KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Huawei mengumumkan pada hari ini pelancaran global HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN, Telefon Pintar Tiga Lipat Komersial Pertama Seumpamanya di Dunia. Tatkala syarikat ini memulakan lembaran baharu dalam inovasi boleh lipat, pelancaran ini merangkumi tema Unfold the Classic (Menyerlahkan Klasik), yang mengundang pengguna di seluruh dunia untuk mengalami masa depan secara langsung. Bermula daripada pelaburan berterusan jenama ini dalam penyelidikan kepada kepimpinannya dalam reka bentuk produk, HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN merupakan hasil daripada semangat perintis Huawei.
Reka Bentuk Luar Biasa: Estetika Memukau
HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN bukan sahaja memiliki paparan boleh lipat terbesar di dunia yang berukuran 10.2 inci[1], bahkan kini ia merupakan telefon boleh lipat paling nipis di peringkat global[2], dengan ketebalan hanya 3.6mm apabila dibuka sepenuhnya.
Reka bentuk modul kamera ini juga mewarisi reka bentuk Star Diamond simetri ikonik yang dilihat pada produk ULTIMATE DESIGN sebelum ini. Reka bentuk ini mempamerkan ketukangan yang hebat dan dinaik taraf dengan reka bentuk Pemotongan Sinusoidal baharu, menampilkan garisan yang lebih nipis dan struktur yang lebih bersifat tiga dimensi.
Selain itu, setiap peranti menampilkan reka bentuk Eonic Curves yang unik pada modul lensa kamera, memberikan penampilan tersendiri kepada setiap telefon pintar. Dicapai melalui 22 hari ketukangan yang teliti dan 78 proses yang kompleks, penampilan setiap modul lensa kamera bersifat tersendiri dan unik hanya untuknya.
Paling unik pada HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN ialah kulit ultra-nipis inovatifnya yang berukuran senipis 0.47mm, membawakan butiran bahan yang halus namun mewah. Tersedia dalam dua warna klasik daripada Siri ULTIMATE DESIGN, Hitam dan Merah, kulit ultra-nipis yang inovatif ini menggunakan gentian gred aeroangkasa yang sangat ringan dan sangat kuat. Lembut pada bahagian luar namun lasak pada bahagian dalam, bahan ini menghasilkan kesan sentuhan yang menyenangkan secara visual dan menyeronokkan.
Teknologi Luar Biasa: Inovasi dan Penyelidikan Terkemuka
Bermula daripada Sistem Engsel Jitu Termaju kepada skrin lipat tiga yang luas, HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN memanfaatkan pelbagai teknologi luar biasa untuk menyampaikan produk yang benar-benar disruptif. Ia menampilkan Sistem Engsel Jitu Termaju yang pertama seumpamanya, yang di dalamnya engsel lipat ke dalam dan ke luar beroperasi di sekitar pautan dwitrek. Ini memastikan pembukaan dan penutupan yang seimbang dan lancar.
Telefon pintar ini juga merupakan peranti boleh lipat komersial pertama yang menampilkan Paparan Lipat Tiga rintis dan memperkenalkan Bahan Fleksibel Berbilang Arah cemerlang untuk meningkatkan rintangan lenturan skrin dengan ketara.
Pengalaman Luar Biasa: Kuasa Berpadu menjadi Satu
HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN terdapat dalam pelbagai bentuk: skrin tunggal, dwiskrin dan skrin ganda tiga. Skrin tunggal berukuran 6.4 inci, dwiskrin berukuran 7.9 inci, manakala skrin ganda tiga berukuran 10.2 inci, yang menjadikannya telefon pintar boleh lipat terbesar di dunia[3].
Telefon pintar ini turut memperkenalkan Paparan 3K HUAWEI X-True™. Dengan pengalaman Multiview in One, mentakrifkan semula keupayaan paparan telefon pintar dengan menyokong penukaran lancar antara mod skrin tunggal, dwiskrin dan ganda tiga.
Dalam mod skrin ganda tiga, skrin yang luas memberikan tontonan yang imersif dan menjadikan pengurusan berbilang tugas amat mudah. Apabila dilipat kepada mod dwiskrin, telefon ini amat sesuai untuk menyemak imbas maklumat, seperti membaca artikel dan menyemak e-mel. Ia juga boleh dilipat ke bawah kepada mod skrin tunggal mengikut kemahuan, bagi mengendalikan tugas pantas seperti membuat panggilan atau fotografi.
Bentuk lipat tiga serba boleh HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN dapat menampung pelbagai keperluan gaya hidup dan kerja, lantas meluaskan potensi paparan telefon pintar dan mentransformasikan pengalaman pengguna sepenuhnya.
Fotografi Luar Biasa: Mengabadikan Keajaiban Paling Hebat dalam Kehidupan
Telefon pintar ini memuatkan keupayaan pengimejan HUAWEI XMAGE yang berkuasa ke dalam binaannya yang nipis dan dilengkapi dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz, bagi memenuhi senario fotografi yang pelbagai.
Di samping itu, ia membolehkan pengguna mengabadikan rangkaian luas tempat dan pemandangan – bermula daripada pergunungan di kejauhan hingga serangga kecil dan bunga, pengguna boleh mengabadikan setiap butiran terakhir dengan kejelasan yang sempurna. Sistem kamera juga dilengkapi dengan Syot Kilat Kelajuan Ultra yang dapat merakam keindahan subjek dalam gerakan berkelajuan tinggi dan mengabadikan detik-detik sejenak.
Menyerlahkan Klasik, Membuka Paradigma Baharu
HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN membawa pengalaman pengguna telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi, memandangkan tugas dan kegiatan senggang kini menjadi lebih mudah diakses dan imersif semasa dalam perjalanan. Telefon boleh lipat ganda tiga komersial pertama seumpamanya ini[4] menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai pada telefon boleh lipat dan merupakan hasil langsung daripada usaha Huawei yang tidak dapat dihalang dalam membina jenama yang benar-benar premium – menyampaikan teknologi termaju, reka bentuk yang menakjubkan dan pengalaman premium sekali gus.
[1] Telefon pintar paparan boleh lipat terbesar di dunia, setakat 18 Februari 2025, merujuk kepada telefon boleh lipat yang tersedia secara komersial dengan saiz skrin terbesar dalam keadaan skrin ganda tiganya. Paparan menampilkan reka bentuk sudut bulat dan apabila diukur sebagai paparan segi empat tepat standard, panjang pepenjuru skrin dalam keadaan skrin ganda tiga ialah 10.2 inci (dengan kawasan boleh dilihat sebenar sedikit lebih kecil). |
[2] Telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia merujuk kepada telefon pintar boleh lipat tersedia secara komersial yang dilancarkan pada 18 Februari 2025, dengan ketebalan paling nipis (tidak termasuk bezel skrin) dalam keadaan lipat tiga pada bahagian yang tidak termasuk kamera belakang. Lantaran konfigurasi produk dan proses pembuatan, kaedah pengukuran mungkin mempengaruhi saiz sebenar, sila rujuk produk fizikal dan data diperoleh daripada makmal Huawei. |
[3] Telefon pintar boleh lipat terbesar di dunia merujuk kepada telefon pintar boleh lipat tersedia secara komersial dengan saiz skrin terbesar dalam keadaan lipat tiga setakat 18 Februari 2025; paparan menggunakan reka bentuk sudut bulat dan apabila diukur mengikut segi empat tepat standard, panjang pepenjuru skrin dalam keadaan lipat tiga ialah 10.2 inci (kawasan boleh lihat sebenar mungkin sedikit lebih kecil). |
[4] Data adalah berdasarkan produk yang dilancarkan secara komersial setakat 18 Februari 2025. HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN ialah telefon boleh lipat ganda tiga tersedia secara komersial yang pertama. |