omniture

Tamarind Energy Umumkan Pelantikan Ron Aston sebagai Naib Pengerusi Syarikat

Tamarind Energy
2015-03-18 21:14 143

KUALA LUMPUR, Malaysia dan NEW YORK, 18 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Tamarind Energy ("Tamarind") berbesar hati mengumumkan pelantikan Ron Aston sebagai Naib Pengerusi Tamarind. Dengan lebih 30 tahun dalam industri minyak dan gas, En. Aston membawakan kekayaan pengalaman, hubungan dan pengetahuan kepada pasukan tersebut.

Setelah bersara baru-baru ini daripada Talisman Energy yang mana beliau bertindak sebagai Naib Presiden Kanan dan Pengurus Negara Malaysia, 15 tahun terakhir En. Aston di Asia Tenggara telah memberikan beliau kepakaran signifikan di rantau ini bersama salah satu bekas firma bebas utama di rantau ini.

En. Aston telah memegang jawatan kewangan kanan dan pengurusan am di pengendali utama di Malaysia, Indonesia serta Myanmar, termasuk Conoco, Cities Service, Elf Aquitane (Total) dan Premier Oil. Memanfaatkan pengalaman ini, En. Aston membawakan pengetahuan lanjut dan rangkaian industri mendalam yang dapat memberi manfaat kepada pasukan Tamarind. En. Aston juga telah bertindak sebagai Presiden Asosiasi Petroleum Indonesia (IPA), badan perwakilan industri di Indonesia, yang mana En. Aston telah membina perhubungan yang lebih kukuh antara industri dan kerajaan.

"Ron Aston membawakan semangat yang hebat serta rangkaian yang bernilai kepada peranannya," ujar Ian Angell, Ketua Pegawai Eksekutif Tamarind. "Saya begitu gembira bekerja bersama Ron di Asia bagi sebahagian besar daripada lima belas tahun lalu, dan saya berharap dapat membina serta meneruskan hubungan kukuh kami bagi pihak Tamarind."

Pengarah Urusan Kanan Blackstone, Angelo Acconcia berkata, "Kehadiran Ron dalam pasukan ini dan Lembaga Pengarah Tamarind akan terus mengukuhkan kepakaran signifikan, kejayaan rekod pencapaian, perhubungan serta sumber yang dimiliki dan juga dapat ditawarkan oleh Tamarind. Beliau mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap rantau ini dan set perhubungan yang akan menjadi penting untuk Tamarind dan kejayaannya ketika ia terus membina reputasi serta kehadiran di rantau ini dan juga menyampaikan komitmennya bagi menjadi rakan kongsi terbaik dalam kelasnya."

En. Aston memiliki Ijazah Kehormat dalam Ekonomi dan Politik daripada University of Leeds selain merupakan siswazah Program Pengurusan Lanjutan di INSEAD, Fountainbleau di Perancis. En. Aston juga merupakan Akauntan Berdaftar dan Ahli Institut Akauntan Berdaftar England & Wales (ICEAW) yang disegani.

Latar Belakang Tamarind

Tamarind baru-baru ini ditubuhkan sebagai syarikat portfolio Blackstone dengan komitmen modal sebanyak AS$800 juta daripada dana ekuiti persendirian Blackstone untuk memberi tumpuan khusus terhadap minyak dan gas di Asia Tenggara. Pasukan pengurusan Tamarind terdiri daripada eksekutif kanan dengan pengalaman signifikan merentasi pelbagai basin di Asia Tenggara, berserta rekod pencapaian terbukti dalam  menyiapkan projek kompleks dengan selamat sambil menghasilkan nilai signifikan untuk rakan kongsi korporat dan kerajaan tuan rumah. Tamarind akan menumpukan kepada mengembangkan penghasilan dan rizab daripada pengeluaran lapangan minyak dan gas sambil membangunkan penemuan dengan cekap serta menetapkan potensi penerokaan untuk membina portfolio berkualiti tinggi.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.tamarindenergy.com.

Latar Belakang Blackstone Energy Partners dan Blackstone

Blackstone Energy Partners merupakan perniagaan ekuiti persendirian berfokus tenaga milik Blackstone, dengan rekod kejayaan yang terbina atas kepakaran industri dan perkongsian Blackstone dengan pasukan pengurusan yang hebat. Blackstone telah melabur kira-kira $8 bilion ekuiti di peringkat global merentasi pelbagai rangkaian sektor dalam industri tenaga.

Blackstone merupakan salah satu firma pelaburan utama dunia. Kami berusaha menghasilkan impak ekonomi yang positif dan nilai jangka panjang untuk pelabur kami, syarikat yang kami berikan pelaburan, dan komuniti di mana kami bekerja. Kami melakukannya dengan menggunakan bakat luar biasa dan modal fleksibel untuk membantu syarikat-syarikat menyelesaikan masalah.  Perniagaan pengurusan aset kami, dengan hampir $300 bilion aset dalam pengurusan, termasuk bentuk pelaburan yang bertumpu kepada ekuiti persendirian, hartanah, hutang awam dan ekuiti, kredit gred bukan pelaburan, aset nyata, dan dana sekunder, semuanya pada tahap global. Blackstone turut menyediakan pelbagai khidmat nasihat kewangan, termasuk khidmat nasihat kewangan dan strategik, khidmat nasihat penstrukturan semula dan penyusunan semula, serta perkhidmatan penempatan dana.

Maklumat lanjut disediakan di www.blackstone.com. Ikuti kami di Twitter di @Blackstone.

Hubungi:

Hal Ehwal Awam
Blackstone
New York
+1-212-583-5263

Citigate Dewe Rogerson 
Charlotte Bilney, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama, APAC
+852-9314-3463 
Amy Leung, Pengarah Sekutu
+852-9327-3335 

Source: Tamarind Energy
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Personnel announcements