BEIJING, 15 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Selama beribu-ribu tahun, susu menemani manusia pada setiap peringkat kehidupan. Lantaran gizi makanannya yang kaya dan seimbang, susu dipuji sebagai salah satu makanan yang paling menghampiri kesempurnaan. Saban hari, "makanan super" semula jadi ini terus memberikan khasiat kepada manusia di seluruh dunia.
Jadi, bagaimana caranya segelas susu yang benar-benar luar biasa boleh dibawa dari padang rumput ke meja makan? Tanggal 22 Disember 2025, Super Milk, sebuah dokumentari yang menjejaki seluruh rantaian industri tenusu, ditayangkan buat julung kalinya. Diterbitkan secara bersama oleh Yili Group—syarikat tenusu yang terkemuka di Asia—dan NetEase News, dokumentari ini mengikuti jejak perjalanan daripada sehelai rumput, yang mengabadikan laluan lengkap susu secara autentik dari padang rumput ke meja makan. Ia mempersembahkan rantaian bekalan komprehensif yang merangkumkan penanaman, pembiakbakaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengurusan kualiti—satu maraton kualiti yang menjangkau seluruh dunia.
Super Milk menjelajah merentas pelbagai negara, termasuk China, UK, New Zealand, Denmark, Belanda, Thailand dan Indonesia, mengunjungi syarikat-syarikat global yang terkemuka seperti Tetra Pak, Schneider Electric, Novonesis, GEA, SGS dan FlavorActiV. Ia turut meninjau kawasan-kawasan sumber susu—bermula dari padang rumput Ar Horqin Banner hinggalah ladang kelapa di Thailand serta padang rumput di New Zealand—selain universiti-universiti dan institusi-institusi penyelidikan yang terkenal di dunia seperti Tsinghua University, Wageningen University & Research dan Lincoln University. Dokumentari ini menawarkan pandangan panoramik rangkaian kolaboratif global di sebalik segelas susu.
Melalui enam episodnya—Super Farm, Super Ingredients, Super R&D, Super Inspection, Super Factory dan Super Packaging—buat julung kalinya Super Milk memperkenalkan secara sistematik perjalanan kolaborasi mendalam dan komitmen bersama yang luar biasa terhadap kualiti dalam seluruh rantaian bekalan global.
Super Milk bukan sekadar sebuah dokumentari mengenai susu. Ia merupakan gambaran sinematik berhubung kesihatan, alam semula jadi dan inovasi pada masa ini. Melalui dedikasi, ketabahan dan kolaborasi daripada begitu ramai pihak, maka maraton kualiti global ini dapat disempurnakan bagi membawa susu ke meja berjuta-juta isi rumah. Ketika ini, siri Super Milk ditayangkan dalam beberapa episod yang disampaikan melalui kisah-kisah autentik melibatkan visi keterbukaan, inovasi dan kelestarian dalam industri tenusu global, lalu membantunya menjangkau khalayak global yang lebih luas.