omniture

TrinaTracker bakal buka kilang pembuatan di Arab Saudi, majukan lagi strategi penyetempatannya

TrinaTracker
2025-02-20 23:55 127

JEDDAH, Arab Saudi, 20 Februari 2025 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, peneraju global bagi penyelesaian penjejakan solar pintar dan subsidiari Trinasolar Co. Ltd (SHA: 688599), mengumumkan penubuhan kemudahan pembuatan baharu di Arab Saudi, yang dijadualkan untuk memulakan operasi dalam S1 2025. Kemudahan ini mewakili pencapaian penting dalam komitmen berterusan syarikat terhadap penyetempatan dan meningkatkan keupayaan pengedaran serta perkhidmatannya di rantau ini.

Kilang ini merupakan sebahagian daripada perjanjian pajakan tanah dengan Pihak Berkuasa Saudi untuk Bandar Perindustrian dan Zon Teknologi (MODON). Terletak di Bandar Perindustrian ke-3 di Jeddah, kemudahan ini akan memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 3GW, mengkhusus dalam pembuatan siri penjejak solar dan sistem kawalan pintar Vanguard TrinaTracker. Ini akan menjadi kilang pembuatan keempat TrinaTracker yang menyertai operasi sedia adanya di China, Sepanyol dan Brazil.

Timur Tengah menjadi pemacu utama dalam pasaran penjejak solar, daratannya yang luas dan sinaran yang tinggi menyediakan keadaan yang ideal untuk loji janakuasa solar. TrinaTracker menawarkan penyelesaian penjejakan solar pintar yang melibatkan struktur penjejak Vanguard yang amat andal, sistem kawalan pintar dan perkhidmatan kitaran hayat profesionalnya. Melalui penyelesaian yang dibuat khusus ini, sistem penjejakan solar TrinaTracker amat sesuai untuk persekitaran yang dicirikan oleh pasir, angin kencang dan suhu tinggi. Selain itu, dengan data projek sebenar yang dikumpul daripada projek global, penggunaan sistem kawalan pintar TrinaTracker akan menghasilkan sehingga 8% tenaga tambahan setahun untuk loji solar yang akan meningkatkan kadar pulangan dalaman dengan ketara untuk pemilik projek.

Sejajar dengan strategi Trinasolar yang lebih luas untuk meningkatkan perkhidmatan serantau, kilang ini juga akan memastikan penyerahan yang lebih pantas, sokongan teknikal yang lebih baik dan perkhidmatan prajualan dan selepas jualan yang komprehensif. Pasukan perkhidmatan yang berdedikasi akan menyediakan program latihan dan sokongan di lapangan, lantas memperkukuh komitmen Trinasolar kepada rakan kongsi dan pelanggannya. Inisiatif ini akan mengukuhkan lagi jejak global TrinaTracker dan meluaskan kehadirannya di rantau ini dan selanjutnya.

Sehingga akhir S4 2024, TrinaTracker telahpun menyerahkan 27GW sistem penjejakan solar pintar dunia ke seluruh dunia dan ia akan terus menyediakan penyelesaian pintar yang lebih baik dan perkhidmatan tempatan kepada pelanggan di serata dunia melalui strategi penyetempatannya.

 

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts New products/services General Manufacturing