omniture

worldmobile.com Memperkenalkan eSIM Data Tanpa Had Pertama di Dunia yang Meliputi Seluruh Dunia - Diiktiraf sebagai Inovator ITB 2025

worldmobile.com
2025-02-28 09:00 111

BERLIN, 28 Februari 2025 /PRNewswire/ -- worldmobile.com telah dinamakan sebagai Inovator ITB 2025 oleh ITB Berlin, acara pelancongan terkemuka di dunia, kerana merevolusikan kesalinghubungan perjalanan global. Pengiktirafan ini menunjuksn komitmen worldmobile.com terhadap komunikasi yang lancar dan kos efektif untuk pengembara melalui eSIM data tanpa had di seluruh dunia.

 

 

Selama bertahun-tahun, pengembara antarabangsa telah bergelut dengan yuran perayauan yang tinggi, pertukaran kad SIM yang kerap, dan Wi-Fi yang tidak konsisten. Sejak 2019, worldmobile.com telah bekerjasama dengan 250+ rangkaian mudah alih untuk menangani cabaran ini. eSIM perjalanan tanpa had ini, boleh didapati dengan pembelian segera dalam talian, memastikan pengembara kekal terhubung di seluruh dunia tanpa gangguan.

Sambungan Global Tanpa Had dan Mudah

Tidak seperti eSIM tradisional, satu eSIM worldmobile.com boleh digunakan di 120+ destinasi. Menampilkan data tanpa had 5G/4G di seluruh dunia, ia disambungkan secara automatik ke rangkaian tempatan terbaik yang tersedia, memberikan sambungan berkelajuan tinggi yang konsisten di mana sahaja anda berada.

Dengan tempoh sah lima tahun, pengembara boleh menggunakan semula eSIM yang sama untuk beberapa perjalanan - tiada penggantian atau pemasangan rumit diperlukan. Pelan bermula pada hanya $9.90, menjadikannya alternatif yang telus dengan harga yang berpatutan kepada pilihan perayauan tradisional. Selain itu, sokongan pelanggan pelbagai bahasa 24/7 memastikan pengalaman yang lancar tanpa tekanan.

Pencetus Perubahan untuk Pengembara & Pengembara Perniagaan

Haim Boukai, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan di worldmobile.com, menyatakan:

"Dalam dunia hari ini, kekal dalam talian bukanlah satu keistimewaan - ia satu keperluan. Diiktiraf sebagai Inovator ITB 2025 mengesahkan misi kami untuk menetapkan standard global baharu dalam kesalinghubungan perjalanan. Dengan jumlah persinggahan dan perjalanan pelbagai negara yang semakin meningkat, eSIM tradisional semasa tidak memberikan penyelesaian yang baik, mana kala eSIM perjalanan tanpa had kami adalah satu-satunya di dunia yang menjanjikan kesalinghubungan perjalanan tanpa had di seluruh dunia."

Menurut IATA, 70% pengembara antarabangsa ada penerbangan sambungan dan membuat perjalanan pelbagai negara, di mana eSIM satu negara tradisional sering gagal. Anugerah Inovator ITB 2025 mengesahkan usaha worldmobile.com untuk menjadikan sambungan perjalanan benar-benar tanpa sempadan.

Integrasi Lancar & Potensi Pendapatan Tinggi

Bagi perniagaan perjalanan, bekerjasama dengan worldmobile.com bermaksud meningkatkan pengalaman pelanggan sekaligus meningkatkan pendapatan. Menawarkan eSIM tanpa had memenuhi permintaan pengembara yang semakin meningkat untuk internet tanpa had dan tanpa gangguan, mengukuhkan kesetiaan jenama dan kepuasan pelanggan.

Perniagaan boleh mengintegrasikan eSIM worldmobile.com dengan mudah menerusi widget, portal pesanan, atau API. Dengan bahagian pendapatan tertinggi dalam industri ini, ia membuka peluang yang lumayan untuk agensi pelancongan, penyedia hospitaliti, syarikat penerbangan, dan perniagaan perjalanan lain.

Apabila permintaan sambungan eSIM perjalanan meningkat, eSIM tanpa had worldmobile.com menetapkan penanda aras industri baharu, memastikan pengembara dan syarikat perjalanan kekal di hadapan dalam dunia yang sangat terhubung.

Lawati worldmobile.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Video: https://www.youtube.com/shorts/ipR-wWH-e28
Photo: https://mma.prnasia.com/media2/2628494/worldmobile.jpg?p=medium600

 

worldmobile.com has been named an ITB Innovator 2025 by ITB Berlin, the world’s leading travel event, for revolutionizing global travel connectivity. This recognition highlights worldmobile.com’s commitment to seamless, cost-effective communication for travelers through its unlimited data worldwide eSIM.
worldmobile.com has been named an ITB Innovator 2025 by ITB Berlin, the world’s leading travel event, for revolutionizing global travel connectivity. This recognition highlights worldmobile.com’s commitment to seamless, cost-effective communication for travelers through its unlimited data worldwide eSIM.

 

Source: worldmobile.com
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel New products/services