omniture

Savaya Group Umum Zumana, Destinasi Hadap Pantai Baharu di Pantai Kuta Ikonik Bali

Savaya Group
2026-01-15 17:28 56

BALI, Indonesia, 15 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Savaya Group, melalui perkongsian bersama PT Kharisma Anugrah Jawara Abadi (KAJA Group), pemaju hospitaliti Indonesia yang terkemuka memperkenalkan pada hari ini Zumana, destinasi hospitaliti hadap pantai baharu yang terletak sepanjang garis pesisir Pantai Kuta yang ikonik.

Zumana Beach Club - Bali, Indonesia
Zumana Beach Club - Bali, Indonesia

Dimulakan sebagai penerokaan masyarakat moden yang imersif, Zumana merupakan llingkungan kehidupan yang melaluinya tingkah laku, ritual dan ekspresi diri manusia diperhatikan, diperkuat dan diraikan. Dibingkaikan oleh matahari terbenam Bali yang menjadi legenda, pengalaman ini dibentangkan melalui muzik, seni bina dan perhimpunan kolektif yang mengaburkan sempadan antara penonton dan peserta.

Terletak di salah satu garis pantai Bali yang paling penting dari segi sejarah, Zumana memperkenalkan semula Kuta sebagai sebuah destinasi hospitaliti kontemporari yang menawarkan perspektif diperbaharui terhadap sebuah kawasan yang pernah mentakrifkan tarikan global pulau ini.

Direka oleh Rockwell Group yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa, tempat seluas 35,000 kaki persegi ini menggabungkan pengalaman kehidupan siang yang menghadap pantai dengan restoran 200 tempat duduk bagi membolehkan tetamu beralih dengan lancar daripada waktu petang yang disinari matahari kepada santapan dan kehidupan malam yang ditingkatkan apabila siang bertukar malam.

Alex Cordova, Ketua Pegawai Eksekutif Savaya Group, berkata:
"Berdasarkan kejayaan global Savaya, projek ini menonjolkan komitmen jangka panjang kami kepada Bali sebagai destinasi yang mempunyai identiti tersendiri dan juga relevansi global. Kami memfokuskan untuk membangunkan konsep yang berasal dari sini, dapat dihayati pada peringkat antarabangsa dan menyumbang secara bermakna kepada daya tarikan pulau ini yang berkekalan. Sebagai terasnya, usaha kami berkisarkan untuk mencipta pengalaman yang kekal bersama tetamu lama selepas mereka berangkat pulang."

Nadia Tjahyadikarta, Pengarah Urusan KAJA Group, menambah:
"Sebagai sebuah kumpulan yang diasaskan di Indonesia, kami terus mengembangkan portfolio kami melalui keseimbangan antara perkongsian global dan konsep asal. Projek ini menonjolkan konsep asal, destinasi yang diilhamkan dari bawah ke atas untuk mengekspresikan sudut pandangan yang berbeza. Melalui kolaborasi bersama Savaya Group, kami berbangga dapat memperkenalkan pengalaman menghadap pantai yang menetapkan penanda aras baharu untuk Indonesia dan juga Asia Tenggara."

Zumana dijadualkan dibuka pada tahun 2026 di Pantai Kuta, lantas dapat mengukuhkan lagi kedudukan Bali sebagai destinasi global yang terkemuka untuk gaya hidup, budaya dan hospitaliti.

www.ZumanaBali.com

Latar Belakang Savaya Group 

Savaya Group ialah sebuah syarikat hospitaliti yang membangunkan dan mengendalikan destinasi restoran, hiburan malam, kesejahteraan dan gaya hidup di seluruh Asia-Pasifik dan Timur Tengah. Portfolionya merangkumi Savaya Bali, Desa Kitsuné dan Ina Ré, dengan projek-projek diiktiraf pada peringkat global bagi hospitaliti berasaskan pengalaman.

Latar Belakang KAJA GROUP 

KAJA Group (PT Kharisma Anugrah Jawara Abadi) ialah pemaju hospitaliti dan gaya hidup Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2016 yang memfokuskan pada konsep dipacu reka bentuk dan pengalaman tetamu premium.

 

Source: Savaya Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Hotels and Resorts Travel New products/services