omniture

Stesen Storan Tenaga Bateri Ultra-Besar 628Ah Pertama di Dunia Disambungkan ke Grid, EVE Energy Peroleh Satu Lagi Pesanan 10GWh Besar

EVE Energy
2026-02-11 21:05 12

SHIJIAZHUANG, China, 11 Februari 2026 /PRNewswire/ -- Tanggal 31 Januari 2026, stesen storan tenaga 400MWh pertama di dunia yang menggunakan sel bateri ultra-besar 628Ah mula beroperasi. Dilengkapi dengan 80 set sistem storan tenaga DC 5MWh bersepadu minimalis ("Mr. Giant") dan 40 set kabin penukaran kuasa bersepadu, operasi ini menyaksikan lonjakan yang kritikal dalam teknologi bateri besar EVE Energy daripada penerokaan perintis kepada pengesahan berskala grid, lalu mengukuhkan asas untuk mencapai pertumbuhan industri yang berkualiti tinggi.


Daripada Pengesahan kepada Penanda Aras: Teknologi Bateri Besar Terbukti Sedia-Grid

Kejayaan projek Ruite New Energy Lingshou 200MW/400MWh menunjukkan bahawa teknologi bateri besar 628Ah boleh menyokong aplikasi berskala grid dengan andal. Disokong oleh industrialisasi penuh EVE Energy yang pertama dalam industri—yang mula-mula mengumumkan, mengeluarkan secara besar-besaran dan memasang atur—pengeluaran kumulatif telahpun melebihi 1 juta sel, seterusnya mengesahkan skala pembuatan dan juga kematangan produk.

Sistem ini mengintegrasikan teknologi sel yang sememangnya selamat dan reka bentuk minimalis daripada EVE Energy yang menggunakan inovasi seperti proses penindanan dan pemisah berketahanan tinggi bagi tujuan meningkatkan keselamatan sekali gus mengoptimumkan Kos Storan Teraras (LCOS) bagi memenuhi keperluan teras iaitu keselamatan tinggi, kecekapan dan juga jangka hayat yang panjang.

Daripada Kerjasama kepada Simbiosis: Perkongsian 10GWh Menjamin Pertumbuhan Masa Depan

Penandatanganan perjanjian strategik 10GWh meningkatkan kolaborasi EVE Energy bersama Guowang Technology daripada projek tunggal kepada perkongsian simbiotik dalam tempoh jangka panjang, lalu menekankan pasang atur berskala dan sinergi ekosistem.


Kemajuan Industri Utama: Mengupayakan Peralihan Tenaga

Tatkala persaingan beralih daripada skala kepada teknologi dan nilai sistem, EVE Energy mendahului sebagai penginovasi dan juga pembina ekosistem. Melangkah ke hadapan, EVE Energy akan memperdalam lelaran teknologi bateri yang besar dan memperkukuh keupayaan pembuatan, kerjasama dan perkhidmatan global. Melalui kolaborasi terbuka, EVE Energy bermatlamat untuk memperluas aplikasi storan tenaga yang andal, seterusnya menyokong peralihan global kepada sistem tenaga bersih yang rendah karbon.

 

Source: EVE Energy
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts