omniture

HUMAIN ONE, Dikuasakan oleh AWS, Bakal Menjadi Sistem Pengendalian Bertaraf Perusahaan Pertama dalam Industri untuk Membina, Melaksana dan Mengurus Tadbir Ejen AI Autonomi pada Skala Besar

HUMAIN
2026-05-06 00:39 90

Kerjasama ini membawa HUMAIN ONE ke pasaran global, sekali gus membolehkan model operasi berasaskan kecerdasan buatan generatif untuk organisasi di seluruh dunia

RIYADH, Arab Saudi, 5 Mei 2026 /PRNewswire/ -- HUMAIN, sebuah syarikat di bawah PIF yang menyediakan keupayaan kecerdasan buatan (AI) menyeluruh di peringkat global, hari ini mengumumkan peluasan kerjasama strategiknya dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi HUMAIN ONE, satu inisiatif baharu bagi mempercepat penerimaan AI perusahaan di seluruh dunia. Sistem pengendalian perusahaan berasaskan AI generatif yang pertama seumpamanya ini dijangka mentakrif semula cara organisasi beroperasi.

generated by system

Kerjasama ini akan memanfaatkan pelancaran akan datang Wilayah AWS di Kerajaan Arab Saudi. Seperti semua Wilayah AWS, Wilayah AWS Arab Saudi akan merupakan kluster pusat data yang direka bentuk untuk memenuhi tahap tertinggi dari segi ketersediaan, keselamatan, pematuhan dan perlindungan data, membolehkan organisasi pelbagai saiz menjalankan beban kerja awan dan AI generatif. Dengan pendekatan berteraskan kedaulatan, ia akan menyokong pelaksanaan AI generatif berdaulat bagi industri terkawal di seluruh Kerajaan.

HUMAIN ONE juga akan tersedia di AWS Marketplace secara global, sekali gus menyediakan akses lancar kepada pelanggan di seluruh dunia terhadap sistem pengendalian tersebut.

Kerjasama ini menggabungkan inovasi AI HUMAIN dengan infrastruktur awan global AWS serta keupayaan AI generatif termaju. Secara bersama, HUMAIN dan AWS akan membolehkan perusahaan dan kerajaan di seluruh dunia beralih daripada ekosistem berpecah berasaskan aplikasi kepada model operasi bersepadu berasaskan AI generatif dan ejen autonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif HUMAIN, Tareq Amin, berkata: "AI perusahaan kini berada pada titik perubahan penting apabila organisasi tidak lagi mencari sekadar eksperimen, sebaliknya nilai yang boleh diukur pada skala besar. Ini memerlukan satu sistem pengendalian baharu secara asas tentang bagaimana kerja dilaksanakan. Kerjasama kami dengan AWS memberikan HUMAIN ONE capaian global yang diperlukan untuk merealisasikan janji tersebut. Bersama-sama, kami membolehkan perusahaan beralih daripada projek perintis kepada AI generatif bertaraf pengeluaran sepenuhnya yang disepadukan ke dalam setiap aplikasi dan aliran kerja serta menghasilkan impak nyata pada skala global."

Pengarah Urusan dan Naib Presiden bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) di AWS, Tanuja Randery, berkata: "Generasi seterusnya teknologi perusahaan akan dibina melalui kerjasama mendalam yang menggabungkan inovasi AI dan infrastruktur awan global. Itulah yang diwakili oleh peluasan kerjasama kami dengan HUMAIN. Inovator seperti HUMAIN sedang membentuk masa depan pembangunan dan pelaksanaan AI, dan kami berbangga dapat bekerjasama untuk meletakkan alat AI generatif paling canggih di tangan pembangun serta pemimpin perniagaan di Timur Tengah dan seterusnya, sekali gus membantu mereka menterjemahkan aspirasi kepada hasil perusahaan sebenar."

Dibina dengan keselamatan bertaraf perusahaan, kedaulatan data dan pematuhan peraturan sebagai teras, HUMAIN ONE di AWS membolehkan organisasi mengguna pakai AI generatif berasaskan ejen autonomi merentas operasi tanpa menjejaskan tadbir urus atau kawalan. Sistem pengendalian AI generatif ini mengintegrasikan pembangunan, data, orkestrasi dan tadbir urus ke dalam satu sistem yang padu.

Komponen teras merangkumi:

  • HUMAIN Code - Ruang kerja pembangunan untuk mereka bentuk, membina dan melaksanakan produk AI generatif
  • HUMAIN Guardian - Enjin jaminan kualiti yang memastikan prestasi, kebolehpercayaan dan pengesahan berterusan
  • HUMAIN Eye - Enjin keselamatan automatik yang direka untuk mengesan, memantau dan mengurangkan risiko merentas sistem AI generatif
  • H2O Platform + SDK - Set alat pembangun yang membolehkan penciptaan dan orkestrasi ejen pintar dalam HUMAIN Code
  • HUMAIN Fabric - Infrastruktur data berskala yang membolehkan pengingesan, pemprosesan dan tadbir urus data merentas perusahaan

Melalui AWS, HUMAIN ONE akan memanfaatkan keupayaan pengkomputeran berskala serta infrastruktur AI generatif termaju merentas 39 Wilayah global dan 123 Zon Ketersediaan bagi menyokong pelaksanaan merentas industri dan geografi.

Dengan memanfaatkan AWS Marketplace yang terbukti, HUMAIN ONE akan tersedia kepada perusahaan di seluruh dunia, sekali gus mempercepat dan memudahkan pelanggan melaksanakan serta mengintegrasikan sistem pengendalian ini dalam persekitaran AWS sedia ada mereka.

Pengumuman hari ini mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat serta pelan bersama yang diumumkan pada Mei 2025 untuk melabur lebih daripada $5 bilion dalam infrastruktur AI, perkhidmatan AWS serta latihan dan pembangunan bakat AI di Arab Saudi.

Maklumat tetang HUMAIN

HUMAIN, sebuah syarikat PIF, ialah syarikat kecerdasan buatan global yang menyediakan keupayaan AI full-stack merentas empat teras utama: pusat data generasi baharu; infrastruktur berprestasi hiper dan platform awan; model AI termaju, termasuk antara model bahasa besar (LLM) Bahasa Arab paling canggih di dunia yang dibangunkan di dunia Arab; dan penyelesaian AI transformatif yang menggabungkan kepakaran sektor yang mendalam dengan pelaksanaan dunia sebenar.

Model hujung ke hujung HUMAIN berkhidmat kepada organisasi sektor awam dan swasta, membuka nilai merentas industri, memacu transformasi digital, serta memperkukuh keupayaan melalui kolaborasi manusia-AI. Dengan portfolio produk AI khusus sektor yang semakin berkembang serta misi teras yang tertumpu pada pembangunan harta intelek dan kepimpinan bakat global, HUMAIN direka untuk daya saing antarabangsa dan kecemerlangan teknologi.

Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan:

Siaran media ini mungkin mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan berdasarkan jangkaan dan andaian semasa. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara material akibat pelbagai risiko dan ketidaktentuan. HUMAIN tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini kenyataan ini.

BUTIRAN HUBUNGAN:

Hana Nemec, Ketua Komunikasi & PR
pr@humain.com

Ikuti HUMAIN di: X | LinkedIn

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2971831/AWS_HUMAIN_ONE.jpg
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2971832/HUMAIN_Logo.jpg

https://mma.prnewswire.com/media/2971832/HUMAIN_Logo.jpg

Source: HUMAIN
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things