DAVOS, Switzerland, 25 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Leading The Charge – Turning risk into reward with a circular economy for EV batteries and critical minerals (Memimpin Perubahan – Mengubah risiko menjadi ganjaran dengan ekonomi kitaran untuk bateri EV dan mineral kritikal), kertas putih yang dikeluarkan oleh Ellen MacArthur Foundation semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2026, membawakan rangka tindakan rantaian nilai kitaran bersepadu dan boleh diambil tindakan yang pertama untuk bateri EV yang berasaskan amalan perindustrian dunia sebenar. Ia turut menjadi pencapaian yang penting dalam kerjasama antara CATL dan Yayasan ini.
Dibangunkan dengan input daripada lebih 30 organisasi yang terkemuka dalam ekosistem bateri EV — termasuk CATL, DHL, Volvo dan JLR, di samping institusi-institusi penyelidikan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) — laporan ini menetapkan hala tuju yang jelas dan termaklum industri mengenai bagaimana bateri EV harus direka bentuk, digunakan, dipulihkan dan diintegrasikan semula bagi memaksimumkan nilai dan mengurangkan risiko sistemik merentas rantaian nilai.
Sebagai rakan strategik pengasas Critical Minerals Mission Yayasan ini, CATL bekerjasama erat dengan Yayasan ini dan rakan-rakan sejawat industri bagi menterjemahkan prinsip-prinsip ekonomi kitaran kepada tindakan praktikal dan boleh letak atur yang berasaskan pengalaman kendalian sebenar. Hala tuju ini turut menyokong Komitmen Kekitaran Tenaga Global CATL, termasuk matlamat jangka panjangnya untuk menyahgandingkan pertumbuhan bateri daripada pengekstrakan bahan mentah dara.
Ia mengetengahkan peluang yang boleh dibawakan oleh sistem bateri EV kitaran merentas alam sekitar, ekonomi, produk dan penciptaan nilai yang lebih luas. Dengan memastikan bateri dan mineral kritikalnya digunakan dalam pelbagai kitaran hayat, ia dapat mengurangkan permintaan terhadap bahan yang baru dilombong, mengurangkan emisi dan menyokong integrasi tenaga boleh baharu. Ia turut meningkatkan nilai ekonomi dengan meningkatkan kecekapan bahan, mengurangkan kos bahan buangan dan operasi, serta mewujudkan aliran hasil baharu. Pada masa yang sama, ia memperkukuh kebingkasan rantaian bekalan dan mengagihkan faedah-faedah ekonomi secara lebih saksama merentas wilayah, seterusnya menunjukkan bahawa pendekatan kitaran yang sistemik dapat mentransformasikan risiko yang berpotensi menjadi peluang strategik yang menjana nilai.
Lima aspek penting untuk memanfaatkan sistem bateri EV kitaran
Kertas putih ini mengenal pasti lima tindakan saling bergantung yang diperlukan untuk memastikan bahan bateri digunakan secara bernilai tinggi dan memperkukuh kebingkasan sistem:
Tindakan CATL sudahpun dilaksanakan
CATL telahpun melaksanakan tindakan peringkat sistem ini dalam seluruh operasinya. Dengan memisahkan bateri daripada kenderaan, CATL mengurus bateri sebagai aset yang diuruskan secara berpusat, meningkatkan penggunaan, mengupayakan penyelenggaraan berjadual dan memastikan pulangan yang boleh diramal pada akhir penggunaan. Hari ini, CATL mengendalikan lebih daripada 1,000 stesen pertukaran kenderaan penumpang dan lebih 300 stesen pertukaran kenderaan komersial yang disokong oleh ekosistem yang kian berkembang yang terdiri daripada lebih 100 rakan kongsi.
Integrasi sistem ini mengupayakan pemulihan yang berkualiti tinggi secara meluas. Operasi kitar semula CATL mencapai kadar pemulihan sebanyak 99.6% untuk nikel, kobalt dan mangan, serta 96.5% untuk litium, dengan kapasiti pemprosesan bertambah kepada 270,000 tan setahun. Secara selari, CATL menggunakan bahan kimia alternatif seperti bateri natrium-ion, menggunakan bahan yang tersedia secara meluas dan mengurangkan emisi karbon kitaran hayat bagi setiap kilowatt-jam sehingga 60%, lalu memperkukuh prestasi kitaran merentas aplikasi mobiliti, saling tukar dan storan tenaga.
Berkembang bersama-sama
Berucap semasa Taklimat Kepimpinan Yayasan ini dalam kalangan CATL, Jiang Li, Naib Pengerusi dan Setiausaha Lembaga CATL menekankan: "Laporan ini menyaksikan satu peristiwa penting dalam perjalanan global ke arah ekonomi bateri kitaran. Sistem bateri kitaran ketika ini haruslah diperluas merentas wilayah, industri dan aplikasi — bermula daripada EV kepada storan tenaga — dan disesuaikan dengan konteks pasaran yang pelbagai."
"Dengan penerimagunaan EV yang pesat, ekonomi kitaran untuk bateri dan mineral kritikal bukan lagi pilihan — ia menjadi keperluan terhadap kemampuan, kebingkasan dan pertumbuhan jangka panjang sekali gus mengurangkan impak alam sekitar dan sosial," kata Wen-Yu Weng, Ketua Eksekutif untuk Mineral Kritikal di Ellen MacArthur Foundation. "Bateri EV ialah aset strategik dan pendekatan kitaran pula merupakan pendekatan penting untuk mengekalkan nilainya serta memastikan mineral kritikal tidak pernah menjadi bahan buangan. Kami mengalu-alukan sumbangan daripada CATL dan mengharapkan kolaborasi yang berterusan bagi membantu memperluas sistem bateri kitaran yang sebenar dan menyokong peralihan tenaga yang lebih luas."
Bagi CATL, agenda ini menyokong secara langsung laluannya menuju keneutralan karbon — berdasarkan pencapaian keneutralan karbon dalam semua kilang baterinya dan sasarannya untuk mencapai keneutralan karbon merentas rantaian nilai penuh menjelang tahun 2035.
Pelancaran laporan ini merupakan pencapaian yang penting pada peringkat awal kolaborasi antara CATL dan Yayasan ini yang lebih luas dalam mempercepat kekitaran mineral yang kritikal. Fasa yang seterusnya akan memfokuskan pada ujian tekanan pendekatan ini dalam persekitaran dunia nyata bagi memahami bagaimana reka bentuk, penggunaan, pemanjangan hayat, pengumpulan dan gelung kitar semula berfungsi bersama-sama secara meluas.