omniture

Persidangan Rakan Kongsi Global Kingdee Group 2025: Perkasa Rakan Kongsi Global demi Kecemerlangan Bertaraf Dunia

Kingdee
2025-03-03 15:08 25

XI'AN, China, 3 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 1 Mac 2025, Persidangan Rakan Kongsi Global Kingdee Group telahpun diadakan di Bandar Xi'an. Persidangan ini dianjurkan oleh Kingdee Group (0268.HK). Lebih daripada 2,000 rakan kongsi ekologi Kingdee dari China, Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah dan wilayah-wilayah lain berhimpun untuk membincangkan bersama-sama landskap ekologi digital global yang dipacu oleh teknologi AI.

Di persidangan ini, Shaochun XU, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif Kingdee menyatakan, "Kemajuan rintis Deepseek menandakan ketibaan era sebenar popularisasi AI. Saya benar-benar percaya bahawa dekad keemasan AI+SaaS global telahpun tiba. Kingdee akan tetap komited kepada strategi AI-diutamakan, langganan-diutamakan dan kualiti-diutamakan, sekali gus terus meninjau peluang baharu secara berterusan dalam aplikasi berasaskan senario dan pengembangan antarabangsa. Pada masa lalu, perusahaan Cina sebahagian besarnya bergantung pada standard pengurusan asing. Namun hari ini, kita haruslah benar-benar mengintegrasikan model 'AI+SaaS' ke dalam landskap perniagaan China dan mewujudkan amalan terbaik."

Yong ZHANG, Presiden Kingdee Group, menyatakan, "Memandang ke hadapan, Kingdee berdedikasi untuk membina awan pengurusan perusahaan dipacu AI yang bertaraf dunia dan membangunkan penyelesaian berdasarkan strategi dipacu-senario, AI-diutamakan dan global. Kingdee akan sentiasa meletakkan teknologi dan inovasi sebagai kekuatan kompetitif terasnya dan menjadikan AI sebagai tonggak utama dalam strategi kami untuk memperkasakan pertumbuhan rakan kongsi ekosistem."

Setakat ini, ekosistem Kingdee mencakupi lebih 5,000 rakan kongsi, dengan hampir 250 rakan kongsi ISV membangunkan produk digital pada platform Kingdee Cosmic yang meliputi lebih daripada 170 negara dan wilayah. Mewujudkan ekosistem rakan kongsi global menjadi inisiatif utama dalam strategi pengantarabangsaan Kingdee. Di persidangan ini, Kingdee mengadakan majlis penandatanganan dengan rakan kongsi dari 10 negara dan wilayah. Sepanjang tiga dekad yang lalu, Kingdee menjadi syarikat SaaS awan pengurusan perusahaan yang terkenal di peringkat global. Melalui kolaborasi bersama rakan kongsi yang sealiran, Kingdee komited untuk memanfaatkan teknologi AI bagi membentuk semula ekosistem pasaran perisian global dan memperkasakan perusahaan di seluruh dunia dalam perjalanan mereka menuju kecemerlangan bertaraf dunia.

Source: Kingdee
Related Stocks:
HongKong:0268 OTC:KGDEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Artificial Intelligence