omniture

Cambridge pacu era kematangan digital baharu demi zaman AI

Cambridge University Press & Assessment
2026-02-24 21:16 10

Kemas kini kurikulum berani memperkasa kanak-kanak untuk berfikir secara kritis, bertindak secara bertanggungjawab dan membentuk, bukan sekadar menggunakan, teknologi

CAMBRIDGE, England, 24 Februari 2026 /PRNewswire/ -- Ketika literasi digital maju ke barisan hadapan dalam reformasi pendidikan di seluruh dunia, kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment (Cambridge) hari ini mengumumkan transformasi besar terhadap kurikulum Literasi Digital Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Cambridge dengan mentakrifkan semula maksud kejayaan generasi muda dalam dunia yang dipacu AI.

Cambridge Primary and Lower Secondary Digital Literacy curricula goes beyond teaching children how to use technology
Cambridge Primary and Lower Secondary Digital Literacy curricula goes beyond teaching children how to use technology

Dirangka untuk pelajar berusia 5–14 tahun,kurikulum yang dikemas kini bagi Literasi Digital Sekolah Rendah Cambridge (Cambridge Primary Digital Literacy) dan Literasi Digital Menengah Rendah Cambridge (Lower Secondary Digital Literacy) melangkaui pengajaran asas penggunaan teknologi kepada kanak-kanak. Ia memupuk kematangan digital, memperlengkap pelajar dengan pertimbangan, pemikiran kritis dan keyakinan untuk menentukan sebab, masa dan cara teknologi wajar digunakan.

Kurikulum yang diperbaharui ini menyediakan sekolah-sekolah dengan kerangka yang jelas dan berpandangan jauh yang memperkasa para pelajar untuk mengekalkan keupayaan membuat keputusan dalam landskap digital yang berkembang pesat. Kandungan baharu melibatkan kesejahteraan dalam talian hinggalah kepada keutamaan kecerdasan insan  dalam era AI, sambil meneroka cabaran dan nilai yang boleh dibawa oleh AI dalam kehidupan dan pendidikan mereka. Tumpuan beralih daripada penguasaan alat individu kepada pembinaan kemahiran boleh suai dan boleh dipindahkan bagi membolehkan pelajar-pelajar bukan sahaja mengendalikan maklumat palsu dan kemudaratan dalam talian, bahkan membentuk teknologi yang mempengaruhi pendidikan dan juga masa depan mereka secara aktif.

Apa yang baharu?

Kurikulum yang dikemas kini ini meneroka sejauh mana AI boleh menyokong komunikasi berbilang mod merentas audiens dan platform yang berbeza, serta bagaimana dialog berstruktur dengan sistem AI dapat memperdalam penyelidikan, pertanyaan dan pemikiran kritis. Pada masa yang sama, ia memperteguh literasi media, selain memperkukuh pemilikan dan pemahaman pelajar terhadap hasil kerja mereka sendiri.

Topik-topik baharu dan dikemas kini dalam kurikulum ini termasuk:

  • Keselamatan dalam talian dan buli siber – perlindungan kesejahteraan fizikal dan emosi
  • Pembinaan dan kolaborasi komuniti – menggunakan alat digital dan AI
  • Kebolehpercayaan sumber dan ruang gema (echo chambers) – penilaian maklumat bersumberkan AI
  • Tanggungjawab peribadi semasa penggunaan alat digital dan AI
  • Kecerdasan insan dan kecerdasan buatan – bagaimana untuk membezakannya dan bila hendak digunakan
  • Hubungan parasosial dan digital – memahami impak peribadi mereka
  • Penciptaan output pembelajaran sambil kekal sebagai pengarang utama – seperti laporan dan pembentangan
  • Pelajar-pelajar bersedia masa depan – menilai teknologi masa depan

Pembelajaran dalam dunia digital masa kini

Pengarang kurikulum Beverly Clarke MBE berkata: "Adalah penting untuk para pendidik dalam semua bidang subjek menyokong pelajar-pelajar muda untuk berfikir secara mendalam dan kritis  tentang AI dan hubungan mereka dengannya. Kurikulum Cambridge yang disemak semula ini membantu sekolah-sekolah berinteraksi dengan AI dengan cara yang positif, proaktif dan termaklum, menerapkan kandungan yang sesuai dengan peringkat umur yang dapat memperkasa pelajar-pelajar untuk membina keyakinan, rasa ingin tahu dan pemikiran kritis tatkala mereka menempuh dunia yang semakin berdaya AI."

Nadja Djordjevic, Guru Literasi Digital di Savremena osnovna škola, Belgrade, Serbia yang diberi peluang meneliti kurikulum Menengah Rendah yang diperbaharui, berkata: "Saya benar-benar menghargai kemasukan aspek risiko seperti peningkatan plagiarisme ekoran pembangunan AI dan juga penekanan ke atas etika peribadi untuk pencipta dan juga jurutera AI. Saya melihat nilai ini sebagai sesuatu yang amat penting dalam dunia kreatif – ia membantu meletakkan AI sebagai alat sokongan dan dalam masa yang sama memelihara keaslian serta ekspresi insan."

Pengajaran dan penilaian

Sekolah-sekolah boleh mengajar Literasi Digital sebagai subjek berasingan atau menerapkan kandungan ini dalam subjek-subjek lain, bergantung pada pendekatan dan juga jadual waktu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah boleh membandingkan nilai berfikir dan bekerja yang melibatkan matematik terhadap penyahbebanan kognitif kepada AI.

Tiada penilaian formal yang dibuat ke atas kurikulum ini. Pelajar-pelajar menerima maklum balas formatif melalui perbincangan dan pemerhatian. Adalah amat penting untuk para pelajar memperlihatkan pemilikan dan kefahaman terhadap kerja yang dihasilkan, terutamanya apabila melibatkan penggunaan AI.

Kurikulum ini ditawarkan secara percuma untuk sekolah-sekolah berdaftar yang menawarkan kurikulum Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Cambridge dan juga sedia untuk diajar serta-merta. Untuk maklumat lanjut, kunjungi halaman Literasi Digital Sekolah Rendah Cambridge dan Literasi Digital Menengah Rendah Cambridge di laman web Cambridge.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Children-related news New products/services Artificial Intelligence DEI Page