omniture

Huawei Buka Lembaran Inovatif Baharu dengan Keluaran Global Telefon Pintar Lipat Tiga, Tablet Generasi Seterusnya dan Audio Telinga Terbuka

HUAWEI
2025-02-18 19:08 124

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Huawei Consumer Business Group (CBG) memperkenalkan barisan produk audio, peranti boleh pakai, tablet dan produk boleh lipat yang hebat di acara Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Acara pelancaran menyaksikan keluaran HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN, telefon pintar lipat tiga komersial pertama di dunia. Terhasil daripada usaha berani melakukan sesuatu yang mustahil, Huawei menerobos sempadan untuk mencapai paradigma boleh lipat baharu, lantas mentakrifkan semula industri ini.

Huawei turut mengumumkan tiga produk baharu: edisi naik taraf bagi HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci, fon telinga cangkuk pertama jenama ini HUAWEI FreeArc, dan HUAWEI Band 10.

HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN Membuat Kemunculan Sulung Global Amat Dinanti-nantikan

Selepas berbulan-bulan menanti, HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN kini bersedia untuk membuat kemunculan sulungnya di seluruh dunia. Paparan lipat tiga bukan sahaja merupakan inovasi perintis dalam industri ini bahkan turut menjadi pemecah rekod – ia kini merupakan paparan boleh lipat paling nipis[1] dan paparan boleh lipat terbesar[2] sekali gus, berukuran senipis 3.6 mm dan 10.2 inci lebar apabila dibuka.

Dibina dengan Sistem Engsel Jitu Termaju dan UTG (kaca ultra-nipis) 322 cm² ultra-besar, paparan lipat tiga ini meraih pencapaian baharu bagi ketahanan dan kini merupakan yang pertama menyokong lipatan ke dalam dan ke luar secara serentak. Rangkaian boleh lipat baharu ini merevolusikan pengalaman paparan. Sama ada penyemakan imbas mendatar dan potret, pengalaman imersif skrin besar 10.2 inci atau pengalaman cekap skrin pisah, HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN meluaskan fungsi telefon pintar dan mengubahnya menjadi mesin berbilang senario.

Pengguna juga akan dapat menikmati fotografi canggih melalui Ultra Aperture XMAGE Camera, yang menampilkan Apertur Fizikal Boleh Laras 10 saiz yang mengabadikan tangkapan tahap profesional yang lebih tajam.

HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN
HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN

MatePad Pro 13.2: Keupayaan Peringkat PC, Kemudahan Tablet Pintar

HUAWEI MatePad Pro 13.2 baharu membawa keupayaan pejabat profesional peringkat PC ke dalam industri tablet melalui paparan imersif, prestasi unggul dan aksesori produktiviti yang cekap.

Dengan Paparan PaperMatte OLED Fleksibel 13.2" yang dibina dengan ketepatan warna profesional, kecerahan ultra-tinggi 1000nit dan resolusi ultra-tinggi 2.8K, HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci membawakan pengalaman paparan terunggul dengan visual tampak hidup dan kejelasan yang hebat. Tablet pintar ini turut membawakan WPS Office peringkat PC yang membolehkan penyuntingan dan pembentangan mod atas meja. Melalui pengalaman aplikasi peringkat PC seperti interaksi sentuhan, interaksi papan kekunci dan tetikus, pengguna boleh mencapai pertukaran lancar antara PC dan tablet untuk menikmati kerja semasa dalam perjalanan yang cekap.

Di samping itu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 inci 2025 baharu juga dilengkapi dengan aplikasi profesionalnya sendiri seperti HUAWEI Notes dan GoPaint App, melengkapkan pengguna untuk memaksimumkan produktiviti dan kreativiti.

HUAWEI MatePad Pro 13.2"
HUAWEI MatePad Pro 13.2"

HUAWEI FreeArc: Pandangan Baharu Huawei terhadap Fon Telinga Terbuka

Huawei turut mengumumkan HUAWEI FreeArc, fon telinga terbuka pertamanya dengan cangkuk telinga. Bagi mencapai reka bentuk yang ergonomik dan lut udara, fon telinga ini menghidupkan semula Reka Bentuk C-Bridge ikonik Huawei dan turut menggabungkan aloi ingatan bentuk nikel-titanium (Ni-Ti) berprestasi tinggi 0.7mm yang mudah dibentuk dengan telinga pengguna. Fon telinga ini juga 81.5% diliputi dengan silikon cecair ultra-lembut dan mesra kulit demi keselesaan berpanjangan.

HUAWEI FreeArc memberikan bunyi yang luar biasa untuk penggemar sukan dengan unit pemacu kepekaan tinggi 17 x 12 mm, struktur akustik simetri, algoritma bes dinamik dan Algoritma Kelantangan-sama Adaptif untuk prestasi audio yang hebat.

HUAWEI Band 10: Bantuan Kesejahteraan Semua-dalam-Satu

HUAWEI Band 10 menawarkan penaiktarafan lengkap dalam kesihatan holistik, bermula dengan tidur dan kesejahteraan emosi. Dengan menganalisis rutin harian anda, Pembantu Kesihatan Tidur Dipertingkat menyediakan cerapan tidur diperibadikan, pengesyoran yang boleh diambil tindakan dan ringkasan terperinci berhubung corak tidur pengguna menggunakan data HRV, lalu meningkatkan kualiti tidur keseluruhan demi kesegaran dan prestasi.

Dengan reka bentuk yang bergaya dan bahan mesra kulit, HUAWEI Band 10 meningkatkan penampilan harian anda dengan mudah dan menyerlahkan pemakaian sepanjang hari.

Kuasa yang Tidak Dapat Dihalang dalam Inovasi

Suatu persediaan daripada Unfold the Classic pada tahun 2024, Huawei membentuk semula cara kami mencipta, menikmati dan berinteraksi dengan maklumat. Dengan memupuk semangat inovatifnya melalui komitmennya kepada pengguna, jenama ini akan terus meluaskan lingkungan kemungkinan dan membentuk masa depan inovasi.

[1] Telefon pintar boleh lipat paling nipis di dunia merujuk kepada telefon pintar boleh lipat tersedia secara komersial yang dilancarkan setakat 18 Februari 2025, dengan ketebalan paling nipis (tidak termasuk bezel skrin) dalam keadaan lipat tiga pada bahagian yang tidak termasuk kamera belakang. Lantaran konfigurasi produk dan proses pembuatan, kaedah pengukuran mungkin mempengaruhi saiz sebenar, sila rujuk produk fizikal dan data diperoleh daripada makmal Huawei.

[2] Telefon pintar paparan boleh lipat terbesar di dunia, setakat 18 Februari 2025, merujuk kepada telefon boleh lipat tersedia secara komersial dengan saiz skrin terbesar dalam keadaan skrin ganda tiganya. Paparan menampilkan reka bentuk sudut bulat dan apabila diukur sebagai paparan segi empat tepat standard, panjang pepenjuru skrin dalam keadaan skrin ganda tiga ialah 10.2 inci (dengan kawasan boleh dilihat sebenar lebih kecil sedikit).

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services