omniture

MOVA Atasi Persaingan Dengan Dua Peralatan Pembersihan Rumah Pintar Rintis Baharu

MOVA
2025-02-22 00:02 36

SINGAPURA, 22 Februari 2025 /PRNewswire/ -- MOVA, jenama yang diiktiraf di peringkat global untuk peralatan pintar yang inovatif, berbesar hati mengadakan pratinjau media eksklusif hari ini untuk memaparkan dua inovasi terkininya dalam peralatan pembersihan rumah – vakum robot MOVA Z50 Ultra serta vakum basah dan kering MOVA X4 Pro di Changi Experience Studio, Lapangan Terbang Jewel Changi. Acara ini diadakan sebagai persediaan pelancaran rasmi pada 2 Mac 2025, 8pm.

MOVA
MOVA

Pratinjau media eksklusif ini menyaksikan demonstrasi produk langsung pertama jenama ini di rantau Asia Tenggara dan pelancaran produk pertama untuk MOVA di peringkat global. Para tetamu diperkenalkan secara langsung kepada teknologi perintis dan ciri-ciri Z50 Ultra dan X4 Pro baharu oleh pasukan pembangunan produk MOVA dan berpeluang untuk mencuba dan menyaksikan sendiri prestasi unggul peralatan rumah serba baharu ini.

Di samping itu, tetamu berpeluang untuk melihat pertama kali produk terbaru MOVA, termasuk vakum robot siri P50, vakum batang S4 Detect dan pengering rambut berkelajuan tinggi Shine 10.

Menrevolusikan Pengalaman Pembersihan Rumah dengan Teknologi Pintar

MOVA Z50 Ultra membawakan Teknologi Mop HydroSync™ Termostatik 36℃ yang inovatif daripada Mova dan mop penggelek jenis trek berbentuk D pertama dalam kelas yang menggunakan air mengalir berserta teknologi pendebuan masa nyata untuk membersihkan mop penggelek jenis trek semasa ia mencuci. Sistem canggih ini menanggalkan kotoran degil dengan mudah, memastikan tiada sisa kotoran yang tertinggal.

MOVA Z50 Ultra
MOVA Z50 Ultra

Dengan kuasa sedutan puncak 19,000 Pa dan daya gosok 18N yang kuat, ia menyapu dan mengemop dengan berkesan secara sekali gus sambil menghalang kotoran daripada dipindahkan ke kawasan lain semasa proses pembersihan.

Prestasi pembersihan Z50 Ultra ditingkatkan lagi hasil daripada Triple-Intelligence AI Sensing Tech (Teknologi Penderiaan AI Kecerdasan Ganda Tiga)yang boleh mengecam kotoran berbeza pada lantai serta-merta dan melaraskan strategi pembersihan secara automatik. Modul pembersihan menyokong pengangkatan pintar untuk pengasingan kering dan basah yang diperbaharui dan fungsi pembersihan dwitepinya, yang menggabungkan berus sisi yang diperpanjang dengan mop tepi membulat, lalu memastikan pembersihan yang teliti yang mampu mencapai walaupun sudut yang paling sempit.

Bersama-sama pelancaran baharu ini ialah MOVA X4 Pro, vakum basah dan kering yang memanfaatkan teknologi perintis untuk pembersihan yang lebih berkesan.

Menampilkan Pembersihan Semburan SpotHeat™ dengan pembersihan lantai dengan air panas 80°C serta pencucian berus mendalam pada 100°C, MOVA X4 Pro merupakan peranti pertama seumpamanya di Singapura yang menawarkan ciri-ciri unggul ini. Ia adalah 'pembantu' pembersihan yang sempurna untuk menanggalkan kotoran degil dengan mudah.

MOVA X4 Pro
MOVA X4 Pro

Dengan kuasa sedutan tinggi, pembersihan menyeluruh di kedua-dua sisi tanpa jurang serta liputan rata sehingga 180°, MOVA X4 Pro memastikan pembersihan di seluruh rumah lebih mudah dan pantas.Stesen pangkalan bebas tangan X4 Pro juga menampilkan reka bentuk inovatif yang menghapuskan keperluan untuk mengangkat, mencondongkan atau membalikkan secara manual. Hanya dengan tolakan lembut, vakum basah dan kering kembali ke doknya - membantu memanjangkan hayat simpannya dengan menghalang kerosakan dan memastikan X4 Pro dicas dan bersedia untuk pembersihan seterusnya.

MOVA
MOVA

Menggabungkan Fungsi Dengan Reka Bentuk Pintar Pemenang Anugerah 

Dengan rantaian bekalan global yang kukuh, portfolio produk yang pelbagai, saluran pemasaran yang berkesan dan sistem perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif, MOVA meluaskan kehadirannya dengan pesat merentas lebih 30 negara dan wilayah, termasuk Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara. Komitmen MOVA kepada inovasi dan gaya telah mendapat pengiktirafan global, dengan jenama ini menerima beberapa anugerah di Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini.

Berpegang kepada DNA jenama'Premium, Inovatif, Bergaya', MOVA komited untuk membawa teknologi rintis ke pasaran dengan matlamat mentakrifkan semula masa depan rumah pintar.

Dengan rangkaian peralatan rumah yang dinamik – daripada peranti pembersihan pintar termaju dan vakum robotik hinggalah produk penjagaan diri seperti pengering rambut – MOVA menawarkan pelbagai penyelesaian rumah yang inovatif, efisien, dan mudah digunakan oleh pengguna.

MOVA Z50 Ultra dan MOVA X4 Pro boleh didapati mulai 2 Mac 2025, jam 8 malam di Shopee dan Lazada dengan harga promosi eksklusif:

  • MOVA Z50 Ultra: $1,499 (U.P. S$2,089) – 50 unit pertama sahaja
  • MOVA X4 Pro: $749 (U.P. S$1,199) – 20 unit pertama sahaja
  • MOVA Z50 Ultra hanya tersedia untuk prapesanan buat masa ini.

Latar Belakang MOVA

MOVA ialah jenama perkakas pintar inovatif bertaraf global yang menyokong "inovasi terkemuka, menghubungkan teknologi dengan kehidupan harian". MOVA komited untuk mencipta ruang hidup pintar baharu buat keluarga di seluruh dunia melalui kemajuan teknologi yang berterusan, seterusnya meneroka gaya hidup rumah moden. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://global.mova-tech.com.

 

Source: MOVA
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail