BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Huawei Cloud Commercial Vehicle Autonomous Driving Cloud Service (CVADCS) dengan gembiranya mengumumkan penampilan sulungnya di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2025, yang mempamerkan kemajuan perintis dalam pemanduan pintar yang disesuaikan untuk industri perlombongan. Ini merupakan pelancaran antarabangsa pertama CVADCS, lalu menekankan komitmen kami terhadap inovasi teknologi dan pengembangan pasaran di luar China.
Di MWC 2025, Huawei Cloud CVADCS akan mendemonstrasikan bagaimana ia mentransformasikan operasi perlombongan lubang terbuka melalui sinergi awan-kenderaan pintar. Dengan peningkatan yang luar biasa dalam kecekapan operasi sehingga 135%, penyelesaian kami memudahkan pemanduan pintar yang selamat dan cekap. Lombong Yulong di Tibet, beroperasi pada altitud 5,000 meter menjadi bukti keupayaan teknologi kami, membawakan pemanduan pintar yang biasa dalam keadaan melampau.
Huawei Cloud CVADCS menyasarkan untuk menetapkan penanda aras baharu bagi penaiktarafan pintar dalam sektor perlombongan di peringkat global. CVADCS kami menggabungkan teknologi sensor termaju dan analitis data untuk memastikan operasi diteruskan dengan lancar, walaupun dalam keadaan cuaca yang buruk seperti angin kencang dan ribut debu dengan jarak penglihatan menurun kepada 40 meter. Penyelesaian yang mantap ini menjamin penentududukan dan prestasi yang tepat, mengupayakan kebolehsesuaian masa nyata kepada persekitaran dan halangan jalan raya yang kompleks.
Ciri-ciri Utama CVADCS:
Keupayaan Kenderaan:
Pengurusan disatukan dan penjadualan fleksibel berbilang kenderaan dan kumpulan untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Pemantauan masa nyata status kenderaan, dengan peta dinamik dikemas kini dalam beberapa minit untuk memastikan penjanaan automatik dan kedudukan tepat bagi tapak pengumpulan, pemuatan dan pembuangan.
Keupayaan Awan:
Keupayaan penderiaan tertumpu membolehkan operasi tanpa gangguan dalam keadaan cuaca buruk dengan jarak penglihatan yang kurang baik iaitu 40 meter, memastikan keandalan dan keselamatan.
Teknologi penentududukan tertumpu memberikan kejituan dan keteguhan, mengekalkan prestasi masa nyata walaupun mengalami pelbagai gangguan.
Sistem kawalan yang tepat menyediakan penjejakan dan pengawasan operasi kenderaan perlombongan pintar, mengoptimumkan prestasi dan keselamatan.
Sebagai tambahan kepada pengurusan penjadualan kumpulan kenderaan dan pemantauan masa nyata, CVADCS menggunakan platform penyeliaan sofistikated yang menilai kesihatan kedua-dua komponen perisian dan perkakasan secara berterusan. Ini termasuk pemeriksaan kendiri kesihatan, pelaporan penggera dan analisis kerosakan untuk penyelenggaraan dan pemulihan yang proaktif. Dengan menganalisis data pengeluaran, sistem kami boleh meramalkan trend dan melaraskan dasar operasi, manakala peta perkhidmatan dikemas kini secara dinamik, lalu membolehkan penentududukan kawasan operasi yang tepat tanpa intervensi manual.
Dengan meningkatkan sinergi antara sistem kenderaan dan awan, Huawei Cloud CVADCS meningkatkan kecekapan pemanduan pintar dengan ketara, mengatasi kaedah manual tradisional.
Tatkala kami meluaskan jejak kami di peringkat global, Huawei Cloud CVADCS berdedikasi untuk memperkenalkan model operasi yang pintar dan cekap kepada pelbagai sektor, termasuk lombong, pelabuhan dan kampus. Melalui inovasi dan pengoptimuman teknologi yang berterusan, kami komited untuk menggalakkan pembangunan mampan dalam industri perlombongan global dan seterusnya.
Sertai kami di MWC 2025 untuk menyaksikan masa depan teknologi perlombongan dan temui bagaimana Huawei Cloud CVADCS memacu transformasi pintar dalam industri ini.
Latar Belakang Huawei Cloud CVADCS
Huawei Cloud CVADCS ialah platform sinergi awan-kenderaan pintar yang dibangunkan oleh Huawei Cloud yang direka untuk memperkasakan industri perlombongan dengan pemanduan pintar menerusi sambungan termaju, analitis data dan penyelesaian dipacu AI. CVADCS mengintegrasikan teknologi canggih seperti 5G, IoT, data raya dan kecerdasan buatan bagi mengupayakan pengurusan dan operasi kenderaan yang lebih pintar, lebih selamat dan lebih cekap. Ia berperanan sebagai jambatan antara kenderaan dan awan, memudahkan komunikasi yang lancar, pemprosesan data masa nyata serta proses membuat keputusan yang bijak.