omniture

HONOR Tekankan Komitmen kepada Kolaborasi Terbuka di MWC Barcelona 2025

HONOR
2025-03-04 16:09 136

Dalam dua perbincangan yang menarik, HONOR memberi penerangan mengenai masa depan yang dibayangkan yang akan dicapai oleh HONOR ALPHA PLAN

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Di MWC Barcelona 2025, jenama teknologi global HONOR mengambil bahagian dalam dua perbincangan yang bernas, Connect X Fireside Chat dan perbincangan panel AI+, menyertai wakil-wakil daripada rakan kongsi yang terkemuka dalam industri untuk berkongsi pandangan mengenai masa depan pintar terhubung.

Antara pelbagai topik yang dibincangkan oleh HONOR dan rakan kongsinya, tema yang sama adalah jelas: Keperluan terhadap kolaborasi terbuka untuk menangani cabaran dan peluang yang dibawa oleh teknologi AI adalah lebih besar berbanding sebelum ini. Hal ini dinyatakan oleh HONOR ALPHA PLAN yang diumumkan baru-baru ini. Dalam melaksanakan strategi korporat baharu, HONOR akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memaksimumkan potensi insan bagi mendepani dunia pintar.

"Tatkala kita melangkah ke era AI fizikal, kita perlu membuka sempadan industri kita dan mencipta bersama-sama paradigma baharu untuk ekosistem AI. Ini dapat dilakukan dengan membuka keupayaan AI industri bagi menyediakan platform untuk rangkaian peranti yang lebih luas, mengupayakan kolaborasi yang lancar merentas sistem pengendalian yang berbeza dan membina ekosistem perkongsian nilai," kata James Li, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR semasa ucaptama bagi mengumumkan HONOR ALPHA PLAN. Atas sebab inilah kita semua perlu bekerjasama untuk memaksimumkan potensi insan bagi menerima dunia pintar."

James Li, CEO of HONOR
James Li, CEO of HONOR

Membina Ekosistem Pintar Melangkaui Ketersambungan Mentah

Semasa sesi perbincangan santai, tema utama perbincangan ialah evolusi melangkaui ketersambungan mentah untuk mencipta ekosistem pintar yang memenuhi keperluan pengguna secara proaktif. HONOR berkongsi visi di mana teknologi menjangkakan dan memudahkan tugas harian, berkongsi contoh seperti telefon pintar yang bersambung dengan lancar ke kenderaan dan rumah, serta peranti boleh pakai yang memberikan pemahaman kesihatan diperibadikan. Visi ini direalisasikan melalui HONOR ALPHA PLAN, lalu menekankan komitmen syarikat untuk menyampaikan inovasi dengan reka bentuk berpusatkan manusia yang menggabungkan teknologi termaju, mentransformasikan produktiviti, masyarakat dan budaya yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Memacu Ketersambungan AI dan Inovasi Melalui Kolaborasi

Sesi perbincangan santai turut mengetengahkan peranan kritikal kolaborasi industri dalam memacu inovasi dan memastikan kesalingkendalian. Menyedari keperluan terhadap kolaborasi dalam penetapan standard, HONOR menggalakkan secara konsisten kolaborasi terbuka dengan peneraju industri yang utama untuk membangunkan standard dan penyelesaian ketersambungan AI disatukan.

Tatkala teknologi AI berkembang, memulakan era AI fizikal dan selanjutnya, usaha bersatu untuk mencipta bersama-sama ekosistem pintar yang terbuka akan menjadi semakin penting kerana lebih ramai penggiat industri mengharungi kerumitan landskap teknologi yang semakin berkembang.

Mengekalkan Penekanan Teguh ke atas Teknologi Pada-peranti

Di perbincangan panel AI+, HONOR berkongsi pandangan mengenai keseimbangan antara AI pada peranti dan berasaskan awan, mengulangi kepentingan membezakan peranannya dengan jelas. Menggunakan ejen AI mudah alih berasaskan GUI yang pertama di dunia, teknologi pertukaran seluruh-ekosistem dan AiMAGE sebagai contoh – semuanya dinyatakan dalam ucaptama HONOR baru-baru ini - HONOR memberikan bukti nyata bagaimana ia telah mengutamakan privasi pengguna dengan proses pada peranti dan dalam masa yang sama memanfaatkan awan dengan bijak untuk sumber pengkomputerannya yang luas tanpa menjejaskan keselamatan data.

Pendirian HONOR dalam mengutamakan privasi pengguna diperkukuh lagi dengan Kertas Putih Perlindungan Privasi yang diterbitkan baru-baru ini, yang dirujuk semasa perbincangan panel. Kertas putih itu memperincikan lima prinsip yang akan dipatuhi oleh syarikat kerana ia melindungi data pengguna: peminimuman data; perlindungan pada-peranti data sensitif; pemprosesan pada peranti diutamakan; penyahpekaan dan penyulitan data sebelum dimuat naik ke awan; dan pemadaman data selepas digunakan.

HONOR turut mengulangi kepentingan untuk membuka sempadan demi masa depan pintar, menyeru rakan industri untuk bersatu bersama-sama. Syarikat ini akan kekal teguh dalam melaksanakan HONOR ALPHA PLAN, saling bekerjasama dengan rakan industri dalam kolaborasi terbuka.

Source: HONOR
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things