omniture

MiTAC Computing Lancar Pelayan Generasi Seterusnya Dikuasakan oleh Intel Xeon 6 dengan Pemproses teras-P - Serlahkan Pencapaian dalam AI, Awan dan Beban Kerja Intensif-Pengkomputeran

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-02-25 16:35 119

NEWARK, California, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corporation, pengeluar reka bentuk platform pelayan yang terkemuka dan subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TSE:3706), mengumumkan pada hari ini pelancaran sistem pelayan dan papan induk terkininya yang dikuasakan oleh Intel Xeon 6 terkini dengan pemproses teras-P. Pemproses yang utama dalam industri ini direka untuk beban kerja intensif pengkomputeran, memberikan sehingga dua kali ganda prestasi untuk rangkaian beban kerja yang paling luas termasuk AI dan HPC.

Memacu Inovasi dalam AI dan Pengkomputeran Berprestasi Tinggi
"Selama lebih sedekad, MiTAC Computing berkolaborasi dengan Intel untuk menerobos sempadan teknologi pelayan, menyampaikan penyelesaian termaju yang dioptimumkan untuk AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi (HPC)," kata Rick Hwang, Presiden MiTAC Computing Technology Corporation. "Dengan integrasi Intel Xeon 6-pemproses teras-P yang terkini, kini pelayan kami menyerlahkan pecutan AI rintis, meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan menskalakan operasi awan ke tahap yang lebih tinggi. Inovasi ini memberikan pelanggan kami kelebihan yang kompetitif, memperkasakan mereka untuk menangani beban kerja yang mencabar dengan prestasi unggul dan jumlah kos pemilikan yang dioptimumkan."

"Dengan peningkatan kiraan teras, ingatan yang lebih pantas dan pecutan AI dalam setiap teras, Intel Xeon 6 dengan pemproses teras-P memberikan prestasi yang diperlukan untuk menangani cabaran AI yang mendesak bermula daripada pinggir hingga pusat data dan awan," kata Ronak Singhal, Felow Kanan Intel, Xeon Products. "Pemproses ini dioptimumkan untuk prestasi tinggi setiap teras, memberikan prestasi yang tiada tandingan berbanding mana-mana CPU tujuan umum lain untuk beban kerja intensif pengkomputeran seperti AI, HPC dan perkhidmatan data."

Prestasi Pelayan Kepimpinan dengan Intel Xeon 6 berserta Pemproses teras-P
Pelayan baharu MiTAC menyokong pemproses siri Intel Xeon 6700P/ 6500P, menawarkan sehingga 86 teras dan 88 laluan PCIe 5.0. Direka untuk aplikasi perusahaan arus perdana, 6700P/ 6500P berkembang kepada seni bina ingatan 8 saluran dan menyokong sehingga 64 laluan CXL 2.0. Seni bina SoC modular ini membolehkan perniagaan memanfaatkan platform bersama yang dioptimumkan untuk beban kerja yang didorong oleh prestasi dan juga kecekapan.

Portfolio Pelayan Generasi Seterusnya MiTAC  

  • Pelayan AI & HPC
    • G4520G6: Pelayan Intel Xeon 6 dwisoket 4U berkuasa yang dioptimumkan untuk beban kerja AI dan HPC. Ia menyokong sehingga lapan GPU, 8TB ingatan DDR5 RDIMM merentas 32 slot dan pengembangan luas dengan sebelas slot PCIe 5.0 x16 dan lapan petak pemacu U.2 pertukaran panas, menjadikannya ideal untuk aplikasi pengkomputeran berbantu pemecut.
  • Pelayan Pengkomputeran Am 
    • R1520G6: Sistem pelayan 1U yang menyokong dwi Intel Xeon 6 dengan pemproses teras P. Ia menampilkan 10 petak pemacu NVMe U.2 pertukaran panas, tanpa alat, memberikan prestasi storan berkelajuan tinggi untuk pemprosesan data masa nyata, virtualisasi dan perdagangan frekuensi tinggi.
    • R2520G6: Sistem pelayan Xeon 6 dwisoket 2U direka untuk pengkomputeran dalam ingatan, menawarkan sehingga 8TB ingatan DDR5, lima slot PCIe 5.0 x16 dan pilihan storan fleksibel untuk SSD U.2 dan E1.s.
  • Pelayan Storan  
    • R2513G6: Pelayan storan soket tunggal 2U yang menyokong dua puluh empat pemacu SATA 3.5", dua pemacu NVMe 2.5" dan lapan slot ingatan DDR5, diintegrasikan dengan kad SAS RAID untuk pengurusan storan yang dipertingkat.
  • Papan Induk Gred-Pelayan 
    • SC513G6: Papan induk pelayan AI soket tunggal dalam faktor bentuk CEB standard, direka untuk berbilang penggunaan kad GPU. Ia mempunyai 8 slot DDR5 RDIMM, 5 slot PCIe 5.0 x16, 2 slot NVMe M.2 dan dengan dwi 25GbE dan satu port GbE atas papan.

Memperkasakan Perniagaan dengan Penyelesaian Boleh Diskala, Sedia Mendepani Masa Depan
Platform pelayan MiTAC yang terkini, dikuasakan oleh pemproses 6-teras Intel Xeon 6, memberikan prestasi, kualiti dan keandalan luar biasa untuk menyokong rangkaian luas beban kerja, bermula daripada AI hingga persekitaran awan yang paling mencabar. Tatkala industri-industri semakin menerima AI, pengkomputeran awan dan teknologi pinggir, MiTAC Computing tetap komited untuk menyediakan penyelesaian pelayan yang inovatif sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi pemproses. Dengan platform Intel Xeon 6 menyerlahkan kemungkinan baharu, MiTAC berdedikasi untuk menyampaikan sistem termaju yang disesuaikan dengan permintaan yang semakin berkembang bagi beban kerja yang pelbagai dan pasaran vertikal.

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation 
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyampaikan penyelesaian pelayan yang komprehensif, amat disesuaikan dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri selama lebih 20 tahun. Berkepakaran dalam pengkomputeran awan, AI dan pinggir, MiTAC Computing menyediakan platform tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI, bagi memastikan prestasi dan kebolehskalaan yang optimum.

Dengan kehadiran global dan keupayaan hujung ke hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hingga sokongan di lapangan global—MiTAC Computing menawarkan penyelesaian yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan penyejukan cecair, bersama-sama dengan integrasi produk Intel DSG baru-baru ini, MiTAC Computing menonjol untuk inovasi, kecekapan dan keandalannya, memperkasakan perniagaan untuk menghadapi cabaran masa depan.

Laman web MiTAC Computing Technology Corporation: https://www.mitaccomputing.com/

Intel, logo Intel dan tanda lain ialah tanda dagangan Intel Corporation atau subsidiarinya.

MiTAC Computing Launches Next-Generation Servers Powered by Intel Xeon 6 with P-core Processors
MiTAC Computing Launches Next-Generation Servers Powered by Intel Xeon 6 with P-core Processors

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Related Stocks:
Taiwan:3706 Tokyo:3706
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Licensing/marketing agreements New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things