BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2025) akan bermula mulai 3 hingga 6 Mac di Barcelona, Sepanyol. Buat julung kalinya, Meizu akan mempersembahkan ekosistem AI penuhnya, dengan beberapa produk canggih membuat penampilan sulung. Syarikat ini akan memaparkan temanya, "AI Illuminates a Better Life" ("AI Menerangi Kehidupan yang Lebih Baik"), mengundang penggemar teknologi dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman teknologi masa depan yang inovatif di reruai Meizu.
Di MWC 2025, Meizu akan ditempatkan di pusat pameran Fira Gran Via di Barcelona bagi mempamerkan produknya berdasarkan teknologi Flyme AIOS yang memfokuskan pada tiga bidang teras: cermin mata pintar, telefon pintar dan kereta pintar. Di samping itu, mereka akan mempersembahkan produk-produk seperti jam tangan pintar dan tablet luar negara, menyerlahkan visi terhubung silang peranti yang lancar bagi kehidupan pintar masa depan.
Sebagai sebuah syarikat teknologi global, Meizu ialah jenama telefon pintar DreamSmart Group yang membawa produk-eko AI dalam tiga bidang produk iaitu telefon pintar, XR dan kereta pintar. Dengan kepakaran teknologi yang mendalam dalam pelbagai industri, DreamSmart diiktiraf sebagai peneraju dalam ekosistem pintar.
Di MWC 2025, Meizu akan membawakan beberapa sorotan untuk acara ini. Selain produk-produk popular seperti siri Meizu 21 dan cermin mata StarV AR, Meizu akan memperkenalkan beberapa model telefon pintar luar negara baharu, termasuk Meizu Note 22, Meizu Note 22 Pro, Mblu 22, Mblu 22 Pro dan sebagainya yang direka khusus untuk pasaran antarabangsa dalam separuh pertama tahun 2025. Meizu akan turut bekerjasama dengan China Mobile dan China Unicom bagi mempamerkan cermin mata pintarnya dan produk ekosistem pintar AloT yang lain. Cermin mata AR dengan ciri pemberitahuan khususnya, yang mendapat populariti di China, akan turut membuat kemunculan. Selain telefon pintar dan cermin mata pintar, produk-produk teknologi lain seperti sistem pengendalian kabin pintar dan cincin pintar juga akan diperkenalkan.
MWC ialah pameran yang paling berwibawa dalam bidang komunikasi global. Dengan tema "Converge, Connect, Create" ("Bertumpu, Berhubung, Mencipta"), MWC 2025 akan menghimpunkan syarikat teknologi terkemuka, peneraju industri dan pakar untuk membincangkan trend terkini, aplikasi inovatif dan hala tuju masa depan industri teknologi global. Dengan mempamerkan ekosistem AI penuhnya di MWC 2025, Meizu menyasarkan untuk menunjukkan daya tarikan jenamanya, menerajui inovasi teknologi dengan ekosistem AInya dan meluaskan kehadiran globalnya. Pada masa ini, telefon pintar Meizu dijual di lebih 30 negara dan wilayah, termasuk Asia-Pasifik, Amerika Latin, Timur Tengah dan Eropah. Cermin mata pintar XR menjadi popular di Amerika Utara dan Eropah, manakala kenderaan yang dilengkapi Flyme Auto telahpun dieksport ke Timur Tengah, Eropah Timur dan Asia-Pasifik. Dengan inovasi produk dan pengaruh jenama memacu pertumbuhannya, Meizu terus mengorak langkah dalam usaha globalisasinya. Mari kita nantikan persembahan Meizu yang menarik di MWC 2025!