STAFFORD, Texas, 20 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Microvast Holdings, Inc. (NASDAQ: MVST) ("Microvast" atau "Syarikat"), peneraju global bagi teknologi bateri termaju, memperkenalkan penyelesaian bateri pengecasan pantas berprestasi tinggi generasi seterusnya di Minggu Tenaga Pintar 2025 yang diadakan di Pusat Pameran Tokyo Big Sight. Semasa pameran sepanjang tiga hari, Microvast akan memfokuskan untuk memperkenalkan inovasi dalam bidang sel bahan api hidrogen, fotovolta, storan tenaga, bateri, grid pintar dan tenaga angin.
Pameran Microvast di Minggu Tenaga Pintar 2025 tahun ini akan memfokuskan untuk mempamerkan teknologi bateri termajunya, menekankan kelebihan teras syarikat: pengecasan pantas, hayat kitaran diperpanjang, keselamatan yang sangat baik dan penyepaduan sistem yang lancar. Produk Microvast direka untuk menyediakan penyelesaian untuk pelbagai aplikasi, termasuk sistem storan tenaga bateri (BESS), kenderaan komersial, jentera pembinaan dan kenderaan khusus.
Merevolusikan masa pengecasan, bateri Microvast boleh mencapai keadaan pengecasan 80% hanya dalam masa 15 minit di bawah keadaan kuasa standard, lantas meminimumkan masa henti operasi dengan ketara. Di samping itu, bateri Microvast beroperasi merentas julat suhu yang luas, memastikan prestasi yang andal walaupun dalam persekitaran yang melampau.
Bateri Microvast menawarkan hayat kitaran yang utama dalam industri iaitu sehingga 8,000 kitaran cas-nyahcas penuh. Jangka hayat yang panjang ini disegerakkan dengan jangka hayat operasi penuh kenderaan komersial, menyokong lebih satu juta kilometer pemanduan dan menjadikannya sangat sesuai untuk pelanggan kami dalam aplikasi tugas berat, berprestasi tinggi dan mendesak.
Keselamatan adalah sangat penting di Microvast. Pendekatan keselamatan berbilang lapisan kami, yang menggabungkan bahan pemisah termaju, bahan anod dan formulasi elektrolit, memastikan ketumpatan tenaga yang tinggi tanpa menjejaskan keselamatan. Ini disahkan oleh pensijilan daripada piawaian yang diiktiraf di peringkat global, termasuk UNECE-R100.3, GB 38031, UL2580 dan AIS038.
Microvast menawarkan penyelesaian bateri direka khusus yang disesuaikan dengan keperluan teknikal tertentu bagi kenderaan komersial dan khusus. Reka bentuk kompak berintegrasi lancar dengan pek bateri MV-B dan MV-C generasi keempat yang dapat menampung keadaan operasi unik kenderaan luar lebuh raya. Sistem ini boleh mencapai ketumpatan tenaga yang mengagumkan sebanyak 180Wh/kg.
Sorotan utama bagi pameran ini ialah pelancaran ME6 BESS rintis daripada Microvast. Sistem boleh baik pulih unik pertama industri ini dibina menggunakan bateri litium besi fosfat (LFP) 565Ah berprestasi tinggi, direka untuk memenuhi keperluan mendesak daripada pelanggan BESS.
Pengasas, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microvast, Yang Wu menyatakan di pameran ini bahawa, "Microvast komited untuk menggalakkan inovasi dalam industri tenaga baharu. Kehadiran kami di Minggu Tenaga Pintar 2025 menekankan dedikasi kami untuk menyediakan penyelesaian bateri inovatif yang dapat memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang. Kami yakin teknologi canggih dan produk inovatif kami akan terus menyumbang dengan ketara kepada pembangunan masa depan yang mampan."
"Kami terus menerobos sempadan teknologi bateri untuk menyampaikan penyelesaian tenaga yang berprestasi tinggi, selamat dan cekap," tambah Dr. Wenjuan Mattis, Ketua Pegawai Teknologi Microvast. "Kemajuan terkini kami dalam sains bahan dan integrasi sistem menetapkan penanda aras baharu dalam industri ini. ME6 BESS merupakan bukti inovasi kami, menawarkan penyelesaian storan tenaga rintis, hayat panjang dan boleh baik pulih yang mentakrifkan semula keberkesanan kos serta kemampanan untuk pelanggan kami."
Latar Belakang Microvast
Microvast ialah peneraju global dalam menyediakan teknologi bateri untuk kenderaan elektrik dan penyelesaian storan tenaga. Dengan legasi selama lebih 18 tahun, Microvast menyampaikan sistem bateri termaju secara konsisten yang memperkasakan masa depan yang lebih bersih dan lebih mampan. Pendekatan inovatif dan dedikasi Syarikat terhadap kecemerlangan memberi kedudukan kepadanya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pelanggan di serata dunia. Microvast ditubuhkan pada tahun 2006 dan beribu pejabat di Stafford, Texas.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.microvast.com atau ikuti kami di LinkedIn (@microvast).