![]() |
SINGAPURA, 20 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) menerbitkan Laporan Kelestarian 2025 yang memaparkan sejauh mana syarikat ini menggabungkan teknologi dan pembuatan demi masa depan yang lebih lestari.

Rockwell Automation 2025 Sustainability Report Reflects Continued Commitment to Build a More Resilient, Agile, and Sustainable Future
"Sebagai pengeluar dan juga rakan kongsi yang dipercayai oleh syarikat-syarikat perindustrian di serata dunia, Rockwell berada pada kedudukan yang strategik k untuk mendahului transformasi operasi melalui inovasi dan kelestarian," kata Blake Moret, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Rockwell Automation. "Teknologi kami dapat membantu pelanggan optimumkan penggunaan tenaga, meminimumkan sisa serta mengurangkan emisi dan dalam masa yang sama meningkatkan produktiviti dan juga kualiti. Bermula dengan "Smart Machine" dan "Digital Twins" hinggalah kawalan gerakan lanjutan dan keselamatan siber, penyelesaian kami membolehkan pengilang mencapai tahap kelestarian mereka tanpa menjejaskan prestasi."
Laporan ini menggambarkan sejauh mana strategi kelestarian Rockwell diterapkan dalam seluruh perniagaan, dari segi cara syarikat mereka bentuk dan berinovasi, hinggalah bagaimana syarikat mendapatkan sumber, menghasilkan dan menyampaikan penyelesaian kepada pelanggan. Ia dibina berdasarkan tiga aspek tumpuan utama: Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
Syarikat ini memacu hasil yang merangkum pihak-pihak berkepentingan:
Tindakan kami dilaksanakan berasaskan kemajuan yang boleh diukur:
"Segala usaha ini bukan sekadar bagi memenuhi keperluan. Ia dilaksanakan bagi membina perniagaan yang lebih pantas dan mencipta nilai dalam tempoh jangka panjang," kata Emmanuel Guilhamon, Naib Presiden, Kelestarian, Rockwell Automation. "Kelestarian ialah satu strategi pertumbuhan dan laporan ini merupakan cara kami memperlihatkan sejauh mana strategi berkenaan dijayakan."
Baca Laporan Kelestarian 2025 Rockwell
Latar Belakang Rockwell Automation
Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) ialah peneraju bertaraf global bagi automasi industri dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi insan dengan potensi teknologi bagi memperluas kemungkinan yang boleh dicapai mengikut keupayaan manusia, seterusnya menjadikan dunia ini lebih produktif dan lebih lestari. Berpangkalan pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 26,000 penyelesai masalah yang dikhususkan untuk pelanggan kami di lebih 100 negara setakat tahun fiskal akhir 2025. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami merealisasikan Connected Enterprise® dalam seluruh perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.