omniture

Inside China | Kishore Mahbubani: Mesyuarat APEC di Shenzhen dapat beri inspirasi kepada pembangunan global

South
2025-12-30 22:25 111

GUANGZHOU, China, 30 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada South: 

Baru-baru ini, Shenzhen menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan telahpun disahkan sebagai lokasi untuk mengadakan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC 2026.

Bekas duta besar Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kishore Mahbubani — yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC kali pertama pada tahun 1993 — baru-baru ini kembali ke bandar berkenaan. Beliau memilih Shenzhen yang digambarkan olehnya sebagai "bandar membangun paling pesat dalam sejarah dunia," dengan sifat ingin tahu yang analitis.

"Apabila pemimpin-pemimpin APEC datang ke sini, mereka akan berasa amat kagum," kata Mahbubani. "Apa yang telahpun dicapai oleh Shenzhen dapat memberikan inspirasi sejati kepada dunia."

Inspirasi tersebut, menurutnya, terletak pada transformasi industri bandar berkenaan. Berdiri di atas puncak sebuah bangunan pencakar langit yang menghadap Shenzhen Bay, Mahbubani terkenangkan saat melihat ke seberang dari Hong Kong beberapa dekad yang lalu. "Tiada apa-apapun di sini — yang ada hanyalah sawah padi," katanya. "Hari ini, latar langitnya mampu menandingi bandar-bandar global yang besar."

Di BYD, iaitu pembuat kenderaan elektrik yang berpangkalan di Shenzhen, Mahbubani memandu uji model-model baharu dan turut memerhatikan demonstrasi keselamatan teknologi bateri bilahnya.

Ditubuhkan tiga dekad yang lalu, BYD kini beroperasi di 116 negara dan wilayah. Bagi Mahbubani, kebangkitannya menggambarkan perubahan Shenzhen yang lebih luas bermula daripada pembuatan asas kepada teknologi canggih.

Tahun ini menyaksikan ulang tahun ke-45 designasi Shenzhen sebagai zon ekonomi khas. Sepanjang tempoh itu, bandar ini berkembang menjadi salah satu ekonomi bandar yang terbesar di tanah besar China yang dilihat secara meluas sebagai tempat ujian untuk dasar pembangunan China.

Menurut Mahbubani. kekuatan Shenzhen juga bersifat institusi. Di Hab Inovasi dan Usahawan Belia Qianhai Shenzhen-Hong Kong, beliau bertemu dengan syarikat-syarikat pemula dan firma-firma biayaan Hong Kong yang mendapat manfaat daripada perkhidmatan kerajaan bersepadu serta sokongan dasar — pendekatan yang beliau sifatkan sebagai berkesan dan boleh direplikasi.

Pada pandangan Mahbubani, pembangunan Shenzhen selama 45 tahun juga merupakan kisah bagaimana hubungan bersama Hong Kong mengalami perubahan — daripada limpahan satu arah kepada pengukuhan bersama.

Dengan populasi golongan muda dan ekosistem inovasi yang padat, Shenzhen terus menarik minat industri-industri baru muncul, bermula daripada kenderaan elektrik hinggalah realiti terimbuh. Bilamana pertumbuhan global menunjukkan kadar yang semakin perlahan, Mahbubani berkata bandar berkenaan menawarkan cara berfikir yang berbeza mengenai pembangunan.

"Apa yang dicapai oleh Shenzhen boleh menjadi sumber inspirasi yang sebenar untuk negara-negara melihat sebesar mana kemajuan yang boleh dicapai dalam tempoh masa yang begitu singkat," kata Mahbubani.

Source: South
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Mining/Metals Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trade show news Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing