omniture

Haier Bekerjasama dengan Paris Saint-Germain Cipta Pengalaman Juara untuk Pengguna Global

Haier Group
2026-01-02 14:17 93

Bintang-bintang Paris Saint-Germain Memimpin TVC Tahun Baharu Menerangi Layar Mercu Tanda di 13 Bandar Global

BEIJING, 2 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Dengan tahun 2025 melabuhkan tirainya, Haier, iaitu jenama ekosistem IoT yang terkemuka di dunia membawakan semangat juara kepada penonton di seluruh dunia melalui perkongsiannya bersama Paris Saint-Germain (PSG), salah satu kelab bola sepak yang paling berjaya di dunia. Pada 31 Disember 2025, iklan televisyen Tahun Baharu yang dihasilkan oleh pemain-pemain terbaik PSG menerangi layar luar mercu tanda merentas 13 bandar utama di pasaran-pasaran termasuk Perancis, Poland, Mesir, Arab Saudi dan Jepun bagi tujuan mempersembahkan lebih daripada sekadar ucapan perayaan serta mencerminkan pola fikir juara yang dikongsi bersama dan bertunjangkan kecemerlangan, kepimpinan dan juga hubungan global.

 
Haier Teams Up with Paris Saint-Germain to Create Champion Experiences for Global Users

Semangat Juara Menginspirasikan Inovasi dan Pengalaman Pengguna Global

Kempen Tahun Baharu mencerminkan usaha Haier dalam menggapai kecemerlangan. Bermula daripada pengilang Cina perintis seterusnya menjadi jenama ekosistem yang benar-benar bersifat global, kini Haier memenuhi keperluan lebih 1 bilion isi rumah merentas lebih 200 negara dan wilayah. Pada tahun 2024, Haier mencapai hasil kendalian global sebanyak USD 55.9 bilion dan mendahului pasaran runcit peralatan utama global selama 16 tahun berturut-turut.

Sama seperti PSG yang menerobos batasan prestasi tanpa henti, Haier menerapkan semangat juara yang sama kepada teknologi dan juga pengalaman pengguna. "Kami berasa teruja untuk meningkatkan strategi pemasaran sukan kami dengan bekerjasama bersama Paris Saint-Germain. Pasukan yang hebat meraih kemenangan melalui ketepatan, kerja berpasukan dan penambahbaikan secara berterusan. Kami membina produk dengan cara yang sama: direka dengan menitikberatkan insan, dikuasakan oleh teknologi dan terbukti dalam penggunaan harian," kata Haishan Liang, Naib Pengerusi Lembaga Pengarah dan Presiden Haier Group.

Visi ini dikuasakan oleh strategi penyetempatan "tiga-dalam-satu" Haier yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan setempat, pembuatan serta pemasaran untuk mencipta penyelesaian yang disesuaikan dengan gaya hidup tempatan. Pendekatan ini, digandingkan dengan rangkaian inovasi global, memastikan teknologi Haier memenuhi pelbagai keperluan pengguna di serata dunia.

Di Jepun, peti sejuk ultra-nipis Haier direka untuk rumah bandar yang padat. Di Eropah, mesin basuh cekap tenaga memenuhi jangkaan kelestarian dan standard kawal selia. Di A.S. pula, mesin basuh berkapasiti besar dapat memenuhi keperluan kehidupan berorientasikan keluarga.

Di Thailand, penyaman udara "UV Cool Voice Series" Haier membawakan ciri kawalan suara dikuasakan AI dalam bahasa Thai dan juga bahasa Inggeris, manakala di Timur Tengah dan Afrika, penyelesaian penyamanan udara Haier direkayasa untuk memberikan prestasi yang andal dan cekap dalam keadaan iklim yang mencabar.

Paris Saint-Germain Stars Lead New Year TVC Lighting Up Landmark Screens Across 13 Global Cities
Paris Saint-Germain Stars Lead New Year TVC Lighting Up Landmark Screens Across 13 Global Cities

Menuju Masa Depan Ekosistem dengan Kemungkinan Tidak Terhingga

Selain ciri dan juga fungsi, Haier terus memperluas ekosistemnya, membina ekosistem yang berciri terbuka dan bertenaga dalam kehidupan pintar, internet industri dan teknologi kesihatan, dipandu oleh visi untuk mencipta nilai tanpa batasan seiring bersama pengguna dan juga rakan kongsi.

Melalui platform internet industri COSMOPlat yang menyokong inovasi pembuatan global dan platform-eko Yingkang Life yang memfokuskan pada kesihatan dan kesejahteraan, pengaruh Haier sebagai jenama ekosistem terus berkembang di seluruh dunia.

Berpandukan rasa bertanggungjawab yang tinggi, Haier mengintegrasikan prinsip kelestarian dan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) ke dalam operasi globalnya bagi menyokong pembangunan lestari dalam tempoh jangka panjang di setiap pasaran yang mendapat khidmatnya.

Di samping itu, Haier terus mengukuhkan hubungan emosinya bersama pengguna di seluruh dunia. Layar mercu tanda yang diterangi melambangkan sambutan bersama yang bertunjangkan nilai-nilai bersama.

Paris Saint-Germain Stars Lead New Year TVC Lighting Up Landmark Screens Across 13 Global Cities
Paris Saint-Germain Stars Lead New Year TVC Lighting Up Landmark Screens Across 13 Global Cities

Festival Peminat Global Haier juga kekal menjadi platform penting bagi tujuan keterlibatan dan pembinaan komuniti. Susulan kejayaan penutupan acara yang diadakan baru-baru ini di Malaysia, festival ini akan terus menghubungkan pengguna melalui beratus-ratus acara setempat di seluruh dunia, memupuk interaksi yang lebih erat, pengalaman bersama serta komuniti global yang semakin berkembang.

Tatkala tahun 2026 membuka tirainya, Haier tetap komited untuk memberikan pengalaman juara melalui teknologi, inovasi dan nilai-nilai yang dikongsi bersama—melangkah seiring bersama pengguna di seluruh dunia menuju kemungkinan baharu.

Sila kunjungi https://www.haier.com/global/

Latar Belakang Haier Group 

Ditubuhkan pada tahun 1984, Haier Group ialah penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian transformasi kehidupan dan digital yang lebih baik, menerusi matlamatnya iaitu "Lebih Banyak Penciptaan, Lebih Banyak Kemungkinan". Haier sentiasa mengutamakan pengguna dan membina landskap dengan tiga tonggak: Kehidupan Pintar, Industri Kesihatan Komprehensif dan Industri Ekonomi Digital. Syarikat ini menubuhkan 10 pusat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), 35 taman industri dan 163 pusat pembuatan, seterusnya mencapai hasil global sebanyak USD 55.9 bilion pada tahun 2024. Haier mendapat kedudukan dalam senarai 100 Jenama Global Paling Berharga Teratas Kantar BrandZ selama 7 tahun berturut-turut. Di samping itu, Haier mendapat tempat No.1 bagi Jenama Peralatan Utama Global Euromonitor selama 16 tahun berturut-turut. Haier memiliki 8 syarikat tersenarai, dengan subsidiarinya, Haier Smart Home dinamakan sebagai antara Fortune Global 500 dan Fortune World's Most Admired Companies.

Source: Haier Group
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports