![]() |
NEW YORK dan NOIDA, India, 27 Februari 2026 /PRNewswire/ -- HCLTech, (NSE: HCLTECH) (BSE: HCLTECH) sebuah syarikat teknologi global terkemuka, akan mempamerkan cara era baharu sektor telekomunikasi, media dan teknologi (TMT) sedang dibangunkan berasaskan seni bina natif AI serta penumpuan industri, pada Mobile World Congress Barcelona 2026. HCLTech akan menghimpunkan pemimpin kanan industri, rakan hyperskala, ahli akademik dan inovator bagi mengetengahkan cara kecerdasan, skala dan kolaborasi ekosistem memacu pertumbuhan mampan berteraskan AI untuk sektor TMT.
Pemimpin industri daripada Microsoft, Nokia, Ericsson, AT&T, Verizon, PwC, Bain & Company, Axiata Group Berhad, Singtel, MasOrange dan Liberty Latin America serta organisasi global lain akan menyertai perbincangan berimpak tinggi ini. Fokus utama adalah terhadap anjakan strategik yang membolehkan transformasi natif-AI, operasi autonomi, pengalaman dipacu platform serta inovasi diterajui ekosistem.
Kehadiran HCLTech di Mobile World Congress Barcelona 2026 akan mengetengahkan:
"Ini merupakan detik yang mengujakan bagi industri apabila penumpuan dan AI mentakrif semula rangkaian, platform dan model perniagaan," kata Anil Ganjoo, Ketua Pegawai Pertumbuhan dan Ketua Global Telekom, Media dan Teknologi di HCLTech. "Dengan menggabungkan kepakaran AI, awan dan kejuruteraan digital bersama rakan ekosistem, kami membantu perusahaan membangunkan sistem yang berdaya tahan, berskala dan dipacu kecerdasan untuk pertumbuhan mampan."
"HCLTech memperlihatkan kepimpinan strategik di MWC dengan menghimpunkan suara perusahaan, hyperskala dan akademik, sejajar dengan keperluan transformasi natif-AI," kata Prof. Saikat Chaudhuri, Pengarah Fakulti program Pengurusan, Keusahawanan dan Teknologi (M.E.T.) di University of California, Berkeley. "Pendekatan mereka dalam menyepadukan AI merentas infrastruktur, platform dan ekosistem memperkasa pertumbuhan mampan dipacu AI bagi sektor TMT."
Para pengunjung boleh meneroka perbincangan, inovasi dan cerapan ini di Hall 2, Stand 2E19, semasa MWC Barcelona 2026 yang berlangsung pada 2-5 Mac. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.hcltech.com/events/mwc-barcelona
Maklumat Tentang HCLTech
HCLTech ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 226,300 tenaga kerja merentasi 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada AI, digital, kejuruteraan, awan dan perisian, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua industri utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi Tinggi, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, Mobiliti dan Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada Disember 2025 ialah sebanyak $14.5 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepat kemajuan anda, sila kunjungi hcltech.com.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Meredith Bucaro, Amerika
meredith-bucaro@hcltech.com
Elka Ghudial, EMEA
elka.ghudial@hcltech.com
James Galvin, APAC
james.galvin@hcltech.com
Nitin Shukla, India
nitin-shukla@hcltech.com
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2648325/HCLTech_Logo.jpg