KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ -- bossjob, platform pengambilan pekerja ditingkatkan AI yang merevolusikan cara majikan dan pencari kerja berhubung di seluruh Asia, mengumumkan pada hari ini pertumbuhan suku tahun ketiga yang luar biasa di Malaysia dan menyaksikan kemunculan pasaran muda sebagai penggiat utama dalam strategi pengembangan serantau syarikat ini.
Penerimagunaan platform bossjob yang pesat di Malaysia—dengan syarikat baharu, pengumuman pekerjaan dan keterlibatan majikan kesemuanya meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding suku tahun sebelumnya—menunjukkan minat yang tinggi terhadap alatan pengambilan pekerja moden yang menggabungkan kecanggihan teknologi dengan interaksi manusia yang autentik. Pasaran ini memperoleh pencapaian penting menerusi penempatan pertama yang berjaya, lantas mengesahkan kesesuaian produk-pasaran platform ini di negara ini.
"Malaysia mengajar kami bahawa meskipun kelajuan dianggap penting, kandungan adalah jauh lebih penting," kata Bernie Goh, Pengurus Negara untuk bossjob Malaysia. "Majikan menginginkan AI yang menonjolkan calon tepat dengan pantas, namun mereka juga ingin membina hubungan sebenar melalui perbualan. Inilah sebenarnya yang didayakan oleh platform kami."
Kisah kejayaan Malaysia menggambarkan falsafah serantau bossjob yang lebih luas: Memanfaatkan AI untuk mengendalikan kerumitan dan dalam masa yang sama memelihara unsur manusiawi yang menjadikan keputusan pengambilan pekerja sesuatu yang bermakna. Enjin cadangan pintar daripada platform ini memproses beribu-ribu titik data bagi mencadangkan padanan yang relevan, namun setiap hubungan bermula dengan perbualan yang tulen antara dua orang.
Program Rakan Rujukan daripada bossjob terbukti berkesan khususnya di Malaysia, dengan tiga rakan kongsi aktif membantu meningkatkan skala pemerolehan dengan cara yang berkesan kos dan dalam masa yang sama mengekalkan kualiti. Syarikat ini melibatkan jenama-jenama yang disegani daripada sektor runcit, pembuatan, penjagaan kesihatan serta makanan & minuman bagi membina momentum pasaran peringkat awal. Kempen yang dijalankan baru-baru ini, termasuk inisiatif Hari Merdeka, telah mula meningkatkan kesedaran dalam kalangan pencari kerja mengenai pendekatan mengutamakan sembang yang unik daripada bossjob.
Kisah pertumbuhan Malaysia wujud dalam naratif serantau bossjob yang lebih besar. Filipina, iaitu pasaran syarikat yang paling matang dengan hampir 5 juta pengguna, akan menjadi yang pertama melancarkan pengewangan pada tahun 2026. Peralihan penting ini memberi kedudukan kepada Filipina sebagai tempat ujian untuk model komersial bossjob, dengan strategi yang berjaya mengalir ke Malaysia serta pasaran-pasaran lain sepanjang tahun.
Sementara itu, Indonesia membina daya tarik jenama Gen Z yang kukuh melalui perkongsian universiti serta kolaborasi pencipta kandungan, manakala Jepun mengimbangi pembangunan platform dengan perkhidmatan pencarian calon pekerja yang disesuaikan dengan keutamaan pengambilan pekerja tempatan. Divisi Web3 syarikat ini memantapkan kedudukannya sebagai rakan kongsi pengambilan pekerja khusus untuk syarikat-syarikat blok rantai di peringkat global.
"Setiap pasaran beroperasi dengan cara yang berbeza, namun coraknya konsisten," kata Goh. "Apabila anda menggabungkan AI yang berkuasa dengan hubungan manusia yang tulen—pameran kerjaya, perkongsian yang dipercayai, keterlibatan komuniti—anda mewujudkan pertumbuhan yang mampan."
Bagi Malaysia khususnya, keutamaan S4 memfokuskan untuk mengukuhkan kedua-dua sisi pasaran. Syarikat ini akan mengambil bahagian dalam pameran kerjaya yang utama, termasuk Pameran Kerjaya Malaysia dan acara-acara di universiti-universiti Taylor's dan Sunway. Kempen dalam talian bersasar akan meningkatkan bekalan pencari kerja manakala inisiatif kebolehlihatan pekerjaan yang dipertingkat akan memastikan peluang ditujukan kepada calon yang tepat. Pemberitahuan semerta, pengumpulan pekerjaan yang dipilih susun dan kempen e-mel "Top Jobs" daripada platform ini akan memacu keterlibatan yang lebih mendalam.
Keupayaan AI bossjob terus berkembang dengan ciri-ciri seperti diagnostik resume automatik, alat pengumuman pekerjaan dikuasakan AI dan penapisan calon pintar. Walau bagaimanapun, syarikat ini tetap komited untuk memastikan teknologi dapat memenuhi keperluan hubungan manusia dan bukannya menggantikannya. Pengurus pengambilan pekerja masih lagi membuat keputusan muktamad; AI hanya membantu mereka membuat keputusan yang lebih termaklum dengan lebih pantas.
Tatkala bossjob bersiap sedia memasuki fasa pertumbuhan tahun 2026—bermula dengan pengewangan Filipina dan pengembangan ke seluruh pasaran—momentum awal Malaysia memberi tempat kepada negara ini sebagai pasaran yang kritikal bagi menunjukkan sejauh mana AI dan hubungan insan boleh berfungsi secara harmoni bagi mentransformasikan kaedah pengambilan pekerja.
Baca Laporan Pengambilan Pekerja S3 2025 bossjob secara lengkap di Bilik Akhbar bossjob.
Latar Belakang bossjob
bossjob ialah platform pengambilan pekerja generasi akan datang yang mengupayakan perbualan langsung antara pencari kerja dan majikan. Beroperasi di seluruh Filipina, Indonesia, Malaysia, Jepun dan ekosistem Web3 global, bossjob menggabungkan ciri pemadanan dikuasakan AI dengan reka bentuk berpusatkan insan bagi mentransformasikan cara orang ramai mencari pekerjaan yang bermakna.