![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Otis berkolaborasi dengan syarikat pembinaan Vestland di Malaysia untuk pemasangan lif SkyRise® terkini, Sistem Pengurusan Destinasi Compass® 360 dan penyelesaian IoT Otis ONE®, dengan skrin pintar eView™ bagi tujuan pembangunan kediaman mewah Armani Hallson KLCC di pusat bandar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Otis Worldwide Corporation (NYSE: OTIS) ialah syarikat pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator yang terkemuka di dunia.
"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Armani Group development, melalui kolaborasi bersama Vestland, pemaju projek bagi membawakan teknologi canggih dan reka bentuk inovatif kami kepada Armani Hallson KLCC. Otis berbangga dapat membawakan pengalaman mobiliti vertikal yang pintar, moden dan cekap untuk penghuni dan juga pelawat," kata Nicolas Lopez, Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan, Otis Asia Tenggara.
Bagaimanakah Otis memperkasakan pengangkutan vertikal di Armani Hallson KLCC?
Latar Belakang Otis
Otis memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berhubung dan berkembang maju dalam dunia yang lebih tinggi, lebih pantas dan lebih pintar. Peneraju global dalam pembuatan, pemasangan dan servis lif dan eskalator, kami menggerakkan 2.4 bilion orang sehari dan menyelenggara kira-kira 2.4 juta unit pelanggan di seluruh dunia – portfolio Servis terbesar dalam industri ini. Anda akan dapat menemui kami dalam struktur yang paling ikonik di dunia serta bangunan kediaman dan komersial, hab pengangkutan dan di mana-mana sahaja orang ramai bergerak. Beribu pejabat di Connecticut, AS, Otis mempunyai 72,000 pekerja yang mantap, termasuk 44,000 ahli profesional lapangan, kesemuanya komited terhadap pembuatan, pemasangan dan penyelenggaraan produk bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan dan penumpang kami di lebih daripada 200 negara dan wilayah. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.otis.com dan ikuti kami di LinkedIn, YouTube, Instagram dan Facebook @OtisElevatorCo.