WUHAN, China, 19 Disember 2025 /PRNewswire/ -- GeeTest, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pengurusan bot dan keselamatan dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 360,000 perusahaan di seluruh dunia, hari ini mengetengahkan Business Rules Engine yang berkuasa. Platform tanpa-kod/kod-rendah yang canggih ini membolehkan organisasi-organisasi membina sistem kawalan risiko automatik dan fleksibel yang memberikan pembuatan keputusan masa nyata yang tepat tanpa bergantung pada pengekodan yang kompleks.
Perniagaan pada hari ini harus terus-menerus mengoptimumkan operasi, memantapkan kawalan risiko, bertindak balas segera terhadap perubahan pasaran dan memberikan pengalaman pelanggan terperibadi di tengah-tengah persaingan yang sengit. Enjin peraturan perniagaan lazim sering memerlukan kepakaran pengaturcaraan yang luas dan bergelut dengan kebolehsesuaian pada masa nyata. GeeTest Business Rules Engine dapat mengatasi masalah utama ini dengan menyahgandingkan logik perniagaan daripada kod aplikasi, lalu membolehkan pasukan bukan teknikal (seperti pengurus risiko dan penganalisis perniagaan) mengkonfigurasi, menguji dan melaksanakan peraturan sofistikated secara visual menggunakan antara muka tarik-dan-lepas yang intuitif.
Aspek teras GeeTest Business Rules Engine ialah antara muka tarik-dan-lepas intuitif yang menggambarkan logik keputusan melalui aliran kerja yang berasaskan carta alir. Pengguna boleh mengumpulkan peraturan seperti blok binaan, menggabungkan komponen yang berkuasa untuk mengendalikan senario yang paling rumit sekalipun tanpa menulis walau satu baris kod.
Ciri-ciri utama yang membezakan GeeTest Business Rules Engine termasuk:
Latar Belakang GeeTest
GeeTest menyediakan penyelesaian pengurusan bot dan pengesahan pengguna yang dikuasakan AI untuk perusahaan di seluruh dunia. Setakat tahun 2025, GeeTest melindungi lebih daripada 360,000 perniagaan di peringkat global yang mencakupi industri-industri seperti kewangan, e-dagang, permainan, SaaS dan platform digital. Penyelesaian GeeTest membantu organisasi-organisasi mencapai pertahanan daripada penyalahgunaan automatik sekali gus mengekalkan pengalaman pengguna yang lancar dan patuh.
Untuk maklumat lanjut mengenai GeeTest, ikuti syarikat ini di LinkedIn.