omniture

Coway Perkenal Pelan Peningkatan Nilai Korporat dengan Sasaran Hasil KRW 5 Trilion pada 2027

Coway Co., Ltd.
2025-02-19 10:09 132
  • Dalam Pelan Peningkatan Nilai Korporatnya, Coway mengenal pasti empat penunjuk utama untuk meningkatkan nilai pemegang saham yang mampan: pertumbuhan berterusan, peningkatan pulangan pemegang saham, kestabilan kewangan yang diperkukuh dan kecanggihan tadbir urus.
  • Syarikat menyasarkan untuk menjana hasil sebanyak lebih KRW 5 trilion pada tahun 2027 melalui pengembangan perniagaan teras, pembangunan jenama baharu dan inisiatif perniagaan baharu.
  • Jumlah kadar pulangan pemegang saham sebanyak 40% akan dikekalkan selama tiga tahun melalui dividen tunai serta pemerolehan dan persaraan saham perbendaharaan.
  • Coway juga akan mengurus nisbah hutang bersih-kepada-EBIT sehingga 2.5 dan akan memperkukuh kecanggihan tadbir urus.

SEOUL, Korea Selatan, 19 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," melancarkan secara rasmi Pelan Peningkatan Nilai Korporat (Corporate Value-Up Plan), lalu mengesahkan sekali lagi komitmennya kepada peningkatan nilai pemegang saham yang mampan. Susulan pengumuman pada bulan lalu untuk meningkatkan jumlah kadar pulangan pemegang sahamnya daripada 20% kepada 40%, kini Coway memperkenalkan inisiatif strategik tambahan yang bertujuan untuk mengukuhkan nilai korporat.

Dalam mesyuarat lembaga yang diadakan pada 13 Februari, Coway mengenal pasti empat penunjuk utama untuk meningkatkan nilai pemegang saham yang mampan: pertumbuhan berterusan, peningkatan pulangan pemegang saham, struktur modal yang sesuai dan kecanggihan tadbir urus. Berdasarkan penunjuk ini, syarikat memformalkan strategi peningkatan nilai korporatnya, iaitu Pelan Peningkatan Nilai Korporat.

Memacu Pertumbuhan Berterusan: Menetapkan Matlamat Hasil Melebihi KRW 5 Trilion pada tahun 2027  

Coway menyasarkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.5% dari tahun 2025 hingga 2027, dengan matlamat untuk mencapai hasil melebihi KRW 5 trilion pada tahun 2027.

Demi mencapai sasaran ini, syarikat akan memfokuskan pada kemajuan perniagaan teras, pengembangan perniagaan global, pertumbuhan jenama baharu dan inisiatif perniagaan baharu.

Coway merancang untuk menembusi pasaran baharu dan menubuhkan subsidiari tempatan, melaksanakan strategi pemasaran yang disesuaikan demi meningkatkan pengiktirafan jenama global. Syarikat ini juga akan membangunkan produk dan perkhidmatan setempat bagi mengukuhkan daya saingnya dalam pasaran global.

Coway juga akan mengembangkan barisan produknya dan meningkatkan pemasaran pengalaman pelanggannya melalui jenama tidur dan kesejahteraan, BEREX. Syarikat ini menyasarkan untuk meningkatkan penawaran saluran luar taliannya demi mengukuhkan pengalaman pelanggan di Korea Selatan, serta meningkatkan kesedaran jenama BEREX keseluruhan melalui kempen pemasaran bersasar.

Tambahan pula, Coway bersedia untuk memasuki sektor penjagaan perak (penjagaan warga emas) di Korea Selatan demi meninjau pelbagai peluang perniagaan baharu untuk pertumbuhan yang mampan. Melalui subsidiari baharunya Coway Life Solutions yang ditubuhkan dalam Oktober 2024, syarikat akan memperkenalkan perkhidmatan penjagaan warga emas generasi seterusnya dalam separuh pertama tahun 2025. Coway juga akan meneruskan perkongsian strategik dan kolaborasi teknologi yang aktif untuk mengembangkan lagi peluang perniagaan baharu.

Coway akan terus meningkatkan penawaran terasnya dengan membangunkan produk inovatif dan mengembangkan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), IT, pemasaran serta perkhidmatan pengguna. Syarikat ini juga akan memacu kemajuan dalam bidang digital demi mengukuhkan daya saing saluran dan kecekapan operasinya.

Meningkatkan Pulangan Pemegang Saham: Meningkatkan Jumlah Kadar Pulangan Pemegang Saham kepada 40%

Coway komited untuk mengimbangi pulangan pemegang saham yang mampan, pertumbuhan korporat dan kestabilan kewangan dengan mengekalkan peruntukan yang seimbang antara pulangan pemegang saham dan pelaburan semula dalam pertumbuhan masa depan.

Syarikat ini akan meningkatkan jumlah kadar pulangan pemegang saham dengan ketara daripada 20% pendapatan bersih disatukan sebelumnya kepada 40%. Ini termasuk dividen tunai dan pembelian/persaraan saham perbendaharaan. Khususnya, pada TF2024, Coway akan memperuntukkan 33% kepada dividen tunai dan 7% untuk pembelian/persaraan saham perbendaharaan, berdasarkan jumlah nisbah pulangan pemegang saham sebanyak 40%. Mulai TF2025 hingga TF2027, syarikat akan mengekalkan kadar pulangan pemegang saham sebanyak 40% sekali gus melaraskan proposisi dividen tunai dan pembelian/persaraan saham perbendaharaan dengan mengambil kira jumlah pulangan pemegang saham.

Seorang pegawai Coway menyatakan, "Kadar pulangan pemegang saham sebanyak 40% diperoleh dengan meramalkan aliran masuk dan aliran keluar tunai sebenar yang dijangkakan mulai tahun ini hingga 2027. Berdasarkan unjuran ini, kami telah mengenal pasti keseimbangan yang optimum antara aliran tunai kendalian dan leveraj kewangan dan dalam masa yang sama mempertimbangkan pelbagai faktor, seperti keseimbangan antara pulangan pemegang saham dan pelaburan untuk pertumbuhan masa depan."

Struktur Modal Dioptimumkan: Mengekalkan Nisbah Hutang Bersih-kepada-EBIT yang Sesuai

Coway turut mewujudkan garis panduan kewangan baharu yang direka untuk memastikan kestabilan kewangan syarikat.

Coway merancang untuk memanfaatkan tahap leveraj kewangan yang bersesuaian dengan mengambil kira keupayaan pembayaran baliknya berdasarkan prestasi operasi dan mempercepat masa pulangan pemegang saham ke atas hasil pelaburan. Sehubungan itu, syarikat ini merancang untuk mengurus nisbah hutang bersih-kepada-EBIT sehingga 2.5 demi memastikan kestabilan kewangan sekali gus mengekalkan beban kewangan pada tahap yang boleh diurus.

Tadbir Urus Dipertingkat: Memantapkan Kebebasan dan Kepelbagaian Lembaga

Coway komited untuk memajukan amalan tadbir urus korporatnya. Syarikat ini akan berusaha untuk menaikkan penunjuk tadbir urus utamanya daripada 53% pada tahun 2024 kepada 87% menjelang tahun 2026, melebihi purata pasaran 2023 sebanyak 49.5% dengan ketara. Penunjuk tadbir urus utama, terutamanya yang berkaitan dengan kepentingan pemegang saham, akan diberi keutamaan untuk penambahbaikan.

Coway komited untuk meningkatkan lagi kebebasan lembaga pengarah (BoD) dan dalam masa yang sama menggalakkan kepelbagaian yang lebih besar. Sejak tahun 2023, syarikat ini melaksanakan garis panduan kebebasan lembaga untuk mengukuhkan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Melangkah ke hadapan, Coway merancang untuk meningkatkan bilangan dan juga proposisi pengarah luar serta melantik individu yang berkelayakan tinggi dengan kepakaran yang pelbagai untuk memajukan standard tadbir urus korporat.

"Pelan Peningkatan Nilai Korporat Coway menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang mampan, memberi manfaat kepada syarikat dan juga pemegang sahamnya," kata Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway. "Kami komited untuk memperkukuh pengurusan mesra pemegang saham sekali gus melaksanakan pelbagai strategi secara serentak yang bertujuan untuk meningkatkan nilai korporat dan menjamin pertumbuhan yang mampan."

Untuk butiran tambahan mengenai Pelan Peningkatan Nilai Korporat Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga syarikat ini yang paling terkini, jenama BEREX, bertujuan untuk memperbaiki tidur dan meningkatkan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi kepada inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail