![]() |
SINGAPURA, 25 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Nanyang Technological University, Singapura (NTU Singapura) dan Trinasolar, penyedia penyelesaian fotovolta (PV) dan storan tenaga pintar bertaraf global, berkolaborasi untuk membangunkan sistem storan tenaga (ESS) pintar bagi meningkatkan kecekapan, keandalan dan daya maju ekonomi dalam aplikasi tenaga boleh baharu.
(L-R) Executive Director of ERI@N Professor Madhavi Srinivasan and Executive President of Trinasolar, Helena Li signed a technology research collaboration agreement at Trinasolar’s Regional Headquarters in Singapore.
Tatkala sumber tenaga solar, angin dan hidrogen berkembang di peringkat global, teknologi storan tenaga akan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan grid kuasa serta mengoptimumkan penggunaan tenaga.
Dipimpin oleh Institut Penyelidikan Tenaga @ NTU (ERI@N), kolaborasi ini bertujuan untuk membangunkan alatan dipacu AI yang dapat menambah baik keputusan pelaburan, meningkatkan kestabilan sistem melalui peramalan tenaga pintar dan menggunakan algoritma pengoptimuman pintar untuk pelbagai aplikasi storan tenaga.
Dengan menggabungkan kepakaran Trinasolar dalam teknologi PV dan ESS dengan penyelidikan terkemuka NTU dalam inovasi tenaga, kolaborasi ini bertujuan untuk menangani cabaran utama dalam storan tenaga pintar melalui tiga bidang tumpuan strategik:
NTU dan Trinasolar merasmikan perkongsian mereka melalui penandatanganan perjanjian kolaborasi penyelidikan teknologi.
Naib Presiden (Industri) NTU Profesor Lam Khin Yong, menekankan kepentingan kolaborasi industri-akademik: "Perkongsian antara NTU dan Trinasolar ini mencerminkan komitmen kami untuk memajukan teknologi tenaga yang akan menyokong usaha global menuju masa depan rendah karbon. NTU menjalin hubungan yang mendalam dengan penggiat industri dan memegang rekod prestasi yang kukuh dalam kolaborasi industri yang berjaya untuk grid kuasa tenaga boleh baharu, seterusnya mendayakan laluan pengkomersialan yang lancar untuk sebarang harta intelek yang dibangunkan melalui perkongsian bersama kami. Dengan menyelaraskan penyelidikan termaju dengan keperluan industri, kami ingin membangunkan penyelesaian yang memberi impak yang dapat membina masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan dari segi tenaga."
Helena Li, Presiden Eksekutif, Trinasolar menekankan komitmen syarikat terhadap kolaborasi penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta penyelesaian solar termaju: "Sebagai salah satu pengeluar terkemuka global bagi penyelesaian PV dan ESS dengan 30 rekod dunia yang kami capai, Trinasolar membawakan kepakarannya dalam trend pasaran storan solar global dan teknologi canggih. Kami berbangga dapat berkolaborasi bersama NTU, sebuah institusi penyelidikan terunggul yang terkenal dengan kecemerlangan akademiknya. Inisiatif ini bertujuan untuk menyampaikan nilai ketara kepada pelanggan storan tenaga, termasuk pengoptimuman kos, pulangan pelaburan (ROI) yang lebih baik dan keandalan sistem yang dipertingkat."
Trinasolar dan NTU Singapura komited untuk mempererat kolaborasi mereka dalam aplikasi storan tenaga berkuasa AI dan membangunkan inovasi untuk memenuhi permintaan sektor tenaga boleh baharu yang semakin berkembang.