omniture

Continental Uji CrossContact A/T² Merentasi Tiga Negara Bersama Penjelajah Mike Horn

Continental APAC
2026-11-27 09:35
  • Continental menguji tayar baharu untuk semua jenis rupa bumi bersama penjelajah tersohor di peringkat antarabangsa, Mike Horn, merentasi Australia, Malaysia dan Thailand.
  • Ujian tersebut memberi tumpuan kepada ketahanan, kebolehsuaian dan prestasi cemerlang CrossContact A/T² dalam keadaan basah merentasi pelbagai rupa bumi, daripada laluan batu kelikir beralun yang panjang dan pasir pantai hinggalah laluan hutan yang berubah-ubah serta keadaan selepas monsun.

SHANGHAI, 27 November 2026 /PRNewswire/ -- Continental APAC menjalin kerjasama dengan penjelajah terkenal dunia Mike Horn untuk memperlihatkan keupayaan tayar semua rupa bumi yang baru dilancarkannya, CrossContact A/T², merentasi Australia, Malaysia dan Thailand. Ditampilkan dalam kempen terbaharu Continental APAC, The Unpredictable, perjalanan merentasi tiga negara ini menyaksikan Horn mengharungi rupa bumi yang mencabar dan keadaan yang berubah-ubah, menyerlahkan ketahanan, kebolehsuaian serta prestasi cemerlang tayar tersebut dalam keadaan basah, ciri-ciri yang melengkapi semangat pengembaraan dan pengalamannya meneroka beberapa persekitaran paling mencabar di dunia.

Explorer Mike Horn behind the wheel during his journey with Continental’s CrossContact A/T²
Explorer Mike Horn behind the wheel during his journey with Continental’s CrossContact A/T²

Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang penjelajahan, Horn telah membina reputasi dalam mengharungi persekitaran ekstrem, daripada berenang menyusuri Sungai Amazon hinggalah merentasi Antartika secara solo. Pengalamannya membuat persediaan dan menyesuaikan diri dengan keadaan yang sukar dijangka menjadikan beliau pilihan yang tepat untuk kempen ini, yang menguji keupayaan CrossContact A/T² merentasi pelbagai rupa bumi dan keadaan pemanduan.

CrossContact A/T²: Direka untuk Jiwa Berani dan Semangat Tanpa Batas

CrossContact A/T² enables seamless transitions from city roads to off-road adventures
CrossContact A/T² enables seamless transitions from city roads to off-road adventures

"Setiap tayar yang kami tambah baik bermula dengan pemahaman mendalam tentang keperluan pelanggan kami. CrossContact A/T² serba baharu merupakan respons kami terhadap tuntutan pemandu yang sentiasa berubah di rantau yang dinamik ini. Reka bentuk tayar ini menggabungkan kejuruteraan pintar dan termaju dengan pemahaman berdasarkan keadaan sebenar, memberikan prestasi dalam aspek yang paling penting bagi pemandu kenderaan utiliti dan 4x4," kata Tolga Mutlu, Ketua Pengurusan Produk APAC.

Australia: Satu set tayar merentasi hamparan rupa bumi yang luas

The CrossContact A/T² on the sandy terrain of Queensland, Australia
The CrossContact A/T² on the sandy terrain of Queensland, Australia

CrossContact A/T² direka untuk memberikan ketahanan dalam perjalanan jarak jauh dan di kawasan mencabar, suatu ciri yang diuji merentasi hutan dan landskap pesisir pantai Queensland. Horn mengharungi laluan batu kelikir beralun yang panjang, dengan habuk, haba dan getaran berterusan memberikan tekanan berpanjangan kepada peralatan. Perjalanan itu berakhir di Great Sandy dan Rainbow Beach, apabila laluan jalan raya bertukar menjadi hamparan pasir di sepanjang pesisir pantai. Seperti yang dijelaskan Horn, daya tahan bergantung pada keupayaan diri serta peralatan yang dipercayainya, sekali gus memberinya keyakinan untuk meneroka lebih jauh ke dalam persekitaran yang mencabar.

Malaysia: Kebolehsuaian merentasi rupa bumi yang berubah-ubah

The CrossContact A/T² on mixed road surfaces in Sabah, Malaysia
The CrossContact A/T² on mixed road surfaces in Sabah, Malaysia

Di Sabah, Malaysia, Horn berdepan pelbagai jenis permukaan, yang kadangkala hanya terpisah sejauh beberapa ratus meter antara satu sama lain. Daripada jalan berturap dan laluan berbatu hinggalah laluan hutan berlumpur dan lintasan sungai, CrossContact A/T² memperlihatkan kebolehsuaiannya dalam mengharungi rupa bumi yang berubah-ubah, membolehkan perjalanan diteruskan meskipun keadaan berubah. Bagi Horn, kebolehsuaian bermakna terus mara, tanpa mengira halangan atau rupa bumi.

Thailand: Keyakinan dalam keadaan basah

The CrossContact A/T² at a water crossing in Thailand
The CrossContact A/T² at a water crossing in Thailand

Sebatian proprietari BlackPaw™ Continental mengoptimumkan cengkaman berterusan dengan keupayaan menyesuaikan diri walaupun dalam keadaan basah. Di Thailand, Horn berdepan musim monsun tahunan, apabila air yang masih bertakung menjadikan sebahagian kawasan itu laluan berlumpur. Seperti kata Horn, "apabila anda mempercayai apa yang berada di bawah anda, anda boleh menumpukan perhatian kepada apa yang menanti di hadapan". Keyakinan itu memberinya kebebasan untuk meneroka dan menikmati lebih banyak pengalaman sepanjang perjalanan.

Semangat penjelajahan yang dikongsi Bersama

"Mike Horn menghabiskan hidupnya dengan meneroka beberapa persekitaran paling mencabar di muka bumi. Kepercayaannya bahawa kebebasan sejati lahir daripada kesediaan menghadapi perkara yang tidak diketahui serta keyakinan untuk menyambut apa jua yang menanti di hadapan amat selari dengan pegangan Continental," kata Dalibor Kalina, Ketua Continental APAC. "Sama ada meneroka landskap terpencil atau memulakan perjalanan darat yang seterusnya, kebebasan sebenar bermula dengan keyakinan terhadap tayar yang digunakan. Itulah yang direka untuk diberikan oleh tayar kami – keyakinan untuk menumpukan perhatian kepada apa yang menanti di hadapan. Mike menterjemahkan kepercayaan ini kepada realiti menerusi pengembaraannya merentasi Australia, Malaysia dan Thailand."

The CrossContact A/T² empowers drivers to embrace the unknown with confidence
The CrossContact A/T² empowers drivers to embrace the unknown with confidence

Menerusi The Unpredictable, Continental terus memperlihatkan keupayaan CrossContact A/T² dalam pelbagai persekitaran dan keadaan pemanduan. Perjalanan Horn mengingatkan kita bahawa persediaan amat penting apabila laluan di hadapan tidak menentu, dan tayar yang tepat dapat membantu pemandu mengharungi cabaran baharu dengan yakin.

Berikut ialah video pengenalan kempen The Unpredictable, yang menampilkan sorotan perjalanan Mike Horn merentasi Australia, Malaysia dan Thailand ketika beliau menguji CrossContact A/T².

 

Sila tonton filem kempen melalui pautan di bawah:

Latar Belakang Continental

Continental ialah pengeluar tayar dan pakar industri terkemuka. Ditubuhkan pada tahun 1871, syarikat mencatat jualan sebanyak €19.7 bilion pada tahun 2025 dan kini menggaji kira-kira 76,000 orang di 54 negara dan pasaran.

Penyelesaian tayar daripada sektor kumpulan Tayar menjadikan mobiliti lebih selamat dan lebih pintar. Portfolio premiumnya merangkumi tayar kereta, trak, bas, kenderaan beroda dua dan tayar khusus, serta penyelesaian dan perkhidmatan pintar untuk armada kenderaan dan peruncit tayar. Continental telah memberikan prestasi unggul selama lebih 150 tahun dan merupakan antara pengeluar tayar terbesar di dunia. Pada tahun fiskal 2025, sektor kumpulan Tayar mencatat jualan sebanyak €13.8 bilion. Bahagian tayar Continental kini menggaji kira-kira 53,000 orang di seluruh dunia serta mempunyai 19 lokasi pengeluaran dan 16 lokasi pembangunan.

Portal akhbar

www.continental-press.com

Pusat media

continental.com/media-center

Video dan imej beresolusi tinggi

sila klik di sini

Lembaran fakta CrossContact A/T²

sila klik di sini

Source: Continental APAC
Keywords: Advertising Auto Broadcast Technology Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements New products/services