![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Jenama mesra kulit No. 1* global, COSRX membawakan produk pencerahnya yang paling tular menerusi Alpha-Arbutin Pop-Up, iaitu pengalaman penjagaan kulit interaktif bertenaga tinggi yang direka untuk mengubah detik-detik bandar harian menjadi penemuan berseri.
Berlegar-legar merentas Kuala Lumpur, kedai munculan yang bergerak ini mengubah kota raya menjadi sebuah taman permainan penjagaan kulit - mengundang pengunjung untuk mencuba Alpha-Arbutin Serum daripada COSRX yang tular dan memenangi hadiah-hadiah eksklusif yang hanya tersedia semasa pengaktifan masa terhad ini.
Dengan pemberian hadiah segera, kuiz yang menyeronokkan dan cabutan bertuah kegemaran khalayak ramai, NEW YEAR, NEW BRIGHT (TAHUN BAHARU, CERAH BAHARU) mengubah idea "tahun baharu, kulit baharu" menjadi pengalaman menyeronokkan yang amat wajar dikongsikan.
Lokasi: LOT 10 Premier Terrace , Kuala Lumpur
Tarikh: 15 - 18 Januari 2026
Masa: 10:00 - 21:00
Melangkah Masuk, Keluar Berseri: Hadiah Alpha-Arbutin Eksklusif untuk Setiap Pengunjung
Setiap pengunjung disambut dengan Beg Perak eksklusif yang hanya tersedia di kedai munculan bergerak ini. Di dalam kedai munculan ini, terdapat risalah Alpha-Arbutin dan pelekat Alpha-Arbutin edisi terhad - yang direka untuk memulakan pengalaman ini sebelum melangkah masuk ke dalam kereta bergerak.
Hal ini demikian kerana di COSRX, keceriaan bermula sebaik sahaja anda tiba.
Ikuti, Kongsi dan Cerah: Misi dengan Ganjaran Segera
Keseronokan diteruskan dengan misi ringkas yang mengutamakan elemen sosial yang direka untuk pencinta kecantikan masa kini:
Mengapa Alpha-Arbutin? Pendidikan Pantas Menumpukan Sorotan
Di dalam kereta bergerak, promoter membimbing pengunjung melalui pengenalan mengenai Alpha-Arbutin yang cepat dan mudah difahami - amat sesuai untuk mereka yang pertama kali mencubanya dan juga peminat sejak dahulu lagi.
Sorotan termasuk:
Cubalah Sendiri: Pengalaman Sinergi Alpha-Arbutin + The RX
Para tetamu boleh menguji Alpha-Arbutin Serum di samping Alpha-Arbutin Hydrogel Mask bagi merasai sendiri bagaimana kedua-duanya saling berfungsi bagi meningkatkan hasil yang mencerahkan.
Pengalaman ini turut memperkenalkan The RX COSRX yang memperkukuh pendekatan yang diilhamkan oleh dermatologi oleh jenama ini terhadap penjagaan kulit bersasar yang berprestasi tinggi.
Kuiz, Tangkap, Menang: Pembelajaran Bertukar Menjadi Permainan
Selepas merasai pengalaman berkenaan, pengunjung diundang untuk menjawab kuiz Alpha-Arbutin yang pendek dan menyeronokkan berdasarkan apa yang baru mereka pelajari. Jawapan betul menjurus ke langkah seterusnya—masa bergambar.
Pengunjung yang mengambil gambar di zon foto atau memuat naik ulasan reruai pada media sosial berpeluang menyertai Cabutan Bertuah (Acara Gacha).
Cabutan Bertuah Semua Orang Ingin Cuba
Persinggahan terakhir ialah Cabutan Bertuah Gacha apabila bola berwarna yang berbeza memberikan hadiah yang berbeza, termasuk:
Kedai Munculan Bergerak Mengubah Penjagaan Kulit Menjadi Acara Seluruh Bandar
Dengan menggabungkan pendidikan, ujian amali, keterlibatan sosial dan ganjaran menyeronokkan, Alpha-Arbutin Moving Car Pop-Up mengubah penemuan penjagaan kulit menjadi pengalaman yang berbaloi untuk direbut.
"Kedai munculan ini bertujuan untuk menjadikan penjagaan kulit yang mencerahkan sebagai sesuatu yang mudah didekati, menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan," kata seorang jurucakap COSRX. "Kami mahu orang ramai berasa teruja - bukannya terbeban - sambil mempelajari mengapa Alpha-Arbutin menjadi penyelesaian yang begitu dipercayai untuk tompok gelap dan ton kulit tidak sekata."
Latar Belakang COSRX
Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi berpatutan, COSRX pantas menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran Amerika. Dengan menggunakan kuantiti yang sangat sedikit bagi ramuan yang amat berkesan dalam dos pekat, produk-produk COSRX memberikan hasil yang dapat dilihat dengan merawat kulit hanya menggunakan bahan penting yang diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit yang paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk Watsons, Olive Young, Amazon, ULTA, Nordstrom, Target dan https://www.cosrx.com. COSRX juga boleh ditemui melalui Instagram + TikTok.
#COSRX #NewYearNewBright #AlphaArbutinSerum