omniture

Cambridge International Education peroleh kesetaraan kebangsaan pertama di Asia Tenggara, apabila Kemboja iktiraf kelayakan AS Level

Cambridge University Press & Assessment
2026-01-03 08:56 10

PHNOM PENH, Kemboja, 3 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Kumpulan International Education di Cambridge University Press & Assessment (Cambridge) menggapai pencapaian yang penting di Asia Tenggara apabila Kemboja mengiktiraf secara rasmi bahawa penyempurnaan tiga mata pelajaran Cambridge International AS Level setara dengan Diploma Sekolah Menengah Atas Gred 12 Kemboja. Pengiktirafan penting ini memantapkan laluan kemajuan untuk para pelajar di rantau ini dan menggambarkan penjajaran yang semakin meningkat antara sistem kebangsaan dan juga pembelajaran yang ditanda aras pada peringkat antarabangsa.

Meeting between Cambridge and His Excellency Dr. Hang Chuon Naron, Deputy Prime Minister and Minister of Education, Youth and Sport of Cambodia.
Meeting between Cambridge and His Excellency Dr. Hang Chuon Naron, Deputy Prime Minister and Minister of Education, Youth and Sport of Cambodia.

Keputusan ini dibuat susulan daripada pertemuan konstruktif bersama T.Y.T. Dr. Hang Chuon Naron, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, Belia dan Sukan. Ia merupakan perjanjian kesetaraan kebangsaan pertama oleh Cambridge International di Asia Tenggara dalam memperluas capaian untuk para pelajar Kemboja kepada pembelajaran yang ditanda aras pada peringkat antarabangsa.

Menurut kerangka baharu:

  • Tiga mata pelajaran Cambridge International AS Level kini dianggap mempunyai nilai yang setara dengan Diploma Sekolah Menengah Atas Kemboja bagi tujuan pengiktirafan dan sambung belajar.
  • Setiap mata pelajaran Cambridge International AS Level dianggap setanding dengan penyempurnaan kursus sepadan pada tahun pertama bagi pengajian peringkat siswazah di universiti-universiti Kemboja.  
  • Institusi-institusi pendidikan tinggi Kemboja boleh menerima kemasukan pemegang-pemegang kelayakan Cambridge International ini, dengan syarat mereka turut memenuhi syarat-syarat literasi dan numerasi yang berkaitan.

T.Y.T. Duta Besar Dominic Williams, The British Embassy Phnom Penh, berkata: "Cambridge ialah kurikulum bertaraf dunia dan dimanfaatkan di lebih 10,000 sekolah di lebih 160 negara. Saya berbesar hati kerana semakin ramai ibu bapa dan pelajar Kemboja memilih AS level dan A level Cambridge bagi membangunkan potensi mereka dan membuka peluang global, termasuk laluan untuk memasuki universiti-universiti terbaik di luar negara.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Hang Chuon Naron kerana memberikan pengiktirafan rasmi kesetaraan untuk AS level dan A level dalam sistem Kemboja. Pengiktirafan ini menjadikannya lebih mudah untuk para pelajar Cambridge mendapatkan peluang pengajian yang terbaik di Kemboja dan menerima pengiktirafan rasmi atas kerja keras dan kejayaan mereka. Saya berharap dapat melihat kurikulum Cambridge terus meluaskan peluang di Kemboja, terutamanya kepada golongan muda di wilayah-wilayah di luar Phnom Penh."

Kanjna Paranthaman, Pengarah Serantau, Asia Tenggara & Pasifik, untuk International Education di Cambridge, berkata: "Pengiktirafan ini merupakan suatu pencapaian yang hebat untuk para pelajar di Kemboja dan detik penting untuk rantau yang lebih luas. Misi kami adalah untuk membantu setiap pelajar menimba ilmu pengetahuan dan mengasah kemahiran untuk berkembang maju dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah dan perjanjian ini turut mencipta laluan yang lebih langsung daripada bilik darjah Cambridge ke universiti-universiti Kemboja. Kami amat berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan atas kepimpinan dan perkongsian mereka dalam mengembangkan peluang-peluang ini."

Perkembangan ini menonjolkan komitmen Kemboja terhadap kesediaan dalam mendepani masa depan dan sejajar dengan arah aliran serantau yang lebih luas yang melaluinya kerajaan mengiktiraf kelayakan antarabangsa yang boleh dipercayai yang menyokong mobiliti, kualiti serta kemajuan.

Latar Belakang Cambridge

Kumpulan International Education di Cambridge University Press & Assessment merupakan sebahagian daripada University of Cambridge. Kumpulan International Education kami bekerjasama dengan sekolah-sekolah di seluruh dunia bagi tujuan membina pendidikan yang membentuk ilmu pengetahuan, pemahaman dan kemahiran. Kami bersama-sama memberikan keyakinan yang diperlukan oleh para pelajar untuk berkembang maju dan mencetuskan impak positif dalam dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Kami menawarkan kerangka yang dipercayai dan anjal pada peringkat global untuk pendidikan bermula dari usia 3 hingga 19 tahun (Cambridge Pathway) yang berpandukan penyelidikan, pengalaman dan dengan mendengar suara hati pendidik. Menerusi kelayakan yang diiktiraf (seperti Cambridge IGCSE dan International AS & A Level), sumber yang berkualiti tinggi, sokongan komprehensif serta pandangan berharga, kami membantu sekolah-sekolah mempersiapkan setiap pelajar dalam merebut peluang dan menyahut cabaran mendatang. Kami bersama-sama membantu pelajar-pelajar Cambridge bersedia berhadapan dengan dunia.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cambridgeinternational.org

Meeting between Cambridge and His Excellency Dr. Hang Chuon Naron, Deputy Prime Minister and Minister of Education, Youth and Sport of Cambodia.
Meeting between Cambridge and His Excellency Dr. Hang Chuon Naron, Deputy Prime Minister and Minister of Education, Youth and Sport of Cambodia.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service New products/services