omniture

SUNHOME bakal Perkenal Julung Kali Sistem Tenaga Kediaman Pintar untuk Pasaran Global di Thailand

SUNHOME
2025-02-26 17:26 16

BANGKOK, 26 Februari 2025 /PRNewswire/ -- SUNHOME, jenama teknologi dalam sektor tenaga kediaman pintar, bersedia untuk memperkenalkan inovasi terkininya di sebuah acara pelancaran global di Thailand pada 27 Februari. Di bawah tema "Bright Tomorrow Starts Today" ("Masa Depan Cerah Bermula Hari Ini"), acara ini akan memperkenalkan sistem tenaga rumah komprehensif semua-dalam-satu SUNHOME yang menyaksikan kemajuan ketara dari segi bagaimana isi rumah menjana dan mengurus tenaga.

Memperkenalkan Sistem Tenaga Pintar, Mampan

Tatkala permintaan tenaga global meningkat dan kebimbangan terhadap alam sekitar semakin bertambah, peralihan ke arah tenaga boleh baharu menjadi sangat mustahak. Sistem tenaga kediaman pintar menawarkan kepada keluarga dengan kebebasan tenaga, memberikan faedah ekonomi jangka panjang dan menjadikan kehidupan mampan sebagai sesuatu yang praktikal dan juga mudah diakses.

Sistem tenaga kediaman termaju, semua-dalam-satu SUNHOME menggabungkan penjanaan tenaga solar, storan pintar, pengecasan yang cekap dan pengurusan tenaga dipacu AI. Disesuaikan untuk pelbagai jenis perumahan—termasuk vila, rumah bandar dan pangsapuri—sistem ini membolehkan 100% penggunaan sendiri tenaga boleh baharu, seterusnya mengurangkan kos elektrik dengan berkesan dan menggalakkan kemampanan.

"Menerusi kepakaran mendalam kami dalam sektor tenaga pintar, kami komited untuk memperkasakan isi rumah dengan teknologi yang meningkatkan kecekapan tenaga sekali gus menyokong planet yang lebih bersih," kata Winson Jiao, Presiden SUNHOME Global. "Pengembangan global kami mencerminkan dedikasi kami untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga rumah yang pintar, andal dan mesra alam."

Platform teknologi 'Power-Magic Cube' SUNHOME membawakan penjanaan kuasa solar berkecekapan tinggi dan pengoptimuman dipacu AI yang memastikan output tenaga maksimum dan dalam masa yang sama mencapai penyesuaian dengan grid tempatan. Teknologi ini menyumbang kepada usaha keneutralan karbon global, menyokong matlamat kemampanan serantau dan peralihan yang lebih luas ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih.

Dengan menawarkan ekosistem perkhidmatan yang komprehensif—bermula daripada reka bentuk sistem dan pembiayaan kepada pemasangan, penyelenggaraan dan penaiktarafan—SUNHOME memastikan pengalaman pengguna yang lancar. Komitmennya terhadap sistem tersuai bererti isi rumah di seluruh dunia akan mendapat manfaat daripada sistem tenaga yang disesuaikan dengan keadaan iklim, infrastruktur grid dan rangka kerja dasar yang berbeza.

Latar Belakang SUNHOME

Ditubuhkan pada tahun 2013, SUNHOME ialah jenama teknologi dalam sektor tenaga kediaman pintar global, menawarkan sistem tenaga kediaman pintar yang mengintegrasikan fotovolta, storan tenaga, pengecas EV dan pengurusan tenaga.

Sebagai perintis dengan kepakaran selama lebih sedekad dalam bidang tenaga rumah, kami memfokuskan pada teknologi loji janakuasa yang dibangunkan sendiri secara tindanan penuh sebagai inovasi teras kami. Ini membolehkan kami membina sistem perkhidmatan komprehensif yang meliputi penjanaan kuasa solar, storan tenaga pintar, pengecasan cekap dan pengurusan tenaga, memperkasakan isi rumah di seluruh dunia untuk mengamalkan gaya hidup tenaga hijau dan pintar dengan lancar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.sunhomeplant.com atau hubungi:

marketing@sunhome.com

Source: SUNHOME
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Utilities New products/services Future Events