omniture

CMEF ke-91 Perkenal Trend Terkini dalam Industri Peranti Perubatan

CMEF
2025-03-04 08:42 21

China berkembang pesat dalam industri, mempunyai lebih daripada 34,000 syarikat peranti perubatan dan memimpin kemajuan dalam teknologi AI.

SHANGHAI, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Peralatan Perubatan Antarabangsa China (CMEF) ke-91, pameran peranti perubatan terulung di dunia dijadualkan berlangsung mulai 8-11 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan, Shanghai. Acara ini akan mempamerkan inovasi industri merentas ruang pameran berkeluasan 350,000 meter persegi, menampilkan 5,000 jenama global dan menjangkakan lebih 200,000 pengunjung dari lebih 150 negara dan wilayah.


Sejak pelancarannya pada tahun 1979, CMEF dwitahunan ini berkembang menjadi platform yang paling komprehensif dalam industri teknologi perubatan global, mengintegrasikan inovasi teknologi, pelancaran produk, rangkaian perniagaan, promosi jenama, pertukaran akademik dan analisis trend. Edisi ke-91 akan membawakan peneraju industri termasuk United Imaging, GE Healthcare, Mindray, Philips, Shinva, Yuwell dan China National Medical Device, mempamerkan berpuluh-puluh ribu produk berserta penampilan perdana global, lalu menekankan pengaruh China yang semakin berkembang dalam inovasi teknologi perubatan.

Industri peranti perubatan China memantapkan kedudukannya sebagai peneraju global, memiliki lebih 34,000 syarikat dan portfolio luas dengan 301,639 pendaftaran dan pemfailan peranti perubatan yang sah setakat Jun 2023. Produk domestik mendominasi pasaran, mewakili 91.22% (275,158) daripada jumlah pendaftaran, manakala produk yang diimport menyumbang sebanyak 264,871. Pengembangan pesat sektor ini didayakan oleh anjakan demografi, pendapatan yang semakin meningkat, kesedaran kesihatan yang semakin bertambah dan sokongan kerajaan yang padu.

Mulai tahun 2014 hingga 2024, Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan memberi kebenaran kepada 315 peranti perubatan yang inovatif, dengan 272 berasal daripada pengeluar domestik dan 43 daripada 24 syarikat antarabangsa merentas enam negara.

Inovasi yang menonjol termasuk:

  • Pembantu Berkuasa-AI untuk Revolusi Penjagaan Kesihatan: Memanfaatkan teknologi seperti pengecaman pertuturan, model teks perubatan besar dan kecerdasan terkandung, uAI Avatar—pembantu pintar—boleh berinteraksi dengan doktor, membantu dalam pengendalian peralatan dan mendapatkan maklumat kritikal. Dengan meningkatkan kecekapan dan ketepatan, ia mentakrifkan semula masa depan amalan perubatan.
  • Pilihan Baharu untuk Rawatan Obesiti: Sistem Sten Pintasan Gastrik yang terdiri daripada sistem penghantaran dan perolehan semula, diletakkan melalui endoskopik dalam duodenum dan jejunum atas. Ia meniru kesan pembedahan pintasan gastrik tanpa mengubah anatomi gastrousus, mengurangkan penyerapan nutrien dan membantu penurunan berat badan.
  • Bahan Termaju untuk Penggantian Pinggul: Komponen prostesis pinggul seramik zirkonia, dihasilkan menggunakan teknik pensinteran kitaran suhu tinggi-rendah, mengurangkan suhu pensinteran sambil meningkatkan resapan sempadan bebutir.
  • Teknologi Termaju untuk Pembedahan Jarak Jauh: Robot pembedahan endoskopik berbilang port baru muncul menunjukkan kemajuan yang ketara. Ia terdiri daripada konsol pakar bedah, troli sisi pesakit dan sistem penglihatan 3DHD. Ujian klinikal telah membuktikan keupayaannya untuk menjalankan pembedahan tahap-4 yang kompleks.

Sebagai platform teknologi perubatan yang paling komprehensif di dunia, CMEF menghimpunkan kemajuan terkini merentas seluruh rantaian industri, termasuk AI, robotik perubatan dan aplikasi data raya. CMEF Distributor Alliance Club akan melancarkan sesi Pemadanan Jitu Bersemuka, mendayakan hubungan yang lancar antara pengedar dan pengeluar. Pentas utama, WeTalk Global Stage dan ICMD Tech Corner akan menganjurkan satu siri aktiviti, menawarkan pandangan yang tiada tandingannya tentang trend pasaran global dan integrasi teknologi.

Untuk prapendaftaran, sila kunjungi: https://reg.reed-sinopharm.com/pc/#/login?id=be8dbb6416714b7fb1ac7b330560f2ca&channelUuid=b2cbd836c501451d910b25037b1d910a

 

Source: CMEF
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Trade show news Future Events Artificial Intelligence