omniture

Jenama-jema Global Perteguh Keyakinan terhadap Pasaran Kapal Layar Mewah Asia apabila J.P. Morgan Private Bank Kembali ke Festival Kapal Layar Singapura 2026

ONE15 Events Management Pte Ltd
2025-12-15 21:47 1

SINGAPURA, 15 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Festival Kapal Layar Singapura (SYF) bakal kembali mulai 23 hingga 26 April 2026 di ONE°15 Marina Sentosa Cove menerusi edisi terbesarnya setakat ini. Anjuran ONE15 Events Management, acara yang diperluas ini akan membawakan lebih banyak kapal layar, pelancaran global serta keterlibatan industri yang lebih mendalam, seterusnya mengesahkan sekali lagi kedudukan Singapura sebagai hab yang utama untuk pasaran kapal layar yang kian berkembang di Asia.


Menerusi sokongan yang padu terhadap momentum ini, J.P. Morgan Private Bank memperbaharui peranannya sebagai Rakan Bank Rasmi untuk SYF 2026. "J.P. Morgan Private Bank dengan sukacitanya memperbaharui perkongsian kami bersama Festival Kapal Layar Singapura sebagai Rakan Bank Rasmi untuk tahun kedua. Kolaborasi ini memperlihatkan warisan pelayaran kami yang sudah lama terjalin dan komitmen kami terhadap kecemerlangan, inovasi serta penciptaan pengalaman bermakna yang sejajar dengan minat pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk meraikan semangat pelayaran bersama komuniti yang meriah di Singapura dan di seluruh rantau ini," kata Harshika Patel, Ketua Pegawai Eksekutif, J.P. Morgan Private Bank di Asia.

Damen Yachting turut mengesahkan sekali lagi sokongannya sebagai penaja utama Superyacht Lounge untuk tahun kedua, susulan kebolehlihatan yang mantap dan hasil positif di SYF 2025. Sokongan berterusan mereka memperkukuh nilai SYF sebagai sebuah platform strategik dan menonjolkan permintaan yang semakin meningkat terhadap kapal layar mewah di seluruh Asia.

Bagi membangkitkan keterujaan, SYF akan melancarkan satu kempen jangkauan serantau yang membawakan acara-acara pengaktifan di Indonesia, Thailand dan Singapura. Keterlibatan ini bermatlamat untuk berhubung dengan pengguna mewah, tetamu bernilai bersih tinggi dan pihak berkepentingan industri sekali gus memantapkan profil SYF sebagai sebuah acara yang wajib dihadiri.

SYF 2026 akan memperkenalkan majlis makan tengah hari VIP yang eksklusif dan majlis koktel di atas kapal layar mewah, selain menawarkan peluang perangkaian peribadi kepada pembeli dan juga pengalaman masak-memasak terkurasi oleh jurumasak peribadi.

Peserta pameran yang sudahpun membuat pengesahan termasuk Azimut Yachts, Boat Lagoon Yachting, DCH Marine, Ferretti Group, Leopard Catamarans dan Simpson Marine. Kehadiran dijangka melebihi 13,000 pengunjung dari Singapura, Asia dan pasaran-pasaran global, seterusnya memperkukuh peranan Singapura sebagai hab yang penting untuk pembina, pengedar dan pembeli kapal layar yang arif.

Menjelang berlangsungnya Festival ini, Persidangan Kapal Layar Asia Tenggara akan berlangsung pada 21–22 April di ONE°15 Marina yang menampilkan sesi-sesi berkenaan gambaran pasaran, arah aliran carter, aktiviti kapal layar mewah, inovasi dipacu AI, penyahkarbonan serta kajian kes serantau.

Yacht Style Awards yang berprestij kembali pada 22 April dengan menghimpunkan 350 orang VIP, pemilik kapal layar dan pemimpin industri bagi tujuan meraikan kecemerlangan dalam reka bentuk, inovasi serta pengalaman pemilikan kapal layar.

Kit Media: di sini

Source: ONE15 Events Management Pte Ltd
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Trade show news Future Events