SINGAPURA, 27 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Edisi ke-2 bagi Ekspo Fotonik Asia (APE) 2025 dibuka secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands. Berlangsung mulai 26 hingga 28 Februari, APE 2025 menghimpunkan peneraju industri dan penginovasi global untuk berinteraksi, berkolaborasi dan mendorong peluang perniagaan. Sebagai platform utama Asia untuk sektor fotonik, acara ini mempamerkan kemajuan terkini dalam komunikasi optik, optik, laser, penderiaan, teknologi kuantum serta paparan.
Pentas Global untuk Inovasi Fotonik
Di bawah tema "Pintu Masuk ke Pasaran Fotonik di Asia", APE 2025 dijangka akan mengalu-alukan lebih 5,000 ahli profesional industri dan membawakan 344 peserta pameran dari 16 negara dan wilayah, termasuk pavilion nasional dan serantau dari Singapura, Eropah, Jerman, Korea Selatan, Jepun, Malaysia dan China. Menjangkau keluasan 15,000 meter persegi, pameran ini menampilkan zon teknologi khusus untuk Kuantum, Penderia Pintar dan Salutan Vakum, menonjolkan kemajuan termaju yang membentuk masa depan fotonik.
Sebagai hab industri yang utama, APE 2025 menghimpunkan pengeluar, perintis penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembeli untuk menemui teknologi rintis, memupuk perkongsian strategik dan mengukuhkan hubungan rantaian bekalan global merentas industri-industri seperti semikonduktor, automotif, teknologi perubatan (MedTech), automasi dan barangan elektronik pengguna.
En. Sukumar Verma, Pengarah Urusan di Informa Markets di Singapura, berkata: "Susulan kejayaan pelancaran pada tahun 2024, edisi kedua APE ditempatkan secara unik bagi membina pasaran B2B untuk sektor optik, laser, inframerah, penglihatan mesin, pengimejan industri, penderiaan dan pengukuran. Ia akan membawa ke pasaran peserta pameran dari geografi baharu, serta pelbagai perkongsian baharu yang akan membawa pembeli daripada vertikal industri yang berbeza. Kami bersyukur atas sokongan berterusan daripada rakan kongsi tempatan dan antarabangsa kami."
Prof. Tjin Swee Chuan, Pengerusi LUX Photonics Consortium, menekankan peranan penting Singapura dalam pembangunan fotonik: "LUX Photonics Consortium menyumbang kepada pemupukan ekosistem fotonik yang berkembang pesat di Singapura, bertambah daripada 12 ahli industri pengasas kepada komuniti rancak semasa yang terdiri daripada lebih 150 rakan kongsi industri dan penyelidikan daripada NTU, NUS, SUTD dan A*STAR. Melalui kolaborasi LUX bersama Informa di Ekspo Fotonik Asia 2025, kami beraspirasi untuk meningkatkan lagi kolaborasi industri-akademik ini bagi memacu inovasi fotonik, lantas memberi kedudukan kepada Singapura sebagai hab utama dalam landskap fotonik antarabangsa."
Di samping itu, majlis perasmian menampilkan ucaptama oleh En. Carlos Lee, Ketua Pengarah European Photonics Industry Consortium, yang berkongsi pandangan mengenai pasaran fotonik Eropah dan peluang untuk menjalin kolaborasi rentas serantau dan berkata: "APE memainkan peranan yang bermakna dalam membantu syarikat-syarikat Eropah menjalin hubungan yang berharga untuk memahami industri fotonik di Asia."
Sebuah Pameran dan banyak lagi
Disokong oleh rakan kongsi industri dan persatuan tempatan dan serantau yang mantap termasuk Lux Photonics Consortium, Persatuan Industri Semikonduktor Singapura, Persekutuan Industri Jentera & Kejuruteraan dan banyak lagi - APE 2025 akan menyampaikan barisan persidangan selama tiga hari yang dinamik, menampilkan perbincangan yang merangsang pemikiran tentang topik-topik utama yang membentuk masa depan fotonik. Acara ini juga akan menjadi tuan rumah kepada delegasi serantau dari Malaysia dan Thailand, lantas memperkukuh kedudukannya sebagai platform utama untuk perniagaan dalam sektor fotonik.
Perry Shum, Presiden Persatuan Fotonik IEEE, menekankan peranan APE sebagai pemangkin untuk kolaborasi dan kemajuan: "Ekspo Fotonik Asia adalah lebih daripada pameran penyelidikan dan teknologi termaju; ia merupakan platform yang rancak untuk kolaborasi, pembelajaran dan inspirasi. Acara ini memupuk pertukaran idea, jalinan perkongsian - membentuk masa depan fotonik."
APE 2025 dijangka akan menawarkan peluang yang tiada tandingan kepada ahli profesional industri, penyelidik dan pemimpin perniagaan untuk berkolaborasi dan meneroka teknologi rintis, berhubung dengan pakar global dan menjalin perkongsian. Pendaftaran adalah percuma dan acara ini masih dibuka hingga 28 Februari 2025 di Singapura.
Untuk senarai peserta pameran - https://exhibitors.informamarkets-info.com/event/2025APE/en-US
Untuk program persidangan - https://www.asiaphotonicsexpo.com/hyylb