![]() |
BARCELONA, Sepanyol, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan memperkenalkan inisiatif strategik baharunya, "HONOR ALPHA PLAN", di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2025 dan mempamerkan inovasi AI yang terkini.
Istilah "ALPHA" membawa maksud yang mendalam merentas pelbagai dimensi. Ia melambangkan semangat perintis dalam penerokaan, menonjolkan kecemerlangan pada tahap tertinggi dan melambangkan prestasi luar biasa melalui inovasi dan pandangan jauh yang strategik. HONOR ALPHA PLAN merangkumkan nilai teras ini sebagai hala tuju strategik baharu syarikat ini.
Melalui inisiatif ini, HONOR komited untuk memupuk sebuah persekitaran terbuka dan kolaboratif di mana inovasi berkembang maju melalui perkongsian. Dengan memanfaatkan kepakaran teknologinya dan bekerjasama erat dengan rakan kongsi global, HONOR menyasarkan untuk membina ekosistem AI mantap yang menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai.
Pembentangan ucaptama akan berlangsung di Barcelona jam 4:30 PM CET pada 2 Mac 2025. Untuk semua pengumuman dan kemas kini akan datang menjelang MWC 2025, sila kunjungi https://www.honor.com/global/events/honor-mwc/ .
Latar Belakang HONOR
HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia mengkhusus untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasakan orang ramai di seluruh dunia untuk melangkah lebih jauh, memberikan kebebasan kepada mereka untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi agar sesuai dengan setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.honor.com.
https://www.honor.com/global/club/
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial