![]() |
KOLEKSI PERIBADI SEJARAH ULTRAMAN MILIK PENGARAH FILEM SAINS FIKSYEN BERWAWASAN SOMPOTE SANDS AKAN DILELONG BUAT JULUNG KALI SEMPENA ULANG TAHUN KE-60 FRANCAIS PERINTIS TERSEBUT
Miniatur terbang promosi Ultraman yang jarang ditemui, patung reka bentuk, topeng, kostum produksi, figura, lukisan 3-D Ultraman, Pigmon & Alien Baltan oleh pereka terkenal Tohl Narita, karya seni poster asli yang dilukis tangan dan banyak lagi daripada filem ikonik Hanuman and the Five Kamen Riders, Hanuman and the Seven Ultramen, Jumborg Ace & Giant dan lain-lain
Turut ditawarkan, khazanah arkib daripada Zaman Keemasan & Era Shōwa pawagam Jepun seperti skrip milik Sands & kamera Petri 7 35mm yang digunakan di set filem klasik 1962 King Kong vs. Godzilla , figura & koleksi Kaiju vintaj era 1970-an termasuk Bullmark, Bandai, Popy dan banyak lagi, serta koleksi poster tayangan pawagam termasuk poster filem Jepun 1962/63 yang dilukis tangan dan ditandatangani oleh Akira Kurosawa, Ishiro Honda, Eiji Tsuburaya serta pengarah legenda lain
ACARA LELONGAN EKSKLUSIF SECARA LANGSUNG DAN DALAM TALIAN,
Rabu, 23 September 2026 di Los Angeles
LOS ANGELES, 28 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Julien's Auctions, rumah lelong hiburan antarabangsa terkemuka, hari ini mengumumkan acara lelongan sains fiksyen musim ini, "KAIJU KING: THE SOMPOTE SANDS LEGACY COLLECTION", sebuah lelongan langsung eksklusif yang akan berlangsung pada Rabu, 23 September 2026 di Los Angeles dan secara dalam talian di juliensauctions.com.
Sebuah arkib luar biasa yang mengandungi lebih 300 artifak dan memorabilia filem asli terus daripada harta pusaka pembikin filem legenda dan tokoh berwawasan tokusatsu (kesan khas), Sompote Sands, akan ditawarkan di lelongan buat julung kali dalam sejarah. Koleksi ini mengetengahkan karya beliau dalam dunia Ultraman (foto kanan: patung Ultraman Jack) dan memberikan peminat serta pengumpul peluang sekali seumur hidup untuk memiliki sebahagian daripada fenomena budaya pop global tersebut. Koleksi yang dihimpunkan selama lebih lima dekad oleh pengasas Chaiyo Productions dan dipamerkan di muzium "Sompote House" di Thailand yang dikurasi sendiri oleh beliau ini merangkumi kostum yang digunakan dalam produksi, miniatur raksasa, prop, skrip, figura wira vintaj, mainan, karya seni asli serta khazanah di sebalik tabir. Artifak daripada kerjaya awal dan tempoh perantisan filem beliau di Jepun turut akan diketengahkan, termasuk bahan daripada filem King Kong vs. Godzilla pada 1962, daripada skrip produksi (foto kiri: kelihatan di tangan Sompote Sands), foto dan peralatan filem hinggalah poster dan banyak lagi.
Sompote Sands ialah pengarah dan penerbit kesan khas perintis Thailand pada era 1970-an hingga 1980-an, yang dihormati kerana membawa wira gergasi dan makhluk mitologi ke layar perak di Asia Tenggara. Beliau mengarahkan filem ikonik Hanuman vs. 7 Ultraman, Hanuman and the 5 Kamen Riders, filem adiwira/kaiju Jumborg Ace & Giant (foto kanan: poster asli Jumborg Ace & Giant) dan banyak lagi, dengan mengetengahkan kemahiran luar biasa beliau dalam kesan praktikal dan miniatur kepada penonton di tanah airnya, Thailand.
Jualan yang bakal berlangsung ini menandakan kali pertama arkib produksi peribadi Sompote Sands daripada syarikatnya, Chaiyo Productions, yang mewakili karya beliau serta era yang penting dari segi budaya pada zamannya, akan tersedia kepada orang ramai. Lelongan ini turut menyertai kemeriahan dan pelbagai acara yang berlangsung di seluruh dunia bagi meraikan ulang tahun ke-60 Ultraman. Sejak tayangan perdana Ultraman pada 1966 (foto kiri: patung mesin layan diri Ultraman Ace daripada tayangan perdana Hanuman and the Seven Ultramen), tonggak budaya pop Jepun ini telah berkembang menjadi fenomena antarabangsa, menjana industri barangan dagangan bernilai berbilion dolar serta melahirkan pelbagai sekuel, karya terbitan sampingan dan penghormatan di seluruh dunia. Ia turut mempengaruhi anime, manga dan era moden pembikinan filem sains fiksyen, termasuk filem pecah panggung seperti Power Rangers, Pacific Rim dan Ready Player One, antara lain. (foto kanan: foto Sompote Sands ketika muda di set filem King Kong and Godzilla pada 1962, sebahagian daripada koleksi foto di sebalik tabir filem tersebut yang akan ditawarkan di lelongan)
"Sompote Sands ialah Steven Spielberg Asia Tenggara, seorang perintis pembikinan filem sains fiksyen yang filem-filemnya menggabungkan penceritaan cerita rakyat Thailand dengan kehebatan kesan khas praktikal sehingga memukau penonton dengan keajaiban sinematik," kata Catherine Williamson, Pengarah Urusan Hiburan, Julien's Auctions. "Lelongan luar biasa artifak daripada kerjaya perfileman beliau ini, khususnya sumbangan sinematik beliau kepada francais Ultraman, bukan sahaja akan mengujakan peminat dan pengumpul ikon budaya global tersebut, malah turut menarik minat pasaran koleksi mainan global yang berkembang pesat, menerusi koleksi prop filem, figura aksi dan memorabilia filem yang jarang ditemui milik Sands daripada Zaman Keemasan produksi filem sains fiksyen rentas budaya Asia Tenggara, yang akan dilelong buat julung kali."
Sorotan lelongan termasuk:
Kostum Produksi Asli, Topeng, Prop & Miniatur serta Patung
Karya Seni Asli oleh Pereka Watak Ultraman Legenda, Tohl Narita
Karya Seni Poster Asli
Skrip & Khazanah di Sebalik Tabir
Figura & Koleksi Kaiju Vintaj
Arkib Poster Filem
LELONGAN LANGSUNG DAN DALAM TALIAN
"KAIJU KING: THE SOMPOTE SANDS LEGACY COLLECTION"
Rabu, 23 September
Julien's Studios 13007 S. Western Avenue, Gardena, CA
9024910:00 pagi Waktu Pasifik
Cara Membuat Bidaan
Terdapat empat cara untuk membuat bidaan dalam lelongan langsung:
Membida secara dalam talian melalui Julien's Auctions.
Membida melalui telefon dengan wakil rumah lelong.
Membida secara fizikal di lokasi acara lelongan.
Membida lebih awal melalui bidaan proksi. Borang bidaan proksi boleh diperoleh dengan menghubungi 310-836-1818
Julien's Auctions menerima pembayaran menggunakan mata wang kripto termasuk Bitcoin, Bitcoin Cash, DAI, Ethereum, Litecoin, Dogecoin dan USD Coin.
Julien's Auctions
Untuk detik-detik yang benar-benar bermakna.
Anda pasti kenal detik itu, saat lampu malap, sejurus sebelum kumpulan muzik kegemaran anda mula bermain? Atau perasaan tepat sebelum kredit penamat muncul pada sebuah filem yang mengubah dunia anda dalam sekelip mata? Suasana dipenuhi debaran dan kata-kata tidak akan pernah mampu menggambarkannya sepenuhnya kerana anda memang perlu berada di situ untuk merasainya.
Di Julien's, kami wujud untuk merealisasikan semula detik tersebut dalam hidup anda melalui artifak ikonik dan koleksi unik. Sama ada bekerjasama secara langsung dengan para artis, berganding bahu dengan legasi-legasi ternama, atau bekerja rapat dengan pengumpul yang berwawasan, lelongan kami menyemarakkan budaya dengan janji penemuan dan keterhubungan semula. Daripada Elvis Presley, Marilyn Monroe dan Ringo Starr kepada Lady Gaga, Banksy dan Kurt Cobain dari LA ke seluruh dunia, kami ialah tempat koleksi asal bertemu pemilik unik masing-masing.
KENALAN AKHBAR
Julien's Auctions
Mozell Miley-Bailey
(646) 653-3105
mozell@homagepr.com