Raikan Raya dengan penghantaran percuma setiap hari, tawaran menarik, dan ganjaran pulangan tunai daripada Taobao
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Taobao Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen jualan pertamanya yang dikhususkan untuk musim Ramadan dan Raya, sekali gus menawarkan peluang keemasan kepada para pembeli di Malaysia untuk mendapatkan pelbagai produk yang akan menjadikan perayaan ini lebih bermakna. Berlangsung sepanjang bulan Mac, kempen selama sebulan ini menawarkan promosi menarik, baucar penghantaran percuma setiap hari, serta koleksi barangan keperluan perayaan yang dipilih dengan teliti, seterusnya memastikan rakyat Malaysia dapat membuat persiapan dengan lancar dan penuh keselesaan bagi menyambut musim perayaan.
Selepas kejayaan pelancaran antara mukanya dalam bahasa Inggeris pada September tahun lalu, Taobao Malaysia terus teguh dalam komitmennya untuk menjadikan platform ini lebih mesra dan mudah diakses oleh pengguna tempatan. Kempen Raya ini dijangka mempertingkatkan lagi pengalaman beli-belah dengan menawarkan penyelesaian yang lebih sesuai serta promosi yang memenuhi keperluan pelbagai lapisan pengguna di Malaysia.
Jess Lew, Pengurus Negara Taobao Malaysia, berkata, "Kami amat teruja untuk meraikan antara perayaan terbesar di negara ini menerusi kempen Raya pertama kami. Kami telah menyediakan pelbagai promosi bagi memudahkan pelanggan mendapatkan keperluan perayaan mereka dengan lebih berbaloi. Dengan kejayaan pelaksanaan antara muka bahasa Inggeris, kami dapat meningkatkan pengalaman beli-belah, sekali gus memastikan setiap pengguna dapat mengakses platform Taobao dengan lebih mudah serta menikmati pengalaman berbelanja yang lancar dan menyeronokkan."
Meraikan Semangat Raya dengan Promosi Istimewa
Para pembeli boleh memulakan sesi beli-belah mereka di Taobao mulai jam 8 malam pada 3 Mac dengan pelbagai promosi yang ditawarkan oleh platform ini. Walau bagaimanapun, itu baru permulaan! Taobao telah merangka tiga fasa promosi istimewa merangkumi pelbagai kategori, lengkap dengan tawaran hebat bagi membantu setiap pembeli mendapatkan keperluan Raya mereka dengan lebih mudah.
Selain itu, pembeli berpeluang merebut tawaran terhad baucar RMB35 (bersamaan dengan RM21) untuk menikmati penghantaran percuma tanpa sebarang perbelanjaan minimum diperlukan.
Bagi pembeli baharu di Taobao, terdapat tawaran menarik serendah RMB1 (bersamaan dengan RM0.62) yang tidak boleh dilepaskan! Kempen Raya ini ialah masa yang paling tepat untuk menyertai komuniti Taobao.
(Pautan untuk Tawaran Pengguna Baharu ¥1: https://intl.taobao.com/sk/01xkbhkBzLC)
Taobao Malaysia turut memperkenalkan "Belanja & Menang Duit Raya" sepanjang tempoh kempen bagi meningkatkan promosi Raya ke tahap yang lebih hebat! Pembeli berpeluang memenangi sehingga RMB50 (bersamaan dengan RM30) Duit Raya pada setiap Rabu pada bulan Mac pada jam 12 tengah hari (5hb, 12hb, 19hb, 26hb) apabila mereka membuat pembelian, sebanyak 100 pemenang dipilih setiap hari. Duit Raya ini akan diberikan dalam bentuk pulangan tunai, bersamaan dengan jumlah yang dibelanjakan oleh pembeli, dengan had maksimum ditetapkan sebanyak RMB50 (bersamaan dengan RM30).
"Kami berharap Kempen ini dapat membina persekitaran beli-belah yang lebih holistik dengan tawaran promosi terbesar kami di Malaysia setakat ini. Kami yakin bahawa rakyat Malaysia akan dapat berjimat lebih banyak dan menikmati pengalaman musim perayaan yang lebih mengujakan," ujar Lew.
Aplikasi Taobao boleh dimuat turun secara PERCUMA di Apple App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya Taobao Malaysia, pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di saluan media sosial kami di Facebook, Instagram, TikTok, dan X Taobao Malaysia atau terus melayari aplikasi Taobao.
* Peraturan platform akan mengatasi butiran promosi yang dinyatakan.
Perihal Taobao Malaysia
Taobao Malaysia bertujuan memudahkan pengalaman beli-belah yang selesa di Taobao dan Tmall bagi pengguna di Malaysia. Melalui aplikasi Taobao, pembeli Malaysia boleh mengakses berbilion-bilion produk yang disertakan dengan logistik, pembayaran, dan perkhidmatan lain yang disesuaikan dengan keperluan pasaran masing-masing. Taobao Malaysia merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perdagangan Digital Antarabangsa Alibaba.