memastikan peminat di seluruh dunia dapat menyaksikan semua aksi.

Di Amerika Syarikat, liputan akan tersedia melalui ESR TV, rangkaian gaming dan esports terkemuka yang menjangkau penonton arus perdana melalui platform seperti Apple TV, Sling dan Amazon Prime Video Channels. Di seluruh Amerika Latin, FOX Sports Mexico dan Zapping akan menyiarkan liputan dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol merentasi rantau ini.

Di platform berasaskan mudah alih, Bigo Live akan berperanan sebagai hab penstriman interaktif masa nyata, menawarkan tingkap siaran langsung pertandingan, co-streams yang dipimpin oleh pencipta kandungan, serta reaksi yang dihasilkan oleh peminat. Dengan penerimaan kukuh daripada generasi Z dan pencipta kandungan global, Bigo Live membawa Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) terus ke dalam budaya tontonan partisipatif. Sebagai pelengkap, Likee akan mempertingkatkan emosi dan tenaga GOTF 2025 melalui penceritaan video bentuk pendek, mengubah detik-detik menarik menjadi naratif yang boleh dikongsi.

Rakan-rakan ini menambah lagi liputan penyiaran yang telah disahkan, termasuk Sportworld dan BIGG TV di seluruh EMEA, Huya dan SOOP di Asia, serta StarTimes dan TV BRICS di seluruh Afrika.

"Dengan penambahan besar ini kepada rangkaian penyiaran kami, kami berbangga memastikan Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) yang dipacu oleh ADNOC boleh diakses oleh penonton di seluruh dunia. Kami menyampaikan platform berbilang rantau dan berbilang generasi yang setanding dengan skala dan inovasi sukan phygital," tambah Hatt.

Tiket untuk Games of the Future Abu Dhabi 2025 (Temasya Sukan Masa Depan Abu Dhabi 2025) yang dikuasakan oleh ADNOC kini dijual di www.gotfabudhabi.com. Peminat juga boleh mengikuti semua kemas kini terkini dan kandungan di sebalik tabir di Instagram di @gamesofthefutureofficial dan @gotfabudhabi.

Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur sukan phygital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://Phygitalinternational.com   

Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 akan diadakan di Abu Dhabi, UAE manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 akan diadakan di Astana, Kazakhstan.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/ 

Butiran Hubungan: press@phygitalinternational.com 

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2844633/Phygital_International_1.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2844634/Phygital_International_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2745156/5669833/PhygitalInternational_GOTF_Logo.jpg?p=medium600

Phygital athletes competing against each other on the digital side of phygital
Phygital athletes competing against each other on the digital side of phygital

 

 

Source: Phygital International
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Television New products/services