BEIJING, 23 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan yang terletak di Selatan China mengambil langkah-langkah untuk terus mengoptimumkan persekitaran perniagaannya dalam usaha untuk meningkatkan lagi pembangunan FTP berstandard tinggi.

The photo shows that Ren Duanping, director of Hainan Provincial Department of Business Environment Development, delivers a speech at a Hainan FTP promotion event held recently in Boao, south China's Hainan Province.
Hainan menganggap persekitaran perniagaan sebagai produktiviti, kevitalan dan daya saing teras FTP Hainan, menurut Ren Duanping, pengarah bagi Jabatan Pembangunan Persekitaran Perniagaan Wilayah Hainan, di sebuah acara promosi FTP Hainan yang diadakan baru-baru ini di Boao, Wilayah Hainan, selatan China.
Wilayah ini mematuhi orientasi permintaan daripada perusahaan dan orang ramai yang memfokuskan pada inovasi institusi bersepadu, memperluas keterbukaan dan membina sistem dasar dan institusi serta sistem perkhidmatan perusahaan cekap yang sesuai untuk FTP berstandard tinggi, seterusnya mewujudkan persekitaran pembangunan yang adil, terbuka, telus dan boleh diramal, kata Ren.
Bagi menggalakkan pembinaan FTP, wilayah ini menubuhkan sebuah jabatan pembangunan persekitaran perniagaan peringkat wilayah, iaitu jabatan yang pertama seumpamanya mendapat status jabatan komponen kerajaan di negara ini. Setiap bandar dan daerah di Hainan turut menubuhkan kumpulan dan jabatan utama yang sepadan, seterusnya memberikan jaminan organisasi yang mantap bagi tujuan pengoptimuman persekitaran perniagaan.
Ren menegaskan bahawa tatkala Hainan terus memperkukuh dan mengoptimumkan persekitaran perniagaan asasnya dengan persekitaran ekologi yang unik sebagai kelebihan teras, ia juga terus mengoptimumkan persekitaran dasarnya dan membina sistem perindustrian moden dengan ciri-ciri FTP.
FTP Hainan berusaha untuk membina sebuah persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bertaraf antarabangsa, menurut Ren. Wilayah ini menjadikan pasaran mengambil peranan yang penting dalam hal peruntukan sumber serta mengurangkan campur tangan kerajaan dalam sumber dan aktiviti mikroekonomi, lalu mewujudkan persekitaran pasaran yang lebih adil dan juga lebih dinamik.
Ren berkata bahawa wilayah ini berpegang teguh pada prinsip bahawa "kedaulatan undang-undang ialah persekitaran perniagaan terbaik" dan turut melindungi hak harta serta hak dan kepentingan yang sah terhadap semua jenis entiti perniagaan secara saksama selaras dengan peruntukan undang-undang. Lebih 60 pengawalseliaan dan lebih daripada 20 peraturan kerajaan yang berkait rapat dengan persekitaran perniagaan telahpun diisytiharkan, tambahnya.
Memandang ke hadapan, Ren berkata Hainan akan mengambil tindakan praktikal untuk membina sistem dasar dan institusi secara aktif yang sejajar dengan FTP berstandard tinggi.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348908.html