NEW YORK, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Rokid, iaitu perintis bagi interaksi manusia-komputer dan kaca mata pintar dikuasakan AI, mengumumkan pengembangan global yang dipercepat bagi saluran runcit luar taliannya dan turut memperlihatkan langkah dalam usaha membawa Rokid Glasses dan Rokid Ai Glasses Style lebih dekat dengan pengguna di seluruh dunia melalui destinasi beli-belah premium di seluruh Asia dan juga Eropah.
Pengembangan ini dicapai susulan daripada momentum global yang kukuh selama setahun untuk Rokid dan kejayaan penutupan CES 2026 baru-baru ini yang didorong oleh prestasi pendanaan awam yang memecah rekod, penerimagunaan ekosistem yang semakin berkembang dan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap kaca mata AI kegunaan harian yang praktikal.
Memperluas Kehadiran Runcit Global
Sebagai sebahagian daripada strategi saluran runcitnya, Rokid telahpun memasuki beberapa lokasi komersial berprofil tinggi:
Rokid Ai Glasses Style
Rokid Ai Glasses Style merupakan sebahagian daripada barisan kaca mata AI Rokid yang sedia digunakan oleh pengguna yang direka untuk menonjolkan keselesaan, personalisasi dan kebolehgunaan harian. Produk ini merupakan alternatif praktikal kepada kaca mata pintar Meta Ray-Ban untuk kegunaan harian, membawakan faktor bentuk berorientasikan fesyen yang ringan (38.5g) dan menyokong interaksi AI global bebas tangan, terjemahan pada masa nyata dan juga bantuan pintar melalui pendekatan ekosistem terbuka.
Rokid Ai Glasses Style menembusi pasaran pengguna secara rasminya pada 19 Januari 2026, memperkukuh portfolio Rokid di samping kaca mata pintar AI & AR andalannya dan turut memperteguh komitmen syarikat dalam menjadikan peranti boleh pakai AI boleh dicapai melalui saluran dalam talian dan juga saluran luar talian.
Memantapkan Kehadiran Runcit Global
Pengaktifan runcit di seluruh Asia dan Eropah menggambarkan strategi Rokid yang lebih luas untuk menggabungkan pengalaman runcit fizikal dengan kebolehlihatan jenama global, seterusnya membolehkan pengguna mencuba sendiri kaca mata AI melalui demonstrasi langsung dan juga interaksi berpandu.
Inisiatif-inisiatif ini turut menyokong visi jangka panjang Rokid untuk meluaskan penerimagunaan antarabangsa, meningkatkan perkhidmatan setempat dan memperkukuh perkongsian bersama peruncit yang terkemuka di seluruh dunia.
"Pengembangan ke persekitaran runcit premium merupakan langkah yang amat penting dalam menjadikan kaca mata AI sebahagian daripada kehidupan seharian," kata Yuanfang Long, Ketua Operasi Global di Rokid. "Dengan menjalin kerjasama bersama destinasi beli-belah terkemuka dan rakan kongsi optik merentas wilayah-wilayah, kami dapat mencipta lebih banyak peluang untuk pengguna menikmati sendiri Rokid Glasses dalam suasana dunia nyata dan memahami bagaimana AI boleh pakai dapat disesuaikan secara semula jadi dalam rutin harian mereka."
Latar Belakang Rokid
Ditubuhkan pada tahun 2014, Rokid ialah perintis global bagi realiti terimbuh (AR) dan AI yang memfokuskan untuk mencipta kaca mata pintar berpusatkan manusia yang mengintegrasikan kecerdasan ke dalam kehidupan seharian dengan lancar. Sebagai salah satu penginovasi terawal dalam industri ini, syarikat ini diiktiraf secara meluas sebagai yang pertama menyediakan kaca mata pintar dengan capaian AI global berciri terbuka yang mengupayakan ciri terjemahan masa nyata dan interaksi AI merentas platform dan wilayah.
Rokid menawarkan perkhidmatan kepada pengguna, pembangun dan pengguna perusahaan pada peringkat global serta menjadi tuan rumah kepada komuniti pembangun XR yang terbesar di China, dengan lebih 20,000 pembangun berdaftar dan 5,000 rakan perusahaan. Diiktiraf atas kecemerlangan kejuruteraan dan reka bentuk, Rokid menerima CES Innovation Award selama tiga tahun berturut-turut dan German iF Design Award sebanyak lima kali.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://global.rokid.com/