BEIJING, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan pada hari ini Perkongsian Olimpik Sedunia dengan syarikat teknologi global TCL sehingga tahun 2032. TCL akan menjadi Rakan Olimpik dan Paralimpik Sedunia rasmi dalam kategori Peralatan Audiovisual Rumah dan Perkakas Rumah.
Produk TCL akan mendorong pengalaman baharu untuk peminat dan atlet, bermula daripada paparan digital di Sukan Olimpik dan Paralimpik hinggalah perkakas rumah di Perkampungan Olimpik. Melalui perkongsian baharu ini, organisasi-organisasi akan turut bekerjasama untuk membawa keajaiban Sukan Olimpik dan Paralimpik kepada berbilion-bilion peminat di seluruh dunia melalui kempen pemasaran yang inovatif. TCL akan memainkan peranan penting tatkala IOC meneruskan Agenda AI Olimpiknya – termasuk menyokong pengalaman peminat dan atlet di lapangan dan di rumah. TCL juga akan menyokong inisiatif "Athlete Moments" di Sukan Olimpik yang membolehkan atlet berhubung dengan insan tersayang di seluruh dunia sejurus selepas pertandingan mereka.
Hasil daripada perjanjian ini, IOC akan mengagihkan semula hasil yang diterima untuk memberikan sokongan kewangan kepada organisasi-organisasi sukan di seluruh dunia, termasuk setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dan atlet mereka, berserta Jawatankuasa Penganjur untuk Sukan Olimpik dan Sukan Olimpik Belia sehingga tahun 2032.
Di sebuah majlis pengumuman yang diadakan di Beijing, China, di tempat "Water Cube" (Beijing 2008) / "Ice Cube" (Beijing 2022) yang ikonik, Presiden IOC Thomas Bach berkata: "IOC teruja untuk mengumumkan perkongsian baharunya dengan TCL, peneraju dunia dalam industri televisyen dan barangan isi rumah. TCL mempunyai sejarah yang panjang dalam menyokong sukan di seluruh dunia dan kini membawa cita-citanya untuk menginspirasikan kehebatan ke tahap yang lebih tinggi, memandangkan Sukan Olimpik merupakan pentas sukan global yang paling hebat dan paling memberi inspirasi."
Li Dongsheng, Pengasas dan Pengerusi TCL, berkata: "Kami berbesar hati dapat menjadi Rakan Olimpik dan Paralimpik Sedunia. Sebagai jenama teknologi global yang terkemuka, TCL sentiasa berusaha untuk 'Menginspirasikan Kehebatan' yang sejajar dengan semangat Sukan Olimpik. Sukan Olimpik memberi inspirasi kepada berbilion-bilion orang di seluruh dunia dan melalui perkongsian ini, pelbagai inovasi TCL akan memperkasakan Sukan Olimpik dan menyampaikan pengalaman yang luar biasa kepada khalayak global. TCL akan terus memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya, menyokong matlamat pembangunan mampan Olimpik dan mencipta masa depan yang lebih baik."
TCL telah menyokong sukan di seluruh dunia selama berdekad-dekad melalui pelbagai perkongsian. Di Sukan Olimpik dan Paralimpik, TCL akan mengupayakan pengalaman visual dan gaya hidup baharu dengan menyediakan pelbagai inovasi pintar, termasuk paparan pintar, penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, kunci pintu, sistem audio, projektor dan cermin mata pintar TCL RayNeo.
Ditubuhkan pada tahun 1981, TCL komited untuk "Membina Masa Depan Mampan dan Terhubung dengan Teknologi Canggih", mengkhusus untuk memperkasakan gaya hidup pintar dan sihat dengan mengupayakan pengalaman pintar generasi seterusnya. Menerusi 46 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta 38 pangkalan pembuatan di seluruh dunia, TCL beroperasi di lebih 160 negara dan wilayah, mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama teknologi yang kompetitif di peringkat global.
Jiří Kejval, Kursi Suruhanjaya Hasil dan Perkongsian Komersial IOC, berkata: "TCL ialah peneraju global dalam industrinya dan merupakan salah satu jenama yang berkembang paling pantas di dunia. Program TOP terus menawarkan kepada jenama dan pemasar yang terkemuka di dunia dengan platform pemasaran tiada tandingan yang dibina berdasarkan jangkauan global dan nilai-nilai Sukan Olimpik. Bukti kepada hal ini ialah pengumuman pada hari ini, tatkala kami membawakan TCL kepada rangkaian Rakan Kongsi TOP."
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ialah sebuah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan, awam, bukan kerajaan yang terdiri daripada sukarelawan yang komited untuk membina dunia yang lebih baik melalui sukan. Ia mengagihkan semula lebih daripada 90 peratus pendapatannya kepada pergerakan sukan yang lebih luas, bererti bahawa setiap hari bersamaan dengan USD 4.2 juta disumbangkan untuk membantu atlet dan organisasi sukan pada semua peringkat di seluruh dunia.
Latar Belakang TCL
Selepas lebih 40 tahun mencapai transformasi, inovasi dan kemajuan, TCL Industries dan TCL Technology kini memfokuskan kepada tiga industri teras: barangan elektronik pengguna, teknologi paparan dan tenaga bersih. TCL ialah salah satu jenama TV terkemuka dan mencapai pertumbuhan yang konsisten di peringkat global. Pada tahun 2024, penghantaran TV TCL mencapai 29 juta unit yang mencatat rekod di pasaran global, peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding tahun 2023. Di samping itu, penghantaran global TV Mini LED melonjak sebanyak 194.5 peratus tahun ke tahun. Di Amerika Utara, Eropah dan pasaran baru muncul pula, TCL memperoleh bahagian pasaran yang besar lantaran peningkatan jualan TV bersaiz besar dan canggihnya. Produk elektronik pengguna TCL yang lain, seperti penyaman udara dan cermin mata pintar RayNeo, juga menerajui pasaran global dengan ciri-ciri inovatifnya. Pada tahun 2024, cabang paparan TCL - TCL CSOT menduduki tempat kedua di peringkat global bagi bahagian pasaran panel TV. Aplikasi teknologi Penjajaran Vertikal Terstabil Polimer dan teknologi Suis Medan Pinggir adalah amat penting dalam meningkatkan pengalaman visual untuk penonton.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pasukan Perhubungan Media IOC:
Tel: +41 21 621 6000, emel: pressoffice@olympic.org, atau kunjungi laman web kami di www.ioc.org.
Rakaman kualiti siaran
Bilik berita IOC: https://newsroom.olympics.com/
Video
YouTube: www.youtube.com/iocmedia
Foto
Untuk seleksi foto luas yang tersedia sejurus selepas setiap acara, sila ikuti kami di Flickr.
Untuk memohon foto dan rakaman arkib, sila hubungi Unit Pelesenan Kandungan kami di: images@olympic.org.
Media sosial
Untuk maklumat mutakhir mengenai IOC dan perkembangan terkini secara berkala, sila ikuti kami di X dan YouTube.