omniture

ZTE sekali lagi berada dalam Senarai A CDP berprestij kerana memimpin tindakan iklim, perkukuh kepimpinan iklim global

ZTE Corporation
2025-02-25 16:39 124

SHENZHEN, China, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia terkemuka bertaraf global bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, sekali lagi diiktiraf dengan skor A CDP yang berprestij kerana memimpin tindakan iklim dalam pendedahan CDP 2024. Syarikat ini mencapai skor A dalam pelbagai kategori, termasuk emisi Skop 1, 2 dan 3, inisiatif pengurangan emisi, produk rendah karbon, dasar alam sekitar dan pendedahan risiko serta peluang. Pencapaian ini menggariskan komitmen ZTE yang tidak berbelah bahagi terhadap ketelusan alam sekitar, amalan lestari dan daya saing terasnya dalam pembangunan hijau.

ZTE again makes prestigious CDP A List for leading climate action, reinforcing global climate leadership
ZTE again makes prestigious CDP A List for leading climate action, reinforcing global climate leadership

CDP ialah sebuah organisasi bukan untung global yang mengendalikan sistem pendedahan alam sekitar dunia untuk syarikat, bandar, negeri dan wilayah. CDP memegang pangkalan data alam sekitar terbesar di dunia dan skor CDP digunakan secara meluas untuk mendorong keputusan pelaburan dan perolehan. Pada tahun 2024, lebih 24,800 syarikat, mewakili dua pertiga daripada permodalan pasaran global dilaporkan melalui CDP berhubung perubahan iklim, hutan dan keterjaminan air. Syarikat-syarikat yang dipaparkan dalam Senarai A iklim diiktiraf sebagai pengusaha utama dalam mengurangkan perubahan iklim dengan merangka strategi yang mantap dan mengambil tindakan berani.

Sebagai Pemacu Ekonomi Digital, ZTE memanfaatkan teknologi digital teras seperti 5G, data raya, pengkomputeran awan dan AI untuk membuka laluan digital hijau dan menyumbang kepada peralihan ekonomi global ke arah penyahkarbonan.

ZTE again makes prestigious CDP A List for leading climate action, reinforcing global climate leadership
ZTE again makes prestigious CDP A List for leading climate action, reinforcing global climate leadership

Bagi Operasi Hijau, ZTE membangunkan kampus pintar hijau untuk mencapai pembangunan rendah karbon melalui amalan pejabat mesra alam, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan hijau. Pada tahun 2024, syarikat ini melaksanakan beberapa inisiatif penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, lalu menghasilkan penjimatan elektrik mutlak sebanyak 45 juta kWj dan pengurangan 13.4% tahun ke tahun bagi emisi karbon Skop 1 & 2. Di samping itu, sistem fotovolta ZTE menjana 30 juta kWj tenaga elektrik setiap tahun. "Carbon Visibility App" yang dibangunkan sendiri meliputi 83% daripada kategori dan data emisi karbon utama.

Bagi Rantaian Bekalan Hijau, ZTE, menggunakan Model SMART, menyediakan panduan pengurangan karbon yang sistematik merentas lima dimensi: Strategi, Pengurusan, Perakaunan, Pengurangan dan Transmisi. Pada tahun 2024, syarikat ini membimbing 100 pembekal bagi melengkapkan audit karbon peringkat organisasi dan membantu 10 pembekal dalam menetapkan sasaran dan langkah pengurangan karbon. Tambahan pula, ZTE berkolaborasi dengan lebih 160 penyedia perkhidmatan alam sekitar di seluruh dunia untuk mewujudkan rangkaian kitar semula hijau global.

Bagi Infrastruktur Digital Hijau, penyelesaian hijau hujung ke hujung ZTE digunakan merentas lebih 30 rangkaian di seluruh dunia, meliputi lebih 1.5 juta tapak dan 250,000 kabinet pusat data, membantu pengendali global menjimatkan lebih 10 bilion kWj elektrik setiap tahun. Pada tahun 2024, produk sistem syarikat ini mencapai pengurangan sebanyak 8.39% dalam keamatan fizikal semasa fasa penggunaan dan penyelenggaraan, manakala produk terminal mencatatkan penurunan 5.02% tahun ke tahun bagi emisi mutlak dalam kitaran hayat penuhnya. Sehingga tahun 2024, ZTE menjalankan penilaian jejak karbon untuk 154 produk, merangkumi semua kategori produk.

Bagi Pemerkasaan Hijau, ZTE memanfaatkan seni bina "Digital Nebula" dan penyelesaian rangkaian-awan hijau jitu untuk memacu transformasi yang mampan. Berkolaborasi dengan lebih 2,000 rakan kongsi industri, syarikat ini melaksanakan amalan hijau 5G+ yang inovatif merentas 15 sektor utama, termasuk keluli, pembuatan elektronik, pengangkutan dan tenaga. Usaha ini membawa kepada penciptaan lebih daripada 100 senario aplikasi yang inovatif, lalu mempercepat transformasi digital, kecekapan tenaga dan pengurangan emisi merentas industri-industri.

Menerusi kepimpinannya yang berterusan dalam pembangunan hijau, sasaran jangka pendek dan jangka panjang ZTE di bawah kriteria sifar bersih SBTi menjadi rasmi pada April 2024. Ini menjadikan ZTE sebagai syarikat teknologi ICT berskala besar pertama di China yang menerima dwikelulusan daripada SBTi dan dalam masa yang sama turut mendapat tempat dalam Senarai A CDP bagi kepimpinan iklim selama dua tahun berturut-turut.

ZTE khususnya dianugerahkan Pingat Emas EcoVadis atas kecemerlangan dalam kemampanan, tersenarai dalam kedudukan antara 4% syarikat teratas di peringkat global dan 2% teratas dalam pembuatan industri peralatan komunikasi. Di samping itu, ZTE dimasukkan dalam Siri Indeks FTSE4Good untuk tahun kesembilan berturut-turut dan dipilih sebagai konstituen bagi Siri Indeks Kemampanan Korporat Hang Seng untuk tahun ke-13. Syarikat ini memenangi dua anugerah di BDO ESG Awards 2024 ke-6: "Anugerah Tema" dan "Prestasi ESG Cemerlang bagi Syarikat Saham-H".

Memandang ke hadapan, ZTE tetap komited untuk memajukan inisiatif hijaunya, berganding bahu dengan rakan kongsi global bagi membina ekosistem perindustrian yang mampan dan rendah karbon serta membentuk inovasi digital demi masa depan lestari.

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Alternative Energies Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Awards Corporate Social Responsibility Environmental Issues Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things Cision Influencer List - ESG