omniture

Beta Tertutup 2 Ragnarok Landverse Genesis Bermula

Maxion Pte. Ltd.
2025-03-03 08:19 19

SINGAPURA, 3 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Ujian Beta Tertutup 2 (CBT2) Ragnarok Landverse Genesis dijadualkan berlangsung mulai 17 hingga 23 Mac 2025. Pengumuman ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, pemain dan penggemar web3 Ragnarok Online.

Close Beta 2 is coming!
Close Beta 2 is coming!

Ragnarok Landverse Genesis ialah versi Web3 bagi versi PC Ragnarok Online yang ikonik, satu perkongsian antara GRAVITY (pemegang IP untuk Ragnarok Online) dengan MAXION, SKY MAVIS dan ZENTRY. Ragnarok Landverse Genesis menyasarkan untuk memperbaharui pengalaman MMORPG klasik ini yang menampilkan NFT boleh kumpul dan elemen Play To Earn (Main Untuk Peroleh) melalui ekosistem RONIN.

MAXION, yang memperkenalkan Ragnarok Landverse pada September 2023, menyaksikan kejayaan yang penting, dengan lebih 500,000 muat turun di seluruh dunia. Peralihan kepada Ronin akan meningkatkan kebolehskalaan dan keselamatan untuk Ragnarok Landverse. Pemain boleh menantikan pengalaman imersif yang lancar yang merapatkan jurang dengan permainan terpencar.

"Semasa kami membangun ke arah web3, masa depan untuk Ragnarok Landverse Genesis harus merangkumi komuniti. Beta Tertutup akan menjadi satu pencapaian pembangunan yang penting tatkala kami maju ke hadapan. Kami ingin semua pemain berasa selamat mengambil bahagian dalam aktiviti permainan," kata En. Shotiwan Wattanalarp, Ketua Pegawai Eksekutif MAXION.

Beta Tertutup 2 menyediakan binaan permainan yang lebih cemerlang, ciri-ciri web3 dan akses kepada ekonomi terpencar yang lebih luas menggantikan perkhidmatan Ragnarok Landverse semasa.

Pemain boleh menantikan satu siri acara dan ganjaran eksklusif untuk fasa CBT2 ini, termasuk;
- Pasaran akan dibuka.
- Kempen prajualan yang menawarkan beberapa tawaran pakej termasuk kotak rawak premium.
- Nantikan pelancaran aplikasi air drop.

Daftar hari ini di https://rolg.maxion.gg/ 

Ciri-ciri Teras Ragnarok Landverse Genesis

Mod Sistem Automatik
- Kekal produktif walaupun semasa AFK! Ciri ini membolehkan watak anda terus mengembara, bertarung dan menyimpan barang rampasan secara automatik.

Perang Emperium
- Terlibat dalam pertempuran Perseikatan lwn. Perseikatan epik di mana perseikatan yang menang menuntut istana sebagai ibu pejabat mereka, mengukuhkan legasi mereka.

Integrasi Web3 & Blok Rantai
- Nikmati pasaran yang selamat untuk memperdagangkan aset dalam permainan, item dan token dengan nilai dunia sebenar, dikuasakan oleh teknologi blok rantai.

Latar Belakang Ragnarok Landverse Genesis
Genre: MMORPG
Platform: PC Windows
Laman Web: https://rolg.maxion.gg/
X: https://x.com/ROL_Genesis 

Latar Belakang Maxion

Maxion: Memimpin Masa Depan Permainan Web3

Di Maxion, kami membawakan IP terbesar ke blok rantai, menghubungkan berjuta-juta pemain di seluruh dunia melalui Zentry Universe.

Misi kami adalah untuk memperkasakan pemain dengan pemilikan sebenar aset dalam permainan. Dengan memanfaatkan infrastruktur, dompet dan pasaran MAX, kami mentransformasikan permainan Web3 menjadi pengalaman yang menyeronokkan, boleh diakses dan mampan untuk penerimaan secara besar-besaran.

Sebagai studio utama Zentry, kami berada di tengah-tengah ekosistem metapermainan—dunia permainan Web3 yang saling terhubung. Melalui perkongsian bersama Gravity, kami melancarkan pelayan Ragnarok Landverse baharu pada Ronin. Kolaborasi ini melangkaui permainan, dengan Zentry turut mendapat peranan pengesah nod pada Ronin, lalu mengukuhkan kehadiran kami dalam bidang blok rantai.

 

Source: Maxion Pte. Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Blockchain