GUANGZHOU, China, 22 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Pada 18 Februari, GAC INTERNATIONAL menganjurkan dengan jayanya Persidangan Rakan Kongsi Antarabangsa 2025, mengalu-alukan lebih 500 wakil dari 74 negara dan wilayah. Bertemakan "KITA MENANG BERSAMA • MEMACU MASA DEPAN," acara ini menonjolkan komitmen GAC terhadap pertumbuhan global, inovasi dan perkongsian jangka panjang. Feng Xingya, Pengerusi dan Presiden GAC Group, menghadiri persidangan ini dan terlibat dalam perbincangan secara bersemuka dengan beberapa rakan pengedar, mengukuhkan lagi kepercayaan mereka dalam kolaborasi dan memupuk pendekatan yang saling menguntungkan kepada pertumbuhan perniagaan antarabangsa GAC.
Di acara ini, Yu Jun, Naib Presiden GAC Group, memberikan pesanan yang hebat, "GAC komited untuk bekerjasama seiring dengan rakan kongsi global kami untuk memacu masa depan mobiliti. Melalui inovasi, kolaborasi dan fokus yang tidak berbelah bahagi terhadap keperluan pelanggan, kami akan membina jenama yang kompetitif di peringkat global yang berada di barisan hadapan industri ini."
GAC menegaskan sekali lagi matlamatnya untuk meluaskan kehadiran globalnya, memperkenalkan "Pelan Tindakan Panyu" tiga tahunnya. Inisiatif ini memfokuskan untuk mengukuhkan pengaruh jenama, meningkatkan kecekapan kewangan dan logistik serta mempererat kolaborasi teknologi. Sebagai sebahagian daripada strateginya, GAC bersedia untuk memperkenalkan barisan model ICE, HEV, PHEV dan BEV pelbagai yang disesuaikan dengan pasaran berbeza dan dalam masa yang sama memajukan teknologi ADAS demi mobiliti yang lebih selamat.
Pada tahun 2024, GAC mencapai pertumbuhan jualan tahun ke tahun sebanyak 96% yang luar biasa, mempercepat pengembangannya ke dalam pasaran baharu. Memandang ke hadapan, syarikat ini merancang untuk meningkatkan jejaknya ke 100 pasaran global dengan sasaran eksport sebanyak 500,000 kenderaan menjelang tahun 2027. Perkongsian strategik dengan peneraju industri seperti Toyota, Honda dan Huawei mengukuhkan lagi kepakarannya dalam teknologi EV premium dan mobiliti pintar.
Presiden GAC INTERNATIONAL Wei Haigang menggariskan enam tonggak utama yang memacu visi global syarikat ini: pengantarabangsaan jenama, penawaran produk terpelbagai, pengeluaran setempat, jualan dan perkhidmatan bersepadu, ekosistem automotif yang mampan dan inovasi berterusan. Ketua Pegawai Operasi Global Thomas Schemera menekankan matlamat GAC untuk mengukuhkan kecekapan rantaian bekalan dan perkhidmatan selepas jualannya, demi memastikan pengalaman pelanggan yang unggul di seluruh dunia.
Semasa acara ini, rakan kongsi pengedar yang cemerlang berkongsi kisah kejayaan mengenai pengembangan pasaran, penglibatan pelanggan dan kecekapan logistik. GAC turut memberi penghormatan kepada pengedar dan rakan kongsi berprestasi terbaik, mengiktiraf sumbangan mereka kepada kejayaan global syarikat.
Tatkala GAC terus memperkukuh kehadirannya di pasaran antarabangsa, ia tetap komited untuk menyampaikan kualiti tertinggi, teknologi perintis dan pengalaman mobiliti yang unggul. Dengan tumpuan yang teguh ke atas prinsip-prinsip mengutamakan pelanggan, GAC bermatlamat untuk memacu industri automotif global ke hadapan melalui inovasi dan kolaborasi.