TAICANG, China, 29 Januari 2026 /PRNewswire/ -- Tanggal 26 Januari, jenama NEV serba baharu LEPAS telahpun menyelesaikan penghantaran eksportnya di Pelabuhan Taicang. Kumpulan pertama yang terdiri daripada lebih 500 kenderaan LEPAS L4 dimuatkan dan dihantar secara rasmi ke Pelabuhan Durban, Afrika Selatan.
Afrika Selatan ialah salah satu hab yang utama dalam pasaran kenderaan Afrika dan juga salah satu pasaran pandu sebelah kanan yang utama di dunia. Dengan pelabuhan dan rangkaian logistiknya yang maju, negara tersebut berperanan sebagai pintu masuk yang penting untuk jenama-jenama luar negara berkembang ke Afrika. LEPAS L4 dalam penghantaran ini dibangunkan berasaskan platform pintar LEX yang serba baharu daripada Chery Group, berukuran 4,400 × 1,820 × 1,635 mm dengan jarak roda berukuran 2,700 mm. Dari perspektif pengguna, LEPAS L4 sejajar dengan peralihan pasaran automotif global yang berterusan menuju tenaga baharu yang dapat memenuhi permintaan yang berpotensi untuk NEV yang berkualiti tinggi. Dari perspektif jenama pula, penghantaran ini juga menandakan bahawa produk-produk LEPAS bersedia sepenuhnya untuk memberikan pengalaman pemanduan dan pengendalian yang elegan untuk pengguna yang mempunyai tabiat pemanduan yang pelbagai, walaupun dalam keadaan jalan raya yang kompleks. Dengan mengumpulkan maklum balas dunia sebenar, LEPAS akan memperhalusi produk dan sistem perkhidmatannya secara progresif, meletakkan asas untuk mencapai pengembangan pasaran dan pembangunan jenama yang selanjutnya.
Susulan ketibaan kumpulan pertama di Pelabuhan Durban, LEPAS akan menjadikan Afrika Selatan sebagai hab strategik untuk mengembangkan pasaran lain, selain memanfaatkan sistem pengedaran kenderaan, pelabuhan dan rangkaian logistik yang matang di negara berkenaan. Sambil memantapkan kelebihannya sendiri, LEPAS akan terus melaksanakan strategi "Di Suatu Tempat, Untuk Suatu Tempat, Jadilah Suatu Tempat" Kumpulan ini, dengan memfokuskan pada operasi setempat dan inovasi produk bagi menyampaikan penyelesaian mobiliti NEV yang lebih pintar dan lebih elegan untuk pengguna tempatan.
Afrika Selatan hanyalah titik permulaan bagi pengembangan global LEPAS. Jenama ini akan terus memperkenalkan produk, rangkaian, kehadiran jenama dan perkhidmatan pascajualannya merentas negara dan benua, membawa falsafah gaya hidup elegan, infrastruktur sokongan, teknologi NEV yang canggih dan peluang pekerjaan yang berkaitan dengan industri kenderaan tenaga baharu kepada dunia, lalu memantapkan kedudukannya sebagai penyumbang jangka panjang kepada ekosistem mobiliti NEV global.
Untuk perkembangan terkini, sila ikuti kami melalui saluran media sosial rasmi kami.
YouTube: https://youtube.com/@lepasinternational
Instagram: https://www.instagram.com/lepas.international
TikTok: https://www.tiktok.com/@lepas.international
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61578653973934