omniture

Tribesigns Dianugerahkan sebagai 50 Jenama Pengguna Luar Negara Baru Muncul Terkemuka MeetBrands oleh BeyondClick dan Ipsos

Tribesigns
2026-02-02 22:15 21

NEW YORK, 2 Februari 2026 /PRNewswire/ -- Tribesigns, pengilang dan peruncit perabot yang diiktiraf pada peringkat global, baru-baru ini mendapat tempat dalam senarai 50 Jenama Pengguna Luar Negara Baru Muncul Terkemuka 2025 MeetBrands di Sidang Kemuncak Pemasaran Digital Jenama Baru Muncul Global 2025.

Tribesigns Awarded as MeetBrands Top 50 Emerging Overseas Consumer Brands by BeyondClick and Ipsos
Tribesigns Awarded as MeetBrands Top 50 Emerging Overseas Consumer Brands by BeyondClick and Ipsos

Sidang kemuncak ini diadakan di Shenzhen, China pada 16 Januari 2026, yang melaluinya senarai 50 Jenama Pengguna Luar Negara Baru Muncul Terkemuka 2025 MeetBrands dikeluarkan bersama-sama BeyondClick, iaitu penyedia perkhidmatan pemasaran digital dan juga Ipsos, firma penyelidikan pasaran dan sosial global.

Senarai ini mencakupi lapan kategori produk pengguna yang utama, termasuk barangan elektronik pengguna, aksesori elektronik, peralatan rumah, kecantikan dan penjagaan kulit, rumah dan kehidupan, peralatan penjagaan diri, pakaian terbaru serta sukan dan aktiviti luar dan ia turut menonjolkan momentum yang semakin meningkat dan daya saing global jenama-jenama pengguna antarabangsa yang baru muncul.

Tribesigns Awarded as MeetBrands Top 50 Emerging Overseas Consumer Brands by BeyondClick and Ipsos
Tribesigns Awarded as MeetBrands Top 50 Emerging Overseas Consumer Brands by BeyondClick and Ipsos

"Kami cukup berbesar hati menerima pengiktirafan ini," kata Peter Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns. "Ia bukan sahaja mengesahkan kemajuan kami yang berterusan dalam pembangunan jenama dan pelaksanaan operasi, tetapi turut menggalakkan kami untuk tetap tangkas dan bingkas tatkala kami mengemudi pasaran global yang kian berkembang dan mengejar pertumbuhan dalam tempoh jangka panjang yang mampan."

Sehari sebelumnya iaitu pada 15 Januari 2026, PR Newswire Communications Awards 2026 telahpun diadakan di Shanghai, China, apabila Tribesigns menerima Anugerah Kecemerlangan Komunikasi Berbilang Saluran PR Newswire 2026 daripada Cision & PR Newswire yang mengiktiraf pendekatan strategik dan inovatif oleh syarikat ini terhadap komunikasi jenama antarabangsa dalam sektor kelengkapan rumah.

Memenangi dua pengiktirafan secara berturut-turut memperlihatkan kehadiran jenama Tribesigns yang semakin meluas dan memperkukuh strategi perniagaannya dalam tempoh jangka panjang. Melangkah ke hadapan, Tribesigns akan terus merealisasikan misi jenamanya dengan mengutamakan pelanggan, mengekalkan komitmen yang teguh terhadap kualiti, sekali gus menawarkan penyelesaian perabot yang direka dengan unik yang dapat memenuhi keperluan gaya hidup dunia nyata.

Latar Belakang Tribesigns

Tribesigns ialah pereka dan pengilang perabot global. Menerusi slogan jenama 'Direka Untuk Kehidupan', falsafahnya menggambarkan komitmen kepada keutamaan gaya hidup individu dan pilihan reka bentuk yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Tribesigns dikenali secara meluas kerana reka bentuk perabotnya yang tersendiri dan elegan. Kebanyakan modelnya yang terkini dibangunkan secara eksklusif untuk jenama ini dan menawarkan produk asli yang menggabungkan ciri keindividuan, mutu ketukangan dan gaya estetik yang tak lapuk dek zaman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi https://tribesigns.com/AmazonB2BFacebookInstagramYouTubePinterest dan TikTok.

Source: Tribesigns
Keywords: Furniture & Furnishings Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards