omniture

Hisense Perkenal Julung Kali 116UXS dan XR10, Majukan RGB MiniLED Menuju Era Baharu di CES 2026

Hisense
2026-01-09 01:33 61

LAS VEGAS, 9 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah global memperkenalkan TV RGB MiniLED 116UXS dan Projektor Laser XR10 di CES 2026, lalu memberi tempat kepada inovasi paparan sebagai tumpuan pameran globalnya dan menonjolkan kemajuannya yang terkini dalam teknologi paparan berpusatkan manusia.

Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense memperkenalkan RGB MiniLED evo—suatu evolusi peringkat sistem yang mencapai kemajuan melangkaui penaiktarafan dipacu parameter konvensional menuju ke arah inovasi asas dalam seni bina cahaya belakang. Berasaskan struktur cahaya belakang berwarna merah, hijau dan biru tradisional, RGB MiniLED evo merupakan yang pertama dalam industri ini yang memperkenalkan LED keempat Sky Blue–Cyan pada sistem cahaya belakang MiniLED, lantas melengkapkan salah satu bahagian spektrum cahaya semula jadi yang paling kerap tiada.

Menerusi kawalan warna 134-bit yang canggih dan liputan warna melebihi 110% daripada BT.2020, RGB MiniLED evo mengupayakan penghasilan semula ton langit, air dan hijau-sian yang lebih tepat dan ia juga memberikan ketepatan warna gred-profesional dengan ΔE<1.0 melalui penentukuran warna peringkat sistem yang dipertingkat. Tambahan pula, reka bentuk sumber cahayanya yang dioptimumkan dapat mengurangkan cahaya biru berbahaya sehingga 80%, lalu menyokong pengalaman tontonan dalam tempoh jangka panjang yang lebih selesa dan semula jadi pada skrin ultra-besar.


116UXS, produk pertama yang dikuasakan oleh RGB MiniLED evo, menonjolkan peralihan penentuan ke arah inovasi paparan dipacu struktur—menjadikan fideliti warna, keselesaan visual dan pengalaman tontonan sebenar sebagai tumpuan pada reka bentuk televisyen skrin besar generasi akan datang. Beginilah prestasi ekstrem benar-benar bertemu dengan keselesaan yang berkekalan.


UR8 dan UR9 ialah barisan TV RGB MiniLED teras daripada Hisense yang direka untuk membawakan prestasi MiniLED RGB sejati kepada lebih ramai pengguna melalui penentuan harga arus perdana dan liputan saiz yang paling luas. Berdasarkan kepimpinan teknologi ini, Hisense mengambil tanggungjawab bukan sahaja untuk mendahului kategori ini, tetapi juga untuk meluaskannya. UR8 dan UR9 memberikan asas-asas gambar peringkat andalan—RGB MiniLED sebenar serta pengoptimuman warna dan pemandangan dipacu AI—sekali gus meluaskan kebolehcapaian merentas saiz 55" hingga 100", lalu menjadikannya pilihan RGB MiniLED yang terbaik untuk kebanyakan isi rumah.


Bagi senario pawagam rumah berskrin-ultra-besar, Hisense meluaskan lagi kepimpinannya melalui teknologi laser TriChroma. Membuat penampilan sulung globalnya di CES 2026, XR10 memberikan visual berskala sinematik dengan kecerahan yang tinggi, ekspresi warna yang beraneka dan prestasi jangka panjang yang stabil, seterusnya menawarkan penyelesaian pawagam rumah yang imersif untuk tayangan sehingga 300 inci.


RGB MiniLED untuk TV ultra-besar dan Laser TriChroma untuk tayangan pawagam rumah bersama-sama mentakrifkan strategi paparan skrin besar Hisense yang dapat memenuhi keperluan tontonan ruang tamu premium dan juga pengalaman sinematik yang imersif. Ditunjangi oleh penampilan sulung 116UXS dan XR10, pendekatan ini menjayakan tema "Menginovasi Kehidupan Lebih Cerah" CES 2026 melalui inovasi paparan yang direka agar terasa lebih semula jadi, selesa dan relevan dalam penggunaan seharian.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf pada peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna yang beroperasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat No. 1 pada peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan ke atas (2023-S3 2025). Sebagai The Origin of RGB MiniLED, Hisense terus mendahului inovasi RGB MiniLED generasi akan datang. Selaku penaja rasmi FIFA World Cup 2026TM, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news