LAS VEGAS, 21 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Tatkala momentum SHOTSHOW 2026 berterusan, "Era Ultra-Kejelasan" yang dicetuskan oleh ApexVision menggamit perhatian global—bermula dari Las Vegas hinggalah ke seluruh dunia. Guide outdoor, iaitu pakar optik luar, membawakan kecerdasan terma "apa-yang-anda-lihat-adalah-apa-yang-anda-dapat" ini kepada optik pemerhatian dan perburuan luar.
Mengamati Penemuan Pengimejan Terma
Berasal daripada "Apex" (puncak) dan "Vision", nama ini menonjolkan usaha Guide outdoor dalam mencapai prestasi visual yang unggul.
Berasaskan generasi-generasi teknologi pengimejan terma, ApexVision mentakrifkan babak yang seterusnya dalam Ultra-Kejelasan dengan prestasi, kecekapan dan kestabilan yang tiada tandingan. Ia mentakrifkan semula pengimejan terma dari peringkat bawah hingga atas, menggabungkan pengesan baharu, platform pemprosesan baharu dan algoritma baharu bagi menyampaikan imejan terma ultra-jelas dan tanpa kabur — sepanjang hari, semua cuaca, semua keadaan.
1. Kelas Pengesan Terma Baharu
Pengesan ApexCore S1, iaitu inovasi dalaman yang menggabungkan bahan termosensitif dan teknik pembuatan terkini, mencapai kepekaan terma tinggi iaitu <15mK bagi menangkap perbezaan suhu yang tidak ketara.
2. Prestasi Pemprosesan Dipercepat
Platform Nexus 1.0 memacu lonjakan dalam pemprosesan pada masa nyata. Ia mengintegrasikan seni bina AI-ISP termaju dengan SOC berprestasi tinggi, lalu mencapai penggunaan kuasa 50% lebih rendah dan kuasa pengkomputeran 200% lebih tinggi. Ini dapat menyokong penangkapan kadar bingkai yang tinggi bagi sasaran bergerak.
3. Algoritma Teroptimum-AI
Dilatih dengan rangkaian neural yang mendalam dan data senario besar-besaran, algoritma Hyper-light 2.0 mengintegrasikan secara mendalam keupayaan seperti kejelasan terperinci, penonjolan sasaran dan penindasan hingar bagi memastikan output yang stabil dan andal dalam kesemua persekitaran.
Menerobos Batasan dalam Kejelasan dan Kejituan
Optik perburuan berkuasa ApexVision, termasuk monokular, binokular dan kaca mata clip-on disesuaikan untuk pemburu profesional, penjaga mergastua dan juga penggemar aktiviti luar dalam aktiviti perburuan, mendaki, selain mencari & menyelamat. Semasa membuat pemerhatian atau mengikut jejak dalam cuaca buruk atau keadaan dengan penglihatan yang kabur, optik ini dapat membantu pengguna mengesan sasaran dengan mudah melalui kabus, hujan, jerebu dan latar belakang yang semak. Ia mengekalkan garisan luar, tekstur dan bahagian tepi yang tajam tanpa kabur atau hingar, walaupun pada zum yang tinggi. Pemprosesan kadar bingkai tinggi menghapuskan selanjutnya bayangan dan jeda demi kejelasan pada masa nyata yang lancar.
Alami ApexVision di SHOTSHOW 2026
Lihat bagaimana Guide outdoor menetapkan penanda aras baharu untuk pengimejan terma. Sertai kami di Reruai #40516, aras 1 Venetian untuk demonstrasi langsung ApexVision dan optik pengimejan terma Guide outdoor.
Guide outdoor berminat untuk meninjau peluang perkongsian dan kolaborasi global. Ketahui lebih lanjut melalui www.guideoutdoor.com atau hubungi enquiry@guideoutdoor.com.